Tapi sebab hari tu masa sedang kemas kotak-kotak yang ada banyak album gambar sebab proses perpindahan rumah, maka aku terbuka lah satu album gambar lama. LAMA. LAMA lah kalau dah kuning lepastu ada tompok cokelat dengan tulisan 12 Jun 1995. Kira sekarang dah ada misai ah dulu takde lagi. HOH MISAI? Bukan Izzah je ke ada misai? Sebab nama blog dia misai kusut masai. Cehceh Iz sibuk nak tukar topik diam ah.
Aku terjumpa sekeping gambar dimana aku sedang merampas Tamiya dari budak lelaki yang jauh lebih pendek dari aku. Ok ah sedikit pendek, tipu ah jauh lebih pendek, suka nak berangan lagi tinggi dari sesiapa. Rambut dia macam biasalah budak lelaki dulu kalau bapa dia yang potong, mesti bajet letak tempurung atas kepala lepastu potong ikut bentuk tempurung kelapa. Jadi lah rambut macam helmet. Comel gila. Dan berbaju overall tanpa t-shirt di dalam. Kira kalau sekarang dah umur 19 tahun pakai overall je takde tshirt kat dalam gila gatal mengada. Sorry scanner takde, jadi tak boleh nak scan kan gambar I buli budak lelaki dekat sini. Jadi, terpaksa lah google gambar kanak-kanak untuk kasi korang feel dulu.
EH EH tipu ah, ni comel mana ada buli siap kongsi buku lagi,lelaki tak rambut helmet pun tapi dua dua pun pakai overall ada tshirt kat dalam.
Muka melayu, tiba-tiba masa kecil sangat Jepun.
Okay bayaaangkan sekarang. Bayangkan je lah. Jadi, masa dia 5 tahun, I 4 tahun. Dia annoying gila. Ke aku yang annoying sebab masa kecil, semua budak lelaki pun aku rasa annoying. Dia suka datang rumah makan nugget sama-sama, kalau I main PolyPocket, dia main Transformers. Kalau dia main Tamiya, I nak main juga, jadi dia mesti kena kasi I Tamiya dia. Tapi, sebenarnya aku tak suka dia sebab dia ahli kelab KFC Chicky Meal. Dulu, siapa ada kad membership Chicky Meal KFC, dia cool. It's a definition of cool. Lepastu dia ada banyak koleksi mainan percuma Mc'D dengan KFC. ANNOYING GILA. Lepastu tiap kali dapat baru mesti lari-lari datang rumah aku dan tunjuk. Mestilah annoying. Sebab tu I tak pernah suka dia. Nama dia Ehsan.
Lawak kan sebab nama adik yang last adalah Ihsan juga tapi ejaan I-H-S-A-N bukan Ehsan. Tapi Hanis selalu eja Ehsan, Ihsan pun selalu eja nama diri sendiri Ehsan. Sebab ikut logik, Selangor Darul Ehsan? Wtf. Dua-dua pemikiran sama.
Tapi, Ehsan goes to the same kindergarten with me. Memandangkan rumah dia sebelah rumah aku je, kami selalu naik kereta sama ulang-alik. Walaupun aku suka duduk sorang-sorang masa tadika, Ehsan selalu duduk sebelah masa tengok Barney yang setiap pukul 2 petang mesti penjaga tu pasangkan sampai kitorang semua terlena. ANNOYING EHSAN. Lepastu masa main plastesin, Ehsan suka curi idea I. Kalau I buat bakul dengan ular, atau ular dalam bakul, dia pun nak buat juga. Tapi memang setiap kali pun I buat bakul dengan ular, sebab tak tahu nak buat apa lagi selain tu.
Ehsan gedik woh. Dia lagi pendek dari I tapi ada hati tulis surat cinta cakap, "Ehsan suka awak,"
Dan I pun akan macam EEEE DAH LAH PENDEK, MAK KITA KATA KAN KALAU ORANG PENDEK BLA BLA all sort of stuff yang mesti start dengan mak-kita-kata-kan.
