Bukan sesiapa secara spesifik. Bukan simpan lama-lama jadi dendam, bila tercucuk, keluar meluap-luap. Tapi, kalau aku dah beri hati pada kau, dengan syarat tolong lah jaga baik-baik. Kalau luaran nampak teruja dan sentiasa ketawa, dalaman tak mungkin ketawa sama. Kau nampak ke? Tak, sebab kau selalu nampak yang terang. Bila gelap, kau dekat mana? Kau orang pertama yang hilang.
Memang aku selalu tak jaga hati kau. Mungkin sebab mulut cabul hati kering, tapi, setiap kali aku keluarkan sepatah kata, aku akan terfikir semula apa yang aku kata tadi itu waras atau tak. Kelakar lah bila orang kata orang-orang yang rapat dengan engkau, sentiasa bersama, menempek bawah ketiak itu kenal kau paling banyak. Lagi rapat, lagi memahami. Tapi korang pernah ke cuba faham yang aku pun ada perasaan? Yang kadang-kadang beberapa patah kata korang lafazkan macam tweezer. Bila nak cabut bulu, sakit. Dah tahu sakit, masih dicabut lagi. Yang korang kata itu sakit, tapi kenapa aku asyik terima.
Kita dah macam tiada sparks kan? Bukan Sparx watak rempit lakonan Zulhuzaimy yang, "Budak Cenanga tu dah kompom?" Bukan kasut sekolah brand Sparx yang kalau dulu siapa tak pakai, dia lame, tapi bila Bee First dah keluar, byebye Sparx. Tapi sparks yang percikan elektrik bila kau temukan dua arus elektrik berbeza. Kerana ia berbeza, maka cantuman pun kuat. Tapi aku rasa kita dah tiada itu.
Mungkin kau ada ramai kawan. Ataupun kau ramai kawan tetapi aku dalam senarai yang takpayah-nak-kawan-sangat-pun-boleh. Tapi, kau tak nampak ke usaha aku nak buat kau rasa, kau bukan dalam senarai itu? Atau pun kau dah nampak, sebab tu kau take aku for granted. Atau kau terlampau sibuk dengan kawan baru, haha, kawan yang lama ada atas rak, dah naik debu, kau nak sapu pun takde masa.
Bukan senang aku nak kata aku rindu. Bila aku dah kata, kau kena rindu sama. Sebab itu maksudnya, aku perlukan kau. Aku dah buang segala rasa ego. Kenapa kau tak boleh nak buang rasa ego dan cakap, "Rindu,"
25 comments:
aku rindu ko ape. hee~~~
wah..sungguh mendalam mksudnya...
setiap kata menusuk dowh...nasib baik orang dimaksudkan tu bukan nisah..*bukan kan?kan?*
hee~ xpe2..nisah faham..kot~
we tend to expect more from him/her when we act beyond our own expectation towards him/her
Percayala
saya pun RINDU..
iz.. jgn lah emosi2 okay.. nak raya dah ni.. ecehh..
haa, selamat hari raya okeh
hmmm iz...
i used to read your happy writing..bile u tulis entry mcm ni, buat i rase sedih sekali..
'dia' tu kawan ppuan or lelaki?
mcm lelaki tapi kalo kwn rapat perempuan pon boleh jadi jugak..
hmm...be taugh yeah? sebab pasal kawan2 ni, u baru 19/20 tahun...belum masuk life degree or keje nanti, mcm2 kawan u akan jumpe..
just buat ape yg u hepi and be wif frens yg buat u hepi..jgn rase u r all alone..tipu sangat tu...
spak mesti suka ko mention nama dia lam blog ko.....dia taun ni masih lam jel.....
alolololololoooooo.... ni untuk sapaaaaaa??? aku kaaann. aku pun rindduuu.. betul.
sapakah yg telah melukakan hati iz?
"bikinn gua panassssssssss je", ujar spark..
xpe iz, i single pon sbb tunggu u. pulanglah ketika u da ready. ok?
wengggg! wenggggggg! (bunyi motor rempit)
rindu.haha..
hurm. friendship matter meh? ;')
p/s: slmt hari raya iz
Baiklah.. saya rindu awak. hahahaa tetiberrr.
Selamat hari raya dik. :) Suka baca tulisan awak.
iz aku ske lagu ko,, lagu ape ni?
kene la dgn theme blog ;)
Assa
Assalamualaikum dinie..
Selamat hari raye. jemput datang rumah ek raya ke-2. Rumah dibuka luas2.=)
eh sori trsilap blog.sori2.
1st tyme kot ko post entry emo. T.T
aku rindu cali and bugs
"Rindu"
aku dah buang ego aku..
puas hati kau iz?
cantik banner (komen tak macam kawan haha dahlah takde kena mengena)
lu ni dah kenapa?
sorry la tak reply rindu balik kat ko. aku busy sikit kacau dodol nak raya neh. hahaha :b
MEMANG KITA RINDUUU DENGAN SEMUAAA!
belly button : ini lagu iron and wine, flightless bird =)
saya rindu awak juga :) hehe. relax2 dah nak raya ni :)))
Iz... (ececece panggey mcm dah kenal lama)
nice blog. nnt i wat review mengenai blog u and jemput2 laa ke blog i.
hv fun.
p/s: uitm kedah kat SP kan??
wowwww i wonder la utk siape. :) adekah utk orang yg aku rase name die ade dalam otak aku? ke org lain ni??
Post a Comment