September 22, 2009

Kenapa yang kita sayang selalu akan menjauh?

Khas buat kaum perempuan bernama Siti Syazwani bt Pauzi,

Salam sejahtera. Hai Siti Syazwani kesayangan, dah besar panjang dah engkau sekarang sudah 19 tahun, sudah lama mencapai puberty dan tidak akan meninggi lagi. Aku tak sangka dalam banyak-banyak rakan karib yang aku ada, engkau lah yang pertama sekali akan meninggalkan aku dan melanjutkan pelajaran ke luar negara (United Kingdom), jadi memang betul lah jika orang kata yang tersayang itu akan makin lama makin jauh dengan kita. Sesungguhnya cinta kita berdua telah dicabar sekarang maka aku harap kau tabah menghadapinya.

Ingat tak masa kita belum kenal lagi, kau tahu kan aku memang benci dengan engkau, dan engkau pun benci sangat dekat aku. Aku kata kau geng gedik, kau kata aku bajet sombong. Bila nak start olahraga je, engkau si rumah kuning pelajar baru dari sekolah perempuan tiba-tiba masuk sekolah aku lalu dengar desas-desus engkau pelari handal? Lepastu seperti biasa, jaguh lama seperti aku pasti takut dan tercabar jadi selalu intai kau dari jauh tengok kau pantas atau tak? Huehue malu i. Lepastu kalau relay 4x100 dengan 4x400 kau mesti pelari nombor tiga, dan aku selalu tak dapat lari sebelah kau sebab aku selalu kena pelari pertama? Lepastu dah lamaaaa sangat, kita naik sekolah menengah. Aku mengaku walaupun aku benci kau tapi dalam diam ada hati dan tanam perasaan nak berkawan tapi bila team bola jaring / bola baling kau lawan dengan team aku, tiba-tiba buat muka sombong taknak kawan dengan kau padahal dua dua selalu centre. Sumpah perjalanan kita nak berkawan sangat panjang dan lama, sampai kena ada banyak orang tengah, barulah hubungan kita terjalin.

Masuk Tingkatan 3, first time aku borak dengan kau dalam kelas Agama, semua sebab ustazah suruh kita duduk belakang si dua ekor paling bising dalam kelas. Aku pandang kau. Kau pandang aku. Lepastu kita gelak. Lepastu terus tanya, "Eh kau duduk mana?" Tengok-tengok rumah kau belakang rumah aku, tak boleh nak lagi dekat ke? Orang kata kalau dah jodoh itu tak kemana. Aku dengan kau terus tukar nombor telefon. Walaupun tiada telefon bimbit tapi telefon rumah ada, maka walaupun rumah hanya belakang, bil telefon masih melonjak. Maka, setiap petang pun aku ke rumah kau. Tepat pukul 6.00 petang kita akan sama-sama tengok adik kau main badminton, adik kau pun dah naik bosan tengok muka aku kerap bertandang.

Topik pertama dalam perbualan yang merapatkan aku dengan kau, OF COURSE WEH. Dilema bertudung dalam geng yang tidak bertudung. Kau dengan aku punya dilema yang sama, kau seorang je yang pakai tudung dalam geng, aku pun seorang je yang pakai tudung dalam geng, maka setiap kali ada party atau dancing nights atau concert atau clubbing atau parti buih / liar, kau dan aku pasti bawa bincang dulu, buat forum dekat rumah list down kan advantages dengan disadvantages mahu pergi atau tidak dan selalu nya kita memang tak pergi langsung pun.

Masuk Tingkatan 4, kau pun dah perlahan-lahan masuk geng aku, ditarik perlahan-lahan, perlahan tapi pasti, aku dah kata dah geng kau memang gedik dan busuk haha. Siapa tak sayang kau wani? Si friendly, peramah, penyayang, cepat berkawan, macam magnet lelaki dan perempuan, kau masuk geng aku, terus kamceng dengan Nabil, Hanis, Tina dan Aida. Kemudian barulah Izzah ditarik masuk oleh kau, Hanis dengan Nabil. Memang sejurus selepas itu, kau memang duapuluhempatjam bertenggek dengan aku pergi mana-mana pun memang selalu berkepit bawah ketiak aku. Kita bagaikan sepasang kekasih yang punya perangai berbeza. Aku selalu si pemalu, tak berbual dengan orang, dan kau lah yang selalu si pembual dengan orang. Kalau sedang sesat jalan, aku selalu takkan tanya sesiapa, nak tawar-menawar harga barang pun, kau yang selalu wakilkan aku. Semua benda pun lah kau selalu buatkan. Kalau nak borak dengan mak cik India dekat stesen bas pun, memang kau lah yang paling handal buka topik. Kalau nak beli nasi lemak dekat Mak Cik Kelantan pun, kau lah yang paling pandai minta ayam banyak harga kurang. SAMPAIKAN BILA NAK CARI JODOH AKU PUN, KAU LAH YANG SI ORANG TENGAH DIRI DI ANTARA AKU DENGAN ASLAM, TUKANG CAKAPKAN APA YANG AKU NAK CAKAP KAN SAKMVFASDVMSDVSDV.

