August 13, 2009

Kalaulah...

UiTM tutup esok, orang yang kata.

Dulu, masa semua UiTM nak tutup, UiTM Kedah takde satu kes pun pasal H1N1. Orang kata sebab Kedah gore, semua imunisasi kuat.

Ke sebab Abu Shah ada penapis udara dan habuk yang sentiasa melekat dekat muka dia? Ni kawan-kawan aku yang kata.

Ah, banyak cantik muka kalau nak tutup esok, lepastu balik KL. Next year, datang lagi Kedah repeat satu sem lagi, belajar benda yang sama. Penat, tauhu? Orang yang makan tauhu je tahu.

Aku taknak repeat debate pasal gross domestic product lagi. Taknak debate pasal International Funding lagi, ngantukk ngantuk.

Tadi first test Econs. Sebab aku yakin boleh jawab Money supply dengan kacang, jadi aku focus yang itu je. Sebab dah plan Ily master part Macro, Sarah master part theory, Ama master part demand. Kira nanti boleh tiru-tiru apa yang tidak berapa master sebab hari ini test, pagi tadi baru nak belajar, sanggup ponteng kelas. Tapi, ponteng kelas sebab nak tambah masa tidur. Bukan belajar pun.

Sir dah aim muka- muka peniru. Jadi, tak pasal-pasal semua pun aku bantai jawab. Mungkin tuhan sayang kitorang lebih, tiba-tiba black out. Black out apa. Air-cond pasang, lampu je padam. Nampak sangat. Terus semua orang keluarkan handphone, tiru. Tiruuuu tiruuuuu. Sempat pulak kasi Sarah paper aku, tiru habis-habis. Sir pun lari pergi jumpa pekebun minta torchlight. Berlari balik kelas, suluh semua muka. Okay aku tipu. Tak tahu lah mana dia dapat torch light.

Tapi kaaaaaaaaaalau lah memang betul UiTM extend satu sem lagi, siapa kisah? MEMANG KENA KISAH. SIAPA NAK BELAJAR BENDA SAMA LAGI? INGAT BLACK OUT MACAM TADI TU BOLEH BERLAKU LAPAN KALI SETIAP SEM KE? LAPAN KALI SEBAB ADA LAPAN TEST. SETIAP TEST PUN BLACK OUT. Heaven.

Tapi, memang aku tak kisah pun. Sebab korang-korang lah aku tak kisah UiTM diextend kan lagi satu sem. TERHARU SEKARANG! SMS AKU, "IZ, ENTRY KAU BUAT AKU MENANGIS," SEKARANGGG!



20 comments:

Azalea said...

Iz!
Entry u buat akak menangis!
Ingat ape jd dah sbb x update blog lepas last sale tu.
Selamat kembali.

ama said...

aku menangis ni.menangis beria ria ni.


sebab ily nangis tgk ayat ayat cinta aku pun nk nangis tgk catch me if u can.

ahmad said...

kena extend best.....time tu ko jadi super senior.....leh ragging cket budak2 baru.....tak pun gila kuasa jadi ketua kelas....hahaha

heretic preacher said...

aku menangis sebab uitm nk tutup 1 sem time aku tgh praktikal 1 sem, so tak membawa apa2 makna pon kat aku klau tutup 1 sem sekalipun sebab 1 sem aku takde kt kampus...

selamat extend lg 1 sem... bermakna lewat 1 sem la ko nak smp s.alam ni...

Fatul Akrul Ramli said...

tak bestnya kalau extend satu sem..

eh, betullah.. entry u buat i nangis.
T_____T

Teong Jin said...

hi, since I don't have your number (therefore I can't text you), I'll post it here instead:

Iz, your entry made me cry!

then again, I'm at work and your blog reminds me of my own days at uni. :)

keep up the good work! very entertaining stuff.

Salam from USJ,
TJ

Kaayrel said...

Taikk, x nangis pun aku! Tauhu btl. Kahkahkah.

[z@ck] said...

pasal pe extend satu sem lg?
ku x mengerti..
huhuh

Azalea said...

Iz, confirm ke sume uitm akan tutup sem ni? My sis dkt uitm shah alam pun ckp ada dgr ura2 ni. Dia pun demam dr ahad lg, baik pas2 batuk n demam lg. Skang tgh check status darah sume kat ppum. Mintak2 xde pape. Amin.. Takut woo selsema b*b* neh.

MARiZA said...

serious lama gile tunggu owner ni update! at last... (=

eh eh.

sasha* said...

hai :)

Boneca Chill said...

oh tudung anda dlm gamba yg ke 8 same ngan saye punye.

rahmat said...

x nangis punnn..
haha

kerolizwan said...

izz..
rindu you
sedey la
you tak layan i

*gedik sunggoh*

hahahahhah

mybreakfastclub said...

same here. gilo apo ttp skolah tgh2 sem nk bercambah. maksud i, tgh2 bz nk pulun ape yg ptt. weh weh weh. moge2 skolah kte x ttp. uitm di hati kau dan aku. buahahaha!!!

[ske] [tdo] [siang] said...

betol kah???

3 tanda soal melambangkan keinginan tahu yang rakus membiak dan juga mambuak

Hanis Zalikha said...

aku dengar dia tarik cuti sem jelah? bukan repeat sem.

zulaikha zubir said...

jangan tutup weh,tak sanggop aku nak grad lambat2 pastu terhegeh2 nak crik keje!H1N1 punye pasal satu uitm keco macam perang salib.benci seh.asal universiti laen tak bising, rilek macam pegi percutian due hari tige malam kat kampung baru.

:: hAsmAt :: said...

ehem ehem...meniru dlm test nampak...

SyafiQ said...

fuhh..
slmat x exten..
kalu exten mnyesal je sem nie..ahakz