February 21, 2009

3 perkara paling segar tahun 2008.

1) Penjawab telefon Domino's ;


Mana-mana budak berhingus 17 tahun baru habis SPM pun pasti pernah rasa mengidam untuk kerja sambilan tak kisah ah kerja dekat butik jinjang sehelai baju RM 35 berenda emas ke atau gudang Gayathri harga sari dijual murah secara pukat ke atau kedai Topshop, Forever 21, MNG, Marc Jacobs (Hanis, sila terasa), mahupun Burberry (balak Hanis, sila terasa). Dari kedai yang berbintang lima sehinggalah kedai yang bertahi bintang. Kalau kau jawab,"Tidak, saya tak pernah rasa nak bekerja pun," jadi, sila keluar dari blog ini, kau gendut pemalas tidak mahu mencari nafkah kehidupan sendiri ataupun telah sangat kaya raya kerana memang kaya raya tak kisahlah kaya raya dari segi wang emas atau budi pekerti. *jealous

Tapi apa yang aku mampu. Eh salah. Bukan aku, satu geng aku gehehehe. Aku dan geng hanya mampu berjalan kaki ke Taipan Usj sahaja sebab tiada lesen kan, maka nak cari kerja pakai ah kaki sebagai alternatif kenderaan. Dan memandangkan Domino's sahaja yang rela menerima sekali 5 orang untuk terus mula bekerja dan kelayakan amat mudah, jikalau kau berkebolehan berbahasa Inggeris dengan lancang, maka peluang semakin tinggi. "Welcome to Domino's Call Centre, How may i help you?" Tsk rindu.



Dan pastilah bila kalau satu geng yang datang, tiba tiba rasa macam nak buat Domino's tu bapak aku punya sendiri. Kemudian pasar lah ia. Hingar bingar seolah-olah sambil mengambil pesanan, menguli tepung sekali. Dan membuatkan para supervisors terhingin untuk menegur aku dan geng untuk menjadi pendiam sedikit. Tapi macam kureeeeng boleh kerana aku dan geng sangat disayangi.

Nabil, aku tahu kau geram sebab aku first.


Jadi dalam diam, mereka para supervisors dan pihak atasan telah dalam diam ingin memberi anugerah kepada aku tapi takpe, saya terharu. Thanks Mr Raju, Mr Andrew dan Miss Usha.

Agaknya selepas ini, tanpa sijil menderma darah pun aku masih
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tak?




2) Penyertaan Hanis dalam MDG ;

Semua habis bekerja, masa untuk menghabiskan duit gaji. Dan dengan itu, tiba tiba Hanis mengutarakan keputusan dia untuk masuk Pertandingan Malaysian Dreamgirl. Kerana Aunty Sheena telah terpikat dengan kereta hadiah utama pertandingan itu dalam akhbar harian. Memang seprais dengan keputusan ini. Macam seprais OH MAK KAU PEROK OH PEROK ARTIS SORONG ANAK IKAN DALAM KAIN AMBOI AMBOI AMBOIIII punye seprais, hah gitu.

Gambar : Hari hanis memberitahu keputusannya.
(Izzah tidak pandang kamera.)


(Izzah sudah pandai pandang kamera)

Sepanjang pertandingan berlangsung memang tak boleh kira lah berapa ratus aku habes mengundi perempuan kesayangan ni. Dan membina cadangan secara pakatan bersama pakwe dia untuk meng-up kan lagi undi Hanis, tengok weh. Ni sebab nya kau kena kasi aku baju hijau kau terus eh tak tak ni sebab nya kau kena lebih kerap call aku sekarang eh tapi memang kerap pun.



Ya, kita orang yang menari lagu babylon dalam you tube. Terima kasih.





3) Pencarian geng baru


Tidak, jangan gusar besar besar, siapa sahaja yang boleh menggantikan geng Starz aku sendiri. Korang tatap mak lakuu. Tapi tawaran pengajian asasi undang-undang ke UiTM kedah mestilah membuat aku takut. Siapa yang bakal tidur dengan aku, siapa yang harus melihat koleksi baju dalam, seluar dalam, pantai dalam bergantung-gantungan dalam bilik nanti. Malu. Lebih malu jika dia tidak menyukai warna hijau epal. Dan pasti dia akan mempersoalkan hobi aku mengumpul semua jenis panty liner yang ada di pasaran. Tapi semua berjalan lancar, TERIMA KASIH KEPADA MYSPACE, TOM telah menyatukan aku dan Maggi, eh tak, aku dan geng baru UiTM.