Memang mana-mana aku pergi, walaupun takdir campakkan aku ke Kedah dan kau masih di Subang, tapi super savers itu wira kita. Tiap kali aku menangis pada kau dan cerita kesengsaraan aku dekat UiTM kena buli, kena hantar surat layang, kena publicly humiliated dan sebagainya, kau pasti dengar dan fahami ia. Pernah kah kau hilang bila aku perlukan kau? Sedangkan masa stereng kereta aku kena lock pun lepastu tempat kunci kereta stuck pun, aku call kau sebab tahu kau pemandu paling mahir dalam geng. (Okay second lah. Nabil first sebab nanti dia pokpekpokpek dia dah habis P ah blablabla).

Selepas ini dengan ketiadaan kau, mungkin aku dan kau akan renggang sedikit. Mungkin kau akan jumpa rakan-rakan baru yang jauh lebih baik dari aku. Mungkin kau akan terbuka topik perbualan dengan mana-mana perempuan bertudung juga tentang dilema nak ikut rakan tidak bertudung ke party. Mungkin kau akan dapat seorang rakan yang sebiji macam aku, lalu, kau akan selalu terlupa dekat aku, atau terlupa muka aku atau akhirnya terlupa nombor telefon aku. Mungkin kau akan jumpa sahabat baik lain yang tidur sekatil, baring sebantal, duduk sekerusi, makan sepinggan, kongsi sepakaian, dan kentut sebunyi. Pernah kan kita teruja bersama sebab aku akan buat degree dekat Shah Alam jadi kau yang di Taylor's akan selalu datang UiTM Shah Alam lepak dengan aku. Tapi bila aku hampir ke Shah Alam, rupanya angan-angan kita tak dekat. Engkau pun semakin jauh.

Esok adalah hari terakhir kita bersama. Aku selalu tengok kau menangis. Tapi kau selalu bising tak pernah tengok aku menangis. Jadi, kalau esok aku menangis, kau janganlah bersyukur akhirnya impian kau nak tengok aku menangis termakbul. AKU AKAN TRY SEDAYA UPAYA TAK AKAN MENANGIS, AKAN LETAK CILI API GILING DENGAN SAMBAL BELACAN DALAM MATA BIAR JADI SANGAT KUAT DAN HANDAL SUPAYA TAKKAN NANGIS LANGSUNG SKJDSVFSKVGNSKLBBFDN.

Kau tak perlu tengok aku nangis atau senyum. Mungkin aku senyum lebar-lebar, tapi dalam hati, kalau boleh, aku nak tarik tangan kau dari melepasi ruang berlepas lapangan terbang. Sebab aku sayang kau.

17 comments:

noxy =) said...

sedihlah T_T

hafizhasbi said...

A quote 4 u..

==================================

FRIENDSHIP is like violin,
the music may stop now n then,
but the strings will last 4EVA...

==================================

.rafiq. said...

tsk tsk.
selamat tinggal wani.
ngaji molek dem.
jangan lupa daratan lautan takpe.
kami sayang kamu.

Akmar Anuar said...

damn...
entry ni sweet tapi dlm mase yg same sedih...
iz, kalo korang rajen2 contact takkan putus ukhuwah korang..
hmmm....slalu2 la lawat facebook dia ke kan?
tak pon ko pakse dia update blog hari2 ble dah kat sane nnt...

ape lagi nak suggest ni...
haihh..jgn riso, korang yg rapat akan sentiasa rapat tak kesah la ble da kawen dpt cucu sekali pon...
sampai hubby korang pon naik meluat tgk korang asek nak berkepit je nnt...haha =p

ok sori melalut byk gle mcm aku ni kawan korang lak..haha ok tak lawak..

take care iz and wani!! =)

anak pak li said...

memang aku terharu baca ni iz..
isk..isk..
kalah cite 1 litre of tears..

hatim a.r said...

sgt sweeeeeet okeh.

rahmat said...

karangan ini ckp handal..
hmpir mnitis sgala air d bdn i ni.
haha

Apisz said...

'they love you but they are not your lover..they care for you but they are not from your family..they are ready to share you pain but they are not in your blood relation..they are FREINDS!! true friends scolds like a DAD.cares like a MOM.teases like a SISTER.irritates like a BROTHER and finally loves u more than a LOVER...'

=)

ily. said...

ahhh sedih! kirim salam wani.
*apahal tak bagitau aku yg selamatkan kau dari stereng lock? haha

ahmad said...

aku rasa kompom nangislah......

Wanoy said...

Kalau diberi peluang, aku kepingin nak kenal kau dengan lebih awal. Aku syg kau babe. Sangat. And takkan ada org boleh replace kau. Never.

smiley miley -____- said...

HAIY...
EINAZ UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA..
raya datang la rumah x tau alamat mintak eik.
=D

nawal said...

adesy~~
sedehnyer!!

Mr K said...

Tak apa... Aku kan ada...


Hehe

Namaku Izham... said...

ramai lg yg akan pergi...x rmi yg akan dtg...yg dtg pon x semesti nyer sekepala...stress akan bertimbun nnt...

NieSah said...

be strong sis...jasad tak dekat..tapi hati selalu menempek dekat sis.. ;)
mr K mencapub

Nur Syaza Azrudin said...

weh, kalau rajin contact. ym/msn tiap2 ari mmg xkan renggang la.jgn bg renggang la. aku even dh nk dekat setahun kt luar tp still geng skolah plg rapat smp skrang.pegi mana pn,dpt kwn baru byk mana pn, still plg rpt dgn geng skolah sbb dh knal hati budi sume.

contact2 slalu.masing2 kena work it out.eceh.mcm relationship.tp btul la.msn/ym ade, takkan renggang punye.