Suatu hari, mama kata Aunty sebelah rumah nak pindah. Maksudnya I takkan jumpa Ehsan lagi. I bukan main suka lagi sebab lepasni dah takde Ehsan untuk annoy kan hari-hari I nanti. Tapi Ehsan sedih. Masa dia dah naik kereta, dan semua sedang mengucapkan selamat tinggal sambil lambai-lambai, I tengok dari tingkap bilik atas sebab I annoyed kenapa Ehsan nak sedih. Kira semua apa Ehsan buat pun annoying ah dekat mata aku.
Tapi Ehsan tinggalkan Tamiya, lori Transformers, dengan surat "Ehsan suka awak," yang dihiasi lukisan orang lidi perempuan dan lelaki sedang jalan bawah matahari ada gajah dekat tepi wtf.
Beberapa minggu kemudian, sebuah keluarga berbangsa Cina pindah masuk rumah sebelah.
Selama I membesar, I tak pernah ingat kewujudan Ehsan dalam hidup I. Mungkin sebab I annoying dulu, selalu rasa dia annoying padahal diri sendiri yang annoying sampai muka Ehsan pun I dah lupa. Tapi rambut dia I ingat =)
Sekarang, dah tahun 2009. I dah lupa semua. Tiba-tiba, suatu hari, masa I tengah buat grocery shopping dekat Giant, I nampak muka yang familiaaaaar sangat.
H E N S E M - G I L A - S E A - O A T . . .
Itu lah Ehsan.

49 comments:
dulu main plastesin mesti wat karipap..tah pape.
fuh fuh..berjodohlah kalian..fuh fuh..(siyus nh doa)
cam cerpen pendek dlm majalah
okeh sebenarnya nama gua ehsan. terima kaseh.
weh!!!!!
ko jumpe ehsan???
ko tak tego die ke iz???
eh eh cane ko tau tu ehsan?????
sapo lak bgtau ko weh???
OMG!!!!
hensem ke dia???
aku nak ko pikat die cepat!!!
MUAHAHHAHAHA
kecik2 kalau yg rmbut tempurung kelapa tu nescaya besar jd kachak.
skandal i mase umur 4 tahun pon dh mbesar jadi lelaki hensem..mlepasss..huhu
GAMBAR LAST ANNOYING GILA SIAL. RASA MACAM NAK TAMPAR BUDAK PEREMPUAN TU. haha
comel gle cte ko. mcm nak nangis aku bace. haha
better u upload gmbr ehsan tu..huhu.truje plak nk tgk sbb ending die ,die jd hnsem..hahaha
what a nice story.
should it be call loce story?
hahaha
FUCKKKKKKKK. lepas ni kau mesti cm hantar surat kat dia balik,
"KONI SUKA AWAK".
saya ehsan..
dzul nama samaran
mari kawen?
tsk. terharu ai baca.
mcm drama =')
Cinta lama berputik kembali,
Dua hati y lame terpisah,
Kini bertaut semula..
Haha.. Jiwang gak ko ek? :P
hehe..lawak gle cte.mcm kisah dalam drama plak..
EHSAN tu suami i ok!
huh!
patot la dia xsuka belikan anak2 dia transformer plus plastesin..
huh.
ni rupanya sejarah terpendam..
siap kau abg balik keje nanti!
hahahahaha sekadar drama sambungan..
=)
ikikikiki..
da terkenn plak ke kt ehsan??
ahahahaha lwk2..
COmel la cite ni! hahaha.. sgt over the romantic taw! :)
wow..
macam iklan petronas la.. hehehehehe..
i was glued to the screen bila baca ur post. hahahaha
konpom nyesal kan buat2 annoying kat ehsan dulu2...tu la org tua2 pesan xleh benci org sgt nanti lama2 jd sayang..eh sayang ke kat ehsan? hehehe
kirenya kalau rasa annoying sgt2 kat org nanti lama2 org tu jd ensem..gitu kot
iz comel gila cerita kau!
kau tak ngorat dia balik ke wey?
menarik sbb die membesar dgn ensem!
haha..
ps:im linking ur blog :))
gambar last tu takleh blah..hahah ;)
makan naget best ow.....hahaha
wahhh..!
bule buat novel ah.
jangan tegur ehsan.
nanti dia annoying kt u lak.
lalalalala..