Muka masih berhingus, walaupun tiada hingus, tapi tetap berhingus, tiada percubaan berani memakai celak Amy Winehouse, masih takut takut untuk meng matsalehkan rambut, sengaja humble tidak ingin memakai kanta lekap, senantiasa sopan berbaju kurung tidak menampakkan sosok badan atau susuk di muka. Semua part one. Muda kan. Semua masih muda. (jadi kini siapa bukan part one, nampak sangat sudah berkedut lapan lapisan kerak bumi)

Ama begini kah sekarang?! Rambut masih berbelah tepi dan tidak layered kah sekarang?! Masih simpankah baju biru berbunga putih ini?! Padahal baju ini dah dicampak masuk ke dalam kotak koleksi-bundle-sempena-law-fiesta.

Hazirah tampil berani ke dewan berbaju kempen promosi Hanis harga rm 15 tanpa segan silu. Sekarang, baju ini buat lap kelopak air bila hujan masuk dalam bumbung bilik yang bocor.



Dan semakin masa berlalu, semakin rapat lah mereka dan aku.

Batik MIM, aku jual rm 4. 50 bersama peluntur percuma
untuk mana mana upcoming UiTM student.


Semua gambar hasil sem 1. Kini, tidak sekurus dan ser berseri seperti sem 1 dahulu tsk.






Ini senarai 3 perkara paling segar di ingatan aku sempena tahun 2008. Engkau?
Align Center

44 comments:

hilang.lost said...

weh,bila mau lepak lepak.

ainzulkifly said...

hey babe, was blog hopping and came across your blog. nice blog. happening + pening dah i tengok hehe. keep it up man. i'm so coming back here.

PHIRDOTE said...

cite lame ni..hehe..
kene cite gak ke? xwajib an? haha

hananchiwi said...

bez kn bila kita jadik da bez supporter tuk besfren?
bila kita kena sntiasa ada dgn besfren kita?
hurm.
aku syg besfren aku.
hehe. tumpang sat.

izzh rzak rock said...

aww.kenapa ak rasa sedih sebab dah makin tua sekarang?

Anonymous said...

akak
saya suka akak sgt
aku cool and tak bajet hot pun
cayalahhhhhhhhhhhh

Izuan said...

Wah.. kamu diiktiraf sebagai "The Most Irritating CSR". Tapi siapa yang peduli kalau jualan kamu paling tinggi kan?

Sekarang saya faham kenapa Hanis sangat-sangat menyayangi anda. You'd die for her too, right? ;)

Syamim A Manaff said...

nasib baik kau jual pki telephone.
klu kau jual dgn hadir ke tempat kejadian menunjukkan diri sebenar.
aku tak rasa kau boleh jual satu pn.

klu aku yg masuk competition tu,
dah tentu Hanis tak de chance.

none said...

GAMBAR BIADAP BABIIII

Macham Iz Punye said...

josh : ha lepak penang? ohhh tengok ah cemane. malu ah nak lepak dengan org2 cool (sejuk)

ain : okeh, cool, mari tukar linkk!!

fidot : eleleleh padahal kau teringin kan nak buaaaat

hanan : haha, memang best, sebab kesayangan dari kecil kaaan.

izzah : tak, aku rasa kau tua ke tak tua ke kau tetap malas nak beli scrub muka yang murah kat guardian untuk kesat semue daki kulit sel mati kat muka kau. aku dah kata jom shopping.

Macham Iz Punye said...

tiadanama : anda rockk betul, high fiveee! (lima tinggi)

izuan : gehehehe malu lah dapat anugerah paling annoying. tapi kesayangan maka kene sayang anugerah sekali. ha ah hanis pun kesaygan walaupun dia selalu buat hidung annoying.

anak manap : hahaha celaka kau, for sure aku takkan jual pizza kat kau pun. dan takpe, ada next mdg season dan kau pasti harus wajib masuk weeeh.

ama : SABAR WEH, kau nampak sgt online time kelas, REPOT MADAM.

eyda. said...

haha tu dah mcm pengkid setim je weyh :P iz rindu kaw doh.

hilang.lost said...

sbb tu kene lepak ngn org hot mcm ko.
baru jadi neutral.sedap mate memandang.

inora putri. said...

