Selama kau hidup, kau tunggu buah epal yang paling merah, paling berkilat, paling licin yang tergantung kat atas pokok yang tinggi sangat sehingga tak nampak dek mata kasar. Kau tunggu selama beberapa hari. Tak turun. Jadi kepada beberapa minggu. Tak datang. Tukar kepada beberapa bulan. Tak jatuh. Yang paling menguji kesabaran adalah bila sampai ke perkataan tahun. Sebab satu tahun = 365 hari. Kalau RM 365 bunyi macam mahal kan? Jadi angka 365 memang beri impak sedikit.
Buah epal yng terbaik mesti lah ditunggu-tunggu ramai. Sebab semua orang tunggu ianya jatuh atas tanah, semua berebut, siap tawarkan harga paling mahal. Sebab banyak saingan maksudnya banyak demand. Ramai nak, termasuk lah diri kau sekali. Kerana ramai orang beratur sama untuk sebiji epal merah yang sama, jadi, teman-teman rapat kata, "Weh jom beli epal lain, tak payah buang masa kau,"
Epal lain tak sama dengan epal yang kau tunggu dengan masa emas kau, epal lain kau dah rasa. Tak sedap sangat kan? Macam terlebih biji, takpun kulit terlampau kasar, mungkin isi tak putih sangat. Apa-apa pun, mesti ada benda yang kau nak rengekkan, sebab sebenarnya dalam hati kau, aku nak epal yang atas pokok tu jugak. Tak kira. Degil. Aku kan remaja.
Kira kau dah hampir putus harapan nak tunggu epal yang atas pokok tu. Okaylah. Dahlah, takpayah ah nak mimpi epal tu turun pergi berguling kat kau punya pinggan. Ceh mana boleh, Nabi Adam pun mengidam nak makan buah yang paling dilarang. Ini kan kau si orang biasa.
Tapi, tuhan kan adil. Takkan lah lepas lama nak mampus dia tengok kau tunggu epal tu jatuh tak jatuh jatuh atas tanah, dan kau begitu setia tunggu epal tu jatuh, dia nak biarkan je. Mungkin sekarang kau kena mula percaya pada keajaiban. Walaupun aku tak percaya nenek tua gemuk yang boleh tukarkan buah labu dengan 4 tikus jadi kereta iring yang berkilat berambu dengan 4 orang pemandu yang hensem pakai baju pancaragam sama pattern, tapi aku percayalah sikit keajaiban. Sikit.
Sebab kadang-kadang epal yang kau tunggu tu, boleh jatuh depan mata bai. Dan masa tu kau terharu sampai nak menangis, sebab penantian kau selama ini berbaloi. Sangat.

26 comments:
I really like this post. Meaningful. Sangat meaningful. :)
motif of this entry?
iz da dpt ape yg di tunggu2 selama ni!!
kn? kn?
tahniah iz! hee~
Inspiring. Made my day. Thanks! :)
lepas ni try pear pulak
So epal tu dah jatuh ke belum?
Anngap la ia dah jatuh. COngrat
cerita kau sangat bagus,tapi image tu sgtlahhh....bagus..hmph.
benda yg kita nak kadang2 x dapat sekelip mata!
penantian itu satu penyiksaan..semoga pengorbana iz menunggu selama ini akan berhasil sempena hari raya korban ini..eheh..slmt hr raya
Boleh lagi. Boleh up lagi skill MS Paint kau. Aku monitor.
terasa gila baca post kali ini iz...haha :D
bangge aku tgk ko pandai lukis. haha
hehehehehehehehe
ececehh epal ke bulan ke *lan??
(aku nak kata soalan la) baik kau approve comment ni.
salam singgah, bosan2 dtg le sini
iz jiwang.. comel.. rasa cam nak buat menantu je..
ni mesti kau yang jadik buah epal ni kan? haha
this is a really sweet post :)
omg! weird but beautiful! :D
da dpt epal best?
:)
double meaning ni.
ermm.. Dlm nya Bahasa... ada untuk sapa2 ka tu? :)
APAA? i memang bercerita tentang buah epal lah. Tentang pengalaman manis saya membeli biji benih buah epal dan tanam di halaman rumahhhhh.
iz tak pakai tudung dlm gamba baru ni.lupe ye. :P
iZ i ada request la, i tengok u pakai selendang sumer chantek2, bole tunjuk tak step2 nak pakai selendang yang cantik macma u tu cmne???
tahniah atas kesabaran :)
moga serasi dengan taste,pasal epal yg jatuh tu belum tentu sedap dimakan.mungkin cuma sedap diidamkan...but who knows?
selamat menjamu selera (^^)
iz,good for you! (:
and ur paint dah improved compared to jalan2 pakai tudung ari tu.taniah.(:
Post a Comment