*ehsan kacak macam sape?*
(kot2 lah terjumpa ehsan nt) (-.-")
terbaik..
"ehsan suka awak"
comel :)
ha kan dah menyesal wat bodoh ngn ehsan tu dulu.yang pasti die kenal ko tak lagi time die jumpe ko tu??hahaha.lawak r cita ko ni.
salam
tumpang lalu...
weeeee.....
teringat kenangan lame eh.hihi.
omaigodd.gila comel dowh.cerita zaman knk2.
Waa..
syahdu r citer kau..
haha..xD
asal aku cm sebak nk nangis???
1. but how do u knw he's d same "annoying ehsan?"
2. org ckp jgn benci sgt kt org nanti mst tersuka balik kat dia. okay proven in this case. haha.
esok pg2 bangun mahu cari tempurung..
nk tgk gmbr ehsan, nk tgk gmbr ehsan..
oh ye, i dlu men plastesin pn pndai wat bakul pas akak nursery tu ajar..sblm tu wat pe tah..lupe..roti canai je kot...gelek2 dgn steamroll playdoh..haha! oh btw, play-doh lg wangi... *xde kene mengene*
Masa kecil rambut saya macam tempurung. Tapii..
apa lagi. mengurat la.
ydrxdzfwdvwd
gatal.
woih kalau ehsan sama tadika dengan kau makna nya dia sama tadika dengan aku lah kann. tak pernah ingat punn budak nama ehsann. kamarulzaman ingat lah. dia pakai bag kura kura omg kau ingat taaaak. *excited tiba tiba* hoho main plasticine paling ingat. plasticine kaler kelabu pula tu tak selera ai. ha yang penting gelongsor kita bentuk aeroplane !
woh.aku baru je buat entry cinta monyet gk time dajah 1, last month.tbe2 ade jgk rupanya org yg gatal kecik2 mcm ak.haha. skg musim trgat blk cinta kecik2 ke eh? haha.
sains fiksyen..dsr bosan tahap gaban
sweet giler punya entri...
aku kecik2 main plastesin dah reti buat ultraman gaya tgn tgh wat cross nk bunuh monster rambut helmet...
weh, cite kau buat aku nangis sambil senyum riang gumbira.. mcm aku yg terjatuh cinta kat ehsan kau tu..
pastu pastu???? bagi a sinopsis next episode!
"ehsan ske awak"
comel gile!
i sambungkan cite u eyh?
kemudian iz pun dgn baik hatinye mengenalkan i dgn seorang budak hensem bernama ehsan.
ok iz? ok x?
i perasan jugak u kt giant haritu. i xsangka pulak u pun perasan i. tp i xpasti itu u iz. i xberani nak tegur. u makin cantek la skrg x mcm dulu kecik2 sgt berlemoih. nanti kite jumpe kat giant lagi okeh ? huhu~~
JANGAN KACAU EHSAN SAYAAA!
Ceyyceyy ehsan saya. geli je.
aku pun nak cari long lost jiran annoying aku lah, bila dia pindah je aku paling suka!sebab dia bunuh kucing aku!
iz dah sombong ohh tak mau relpy kumen sorang2 jawab soalan. :B
cite nih wat meremang bulu roma tengkuk la iz. syok.
jejak kasih kat gaint.
mmg cool habes.
i know u hidding something from us kann.
nak tahu tak semuaa
IZ DAH DAPAT NO HP EHSAN!
muahaha ;p
SELAMAT BERCINTA IZ!
pandai la aku buat spekulasi di sini.
oh tidak. jangan makan saya. haha tibe2.
Post a Comment