GILE COOOL jadi dominoes nye call operator. eh eh, maybe pernah order pizza ngn u or maybe izzaah.

-_____-

ochs widdle said...

babe.
are u sure itu 'the most irritating csr'?duhh.tak pernah jumpa lagi rasanya.ok.skang dah jumpa.
btw.haritu ms men voleyball mahu tegur.tapi mcm malu/segan apakah..heeee

PeaCeMaKeR said...

wow mmg segar ah..

nasib baek sy sempat keje kilang sebulan maka bolehla bace blog kamu

huh~the most irritating??

menariknye..nk gak sijil cam2

haha

ahmad said...

serius memang life uitm paling best...

Syamim A Manaff said...

aku tak diskriminasi. tp makhluk badan kekar berbulu yg pki feather boa dan high heels ada chance menang?yes, maksud aku tanpa perlu bayar dgn harga diri.

mesti lh aku prefer pizza kau buat dari domino's. ok?

Macham Iz Punye said...

eyda : apeee. mana kau tau dulu aku pengkid? eh i mean kawan aku sume igt aku peng kid? haha.

josh : mana ada ah. aku tak hot. kau kool. aku tak hot. aku takde suhu pun. jadi tak boleh lepak hahaha. eh hari tuh hazirah dtg penang kan, best outing?

noa : oh really haha laik lai tny ah operator tu sape nama. sebab truthfully, kalau customer tny, kitorg terus sopan. sbb takut.

ochs : laaaah u pun main volleyball ke arituh? asal tak tegurrr doh?

peace : gehehe u keje kilang? pergh harituh kitorg pun macam nak keje kilang tapi penat kan. sijil macam tuh macam hina je ada ah.

amad : kaaaaaaaan

anak manap : TERKEJUT. lepas ni i buat pizza untuk u. wah terus pakai i, bukan aku.

heretic preacher said...

time kasih link blog aku yg tak seberapa dlm blog ko yg tak 2rapa
nnti aku blanje ko ikan bakar kat tnjung dawai tu...

jauh pandangan permai, di situ tanjung dawai... (petikan lagu Cinta Pandai Merdeka, lagu rasmi roomate aku yg ex-jenan, lagu jiwang karat tangkap leleh cam cibai)

ochs widdle said...

ye..yang game pagi2 buta tu.
dan cumel la kamu ni.asyik nak stunt je.mungkin kmu boleh try apply part time job stuntgirl?mengancam u.

saya tak tegur sebab saya macam segan/malu apa tah.
nanti kalau jumpa lagi saya tegur ye.
saya usaha.perghh.
macam nak mengorat je gaya

J MAIDEN said...

3 perkara paling segar 2008:-

1. arwah nenek meninggal

2. lepaking at Pantai Miami, pineng.

3. sunburstKL 2008; dimana brandon boyd aku berbogel depan mata atas stage .. arghh auhhhhhh!











tehee heheee nak juge sebok share. :DDD

hilang.lost said...

hahaha.ada ada..dia lepak rumah aku..tumpang berehat.

hilang.lost said...

hahaha.ada ada..die lepak rumah aku..tumpang berehat..

Hanis Zalikha said...

perkara-perkara segar dalam hidup aku?

minum susu segar.

pergi pasar segar.

TIDUR RUMAH KAU SEMINGGU SEKALI.

dan terpikat dengan jejaka Burberry (mesti paling segar haha babi gatal)

Macham Iz Punye said...

HP : haha ur welkem bebeh, tak tak aku suke baca blog kau dan merimaskan blog sendiri dgn ramaikan link. eh gilaa. jangan mcm tuh doh. jgn belanja ikan bakar je doh. belanja semua jenis ikan yang tak bakar pun sekali doh.

ochs : haha tuh ah psl. kenapa tak tegur siot. selama ni dah ah mcm tertny tny sape u ni. kalau jumpe kan dah lah best. eh jap, u main ke? u team mana aa?

