March 26, 2009

Jangan main curi tuala.

Pagi ini test library. Satu kejadah pun aku tak baca, sejadah apatah lagi. Tapi niat meniru dah memang ada. Sebab Zack lah ni. Dah pampered aku dan rakan rakan copy time test. Alah test je pun, 10 markah. Dosa pun 10 je gehehe. Tengok tengok test paper tak susah pun, dia kasi appendix lepastu suruh cari court case, act number, name of judges and jurisdiction dan lain lain. Kalau aku tahu, aku belajar tauu, tsk. Nilah dia sebab lecturer cuti beranak, jiran dekat Subang pun beranak, Macha kucing peliharaan UiTM pun beranak, OH MAI GOAT, CAKAP PASAL MACHA, LEPAS TEST HABIS JE KITORANG SEMUA BALIK BILIK, TIBA TIBA NAIK TANGGA TENGOK BUN TENGAH KEJAR KEJAR EKOR SENDIRI. TERUS MENJERIT LALU MEMELUK LEPASTU MANDIKAN LEPASTU RENDAM DALAM SUSU LEPASTU BLOWKAN BULU SIAP SIKAT PAKAI SIKAT BODY SHOP BULU KUDA AMXSCSCKAMXKASKVJSKA. Okay jadi semua dah tau, Macha and Co. dah pulang. Semuanya sebab diorang tersepit dalam baldi mop makcik cleaner dalam setor satu lagi.

Hari ni, akhirnya Saza, teman sekatil (ha ah sekatil, i penakut, so satu katil single tu kena share dua orang) memperbaharui juga style rambut dia okay, semua sebab law fiesta, jadi hair style mesti mau baruuu.

alololoh tomei tomei (nama kedai emas Tomei)

ada attitude (00)


Lepas pulang, aku baru discover yang aku uzur/ period. Lepas 3 jam bergelut atas katil seorang diri, sambil menangis sebab mama kata kalau period cramps, kalau boleh jangan makan panadol kaler pink sebab nanti akan selalu sakit tiap kali period. Tapi kalau dia tengok aku time berguling tadi mesti dia kasi makan bawang putih mentah, eyaks. HANIS, KATA SAJA YE LAH WEH MAK KITA SAMA SAMA PENGGUNA SHAKLEE JADI SELALU PAKSA MAKAN GARLIC BILA SAKIT TSK.

Kemudian aku mandi, untuk menenangkan diri. Aku masuk dengan kaki kiri, aku dah mula rasa tak sedap hati. Tapi jam baru pukul 6 petang, pontianak biasanya pukul 7.36 malam baru dia keluar rumah. Aku pun beranikan diri mandi sorang. Dengan berbekalkan conditioner baru dibeli tadi, sambil shampu, aku baca label belakang conditioner. Hobi kan baca semua label belakang lama lama, biar lepas habis baca terus bilas rambut okay apesal aku keluar tajuk. Lepastu aku dengar bunyi humming. Macam humming yang Maya Karin selalu buat dalam Pontianak Harum Sundal Malam. Takkan lah Maya Karin nak aniaya aku, aku baru je beli conditioner Loreal ada muka dia depan botol. Bila aku pejam mata, tengok tengok tuala dah hilang. Aku berselawat ke atas nabi. Dengan ayat kursi tapi kan tengah period jadi kena baca dalam hati. Ceh wah padahal kalau tak period pun tak boleh baca sebab dalam tandas. Aku tunggu beberapa minit bila pulak spender aku nak hilang. Tiada tangan pun yang mencapai. Kemudian aku bayangkan sekali tangan berbulu yang hitam kuku panjang akan capai spender aku. Tsk tak boleh tak boleh, aku pun berdoa pada tuhan dengan niat lepas ni masuk tandas, aku akan hafal doa tandas dan mulakan dengan kaki kanan. Dahlah orang cakap kalau period, doa sukar dimakbulkan. Kot kot lah jugak mana tau ada floormate tak suka aku menyanyi lagu Rahmat ke masa mandi. Nasib baik lah juga aku tak pernah basuh lagi tuala tu sepanjang sem ni. Siapa yang gatal gatal tengah malam niiiii...

TAKUT TAK TAKUT TAK


20 comments:

Dzul said...

hgahahah
hanya mampu senym+ketawa

heretic preacher said...

kau boleh tak cite pasal mende lain kecuali mandi? ^_- imaginasi mulai mengusai diri muahahahaha

ahmad said...

aku rasa bukan pontianak.....
toyol gatal tu...

yatie chomeyl said...

dh dpt blk x tuala tu?

eh. msk toilet langkah kaki kiri...keluar kaki kanan ;)

dah hafal x doa masuk toilet tu? :p

ZHARIF said...

haha ala normal la 2 setakat test je..nanti psycho kalau ada rezeki boleh lagi eh eh

Fendy said...

pastu lagi bogel masuk bilik la ye?

Baginda Reformasi said...

salam...
mintak ambil perhatian dan tindakan kepada petualang agama ini.. lupakan sebentar parti anda.. please.. sebab ia dari MALAYSIA.. link nye..
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/petualang-agama-baginda.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bangsat-yang-menghina-islam.html

POLIS ambil tindakan... kami nak rejam mereka sampai mati..

akizaki said...

slambe redah je jah..
pake spender masuk bilik...
ape adehal jah..

teRi said...

cett.. kucing2 tu da balik.. wat penat je aku reka cite psl kucing2 aku.. dem!

J MAIDEN said...

eee takutt

teRi said...

aku tungggu je saat2 ko nak cite cmne ko berak.. zzzz

NIMI♥ Co. said...

larrr iz then ape jadi??

Alfonsodiealpero said...

ko mandi BOGEL ke??

.kakijalan. said...

eh haah la haah la.
masuk da betul kaki kiri.
keluar kaki kanan.

Azfa said...

baru nak bgtau pasal kaki mana dulu utk masuk tandas... dah ada pun org bagi tau kat atas nih..

Hanis Zalikha said...

sorry aku tak sempat bantu kau dari segi kewangan untuk pembedahan buasir. SORRY WEH TRULY DEEPLY AKU SERIOUS NAK, TAPI KONEKSYEN SELALU SLOW BILA AKU DAH TAK BUSY DENGAN ASSIGNMENT AND ALL THOSE SHT. eh sorry juga takde kena mengena dengan entri nih. okok. mm. weh kan selalu kalau kita dengar satu bunyi itu selalu, macam ringtone, kan bila takde pun macam tergiang-ngiang. ha kau tergiang-ngiang suara rumet kau kot.

Macham Iz Punye said...

eh ha ah. lepas dah post blog ni teringat nak tukar sebab memang masuk kaki kiri keluar kanan. tapi malas nak edit sebab internet lembab. hoho

Budak Panjang said...

weh sume beranak. ko plak bile beranak? anak kucing out of discussion!

athfthn said...

woish. gila takut do. dah la aku tengah baca entry ni kat bilik aku tengah malam bilik gelap wuu takut.

oh ya, kau dah disebel anonymous eh. nasib baik aku ada AIM account. =D

ochs widdle said...

weyhh.

ni hobi aku sama rumet2 selevel aku.
tapi area sini je la..
sumpah aku tak buat kat kau