J : aku tak suruh kau jawab ah, aku tag kau, CEPAT SEKARANG BUAT KAT BLOG KAU

josh : haaaa tuh ah okeh next time ah bro next time.

hanis : teehee malunyeww perkara segar adalah tidur di rumah i seminggu sekali. APE ABANG BURBERRY YANG MANA NI SIAL? (buat buat taktau, ingin attack yang cina tu)

hilang.lost said...

ok.kalia teruih.

ochs widdle said...

mesti la main..team first lawan tuh.hint~

Ass The Junior said...

kau gampang kan,
gambar hamzah dengan alep ada..
(sebenarnya kau nak letak gmbr solo hamzah annnnnn)

Macham Iz Punye said...

ochs : damn, u first team ke? hahaha okeh lawak. sumpah apesal tak tegur. dah ah first game i macam bodoh gile siot. u yg mana aa?

ash : gehehehe too bad ah ash, aku dah takde bnyk gmbr kite semue kat mdg. tetapi asal gmbr mamat tuh boleh ada?!

ochs widdle said...

i yang mana tu la yg susah nk describe tuh.lol

nevamnd la..if i jumpa u,nanti i jerit kuat2 "izdikONI!!" as a password keyh?

Ass The Junior said...

barbie salai..
ahahaha. gmbr aku tak nak letak!
ok, gila demand.
aku tahu tujuan kau letak gmbr dia.
wahahahaha.

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

sama ada kaw xde gambar aku...atau kaw dah lupa aku dpt best seller of the month no 2 ke 3...haha...best baru masuk dah dpt best seller...woh2...ye dlm deyam2 geng 6 org budak skolah nie vote kaw weih..

TisHa said...

happynya hidup bile masih student! hu3.. rindunya nk belajar blik!

oh tp point kt sini, blog awak sgt klaka smpi sy terpaksa jd follower. hehe.. jd bila stress bole bukak blog kamu dan gelak sorang2 dalam hati tuk control muke serius dan berpure2 buat kerja. sigh.

Anonymous said...

http://kupitiam.blogspot.com/2009/02/for-teh-lulz.html

Lutfee~ said...

sampai sekarang pun irritating lg! muahahaha..
wah,gambar aku yg comel pun ader!
thanxie.. ;)

aliah kama said...

http://aliahkama.blogspot.com/2009/02/jom-derma.html

mari2 org subang. support2!

Macham Iz Punye said...

ochs : haha isdikoni? mana u tau doh dorang panggil i isdikoni. kalau u tak panggil, memang ah, memangg. kite lawan volleyball lagi haha.

ash : hahhaa cibai ah kau as. NANTI SATU ENTRY AKU LETAK GAMBAR KAU BESAR BESAR OKEH.

nabil : sori ah weh aku penat godek hp aku tapi takde gambar kau pun woh. sama ada hp aku tak suke kau atau tak suke kau. aku tau korg memang dalam diam vote aku untuk title tuh pukimak.

tisha : gehehehe thanks tisha, i dah link u weh.

tiadanama : oh ada penggunaan gambar hodoh saya dalam blog itu. hmm.

lutfee : sdkvjdkascjaklc kaum patut brsyukur ada org nak kawan ngn kau haha.

aliah : AKAAAN.

rahmat said...

x best pun.
hehe
i pnye lagi best..

Anonymous said...

hye u.
u memang pakai shawls eh?
em,i nak tanya.
u beli shawls from internet ke?
sebab i nak belikan untuk cousin i.
die suka pakai shawls.
tapi yang plain jea.
u punya byk bunga2.
kat mane u beli eh?
thank u if u bleh inform kt i.
appreciate sgt2.
:)

Helmi Razali said...

oh, tengok korang buat saya rasa yg my youth was bleak. sigh.

miss independent said...

iz, nanti buat entry pasal cara u lilit tudung kat kepala. cool giler!!

Macham Iz Punye said...

rahmat : haha ye ah i punye hidup kurang oomph sebab i tak minum lipton haha.

tiada nama : oh hai and thanks for dropping by. i tak penah beli shawls kat blog sebab takut material dia doesnt match me. i biase beli kat gerai je. takde spesifik name. if its pretty then i'll take it. tu je lah heh.

helmi : takpe, i am old already aiceeeeh.

miss : heh takut org cakap poyo lah nantiii. nanti org plagiat blog i susah wooh

the-only-Alyaa.Jamaludin said...

i pulak pura pura kaya, tak mau keje afta espiem. lol