January 30, 2009

Cukub sopan

Diteg oleh Badi ;


1. Nama yang sepatutnya diberi jikalau nama sekarang tidak ada ;

= Indah Indriana. *terharunya nenek belah bapa sangat perihatin atas keindahan cucu.





2. Sediakan gambar passport yang paling latest. (amek kau aku bagi paling besa)





3. Gambar bersama salah satu hadiah dari salah seorang sahabat ;


bukan, bukan perempuan sebelah ni hadiah. selendang itu hadiah dari Hanis zalikha =B





4. Gambar phone yang dipakai sekarang ;

tak baik doh soalan ini, phone sedang repair, maka guna ini sebentar.




5. Gambar pertama yang ada dalam folder foto anda di komputer ;


Aku tak salah doh weh. komputer ni yang salah sebab letak gambar kau pertama.





6. Nama yang ke 10 dalam contacts henfon anda ;

= Adam





7. Lagu ringtone henfon ketika panggilan masuk ;

= Kring kring yang semua nokia pun ada. Nak aku sertakan sekali apa.






8. Teg 3 orang rakan untuk buat benda alah ini ;

= Hanis zalikha
= Ily zalikha
= jiran belakang rumah yang selalu berhutang dengan mama tapi dah lama pindah zalikha (haha nak sengaja samakan semua nama hujung jadi zalikha)







p/s : chihihi aku sengaja je layan teg ni sebab aku nak tengok henfon baru hanis dengan ily. MANAAA MANAAAAA?! Si jiran belakang rumah yang selalu berhutang dengan mama tapi dah lama pindah zalikha itu selepas jawab teg kemudian boleh pos kan hutang kau. Terima kasih.

January 29, 2009

Dua hari bertuah ini


Pagi pagi lagi aku didatangi sebuah kereta yang old school 60-an tapi smart yang sumpah. Kemudian keluar Sarah bersama balaknya, Teh. Yeah nama dia teh, bukan teh O ais atau teh limau kurang gula. Wah Sarah rupanya hendak bagi hadiah hari jadi (hari jadi sebenar adalah 8 Feb gehehehe) yang lebih awal dari sesiapa walaupun aku tahu bila pulang UiTM nanti dia orang pertama akan baling apa apa yang ada depan mata. Baling jantan boleh dikecualikan.


terharunya beri kawan sebuah gitar. bertambah lagi koleksi aku, tsk tsk.
jadi lepas ni sesiapa boleh hadiah kan pick gitar yang RM 1.20 tu oh yeaah.


Tak habis dengan tu, tiba tiba aku masuk rumah, nono call, katanya 30 menet lagi dia sampai depan rumah aku. Tanpa malu, dia datang juga walaupun aku dah kata gate rumah rosak jadi tidak boleh keluar *heh.



Aku hampir hampir halau kereta yang parking depan laman rumah, ingatkan bangla yang potong rumput sudah maju tidak naik basikal sudah mampu merayau dengan barang barang berkebun dalam Kelisa.

Memandangkan gitar Sarah out of tune dan tuner sendiri sudah rosak dan tidak mempunyai bakat semulajadi untuk tune tanpa tuner, jadi aku paksa nono bawak ke miyusik walk.


muka gempal yang annoying.

Hasilnya, kerana takde satu pun kedai musik bukak sebab masih semangat raya cina, jadi tiba tiba rumah izzah jadi kedai musik, heh tak ah, kitorang pun pegi lah rumah izzah cari makanan.

aura izzah belum mandi, bercahaya menusuk kalbu lagi.

Kerana hari pun tiba tiba hujan, nono pun hantar aku ke rumah. Seronok ah seumur hidup selalu mempunyai kawan kawan yang punya lesen dan kerete sendiri. *Yesss, eh alhamdulilah.

TIBA TIBA LEPAS PELUK DAN HENDAK BERSURAI, NONO BAGI AKU HADIAH. Aku pun macam eh apa ni hari jadi aku lambat lagi, lagipun hadiah tidak cukup besar eh tak tak aku tidak ada hadiah untuk tukar. Ini tradisi raya cina kah kene tukar hadiah ketika berjumpa teman?

beg yang dia jahit sendiri.


baju yang sangat comel. wajib bawa ke UiTM


Dan semalam juga adalah hari untuk budak bertuah yang gempal ini. Semua sedia maklum Mydin adalah tempat yang cool dan memandangkan Hanis tidak boleh teman aku ke Mydin untuk check kedai yang dipromosi oleh Janet. Kedai eh taknak ah kedai. Salun yang murah tapi hebat. Memang hebat siap ada free facial dan eyebags removal. Maka kali ini, Nabil harus teman aku berfacial percuma dengan alasan nabil juga harus buat pimples removal. Hohoh.

okay lighting tak lawa. nabil tidak cukup cerah. Harus tukar.

woh lighting tukar, muka pun bertukar. nabil memang tiada ekspresi lain ketika bergambar.

okay annoying dah ni.



Sebagai ucapan terimakasih, aku pun belanja nabil burger king. bukan satu meal french chicken amboi banyak duit scholarshit gua. tapi setakat BK cone seringgit pun jadi lah. Oleh itu, aku hadiahkan kau gambar selepas facial.


haha sebab nak dapat wallpaper best, maka masuk dalam langsir.

thanks peopleee!! <3


January 28, 2009

Gong xi fa choy



Untuk menunjukkan semangat kerakyatan, harus sengih yang menjengkelkan ketika bertali pinggang keledar,

this or rm300 fine=/






Memandangkan phone tidak berapa best maka kau sendiri boleh search Melaka di google. Atau lawati www.melakadigoogle.com. Comel kan nama website.

Apa yang awin dan krel tidak bagitahu aku, Melaka memang ada UiTM paling berhantu dan MMu paling multimedia dekat sana. Tapi woh woh eksaited nak share. Melaka ada Menara Taming Sari! Seperti Solero Genting di tengah tengah jalan.





Wahhh hampir sama yang dummy dan yang tidak dummy. Walaupun tidak berbentuk seperti keris taming sari langsung. Mahupun sehelai sari.

Perjalanan jalan kaki ke menara taming sari buatkan kau rasa melaka ada jual cendol pulut yang paling sedab. Dan orang berpeleseran macham di Suria (sengaja panggil Suria bukan KLCC baru urban :D)


muka tahan panas tiada bibir atas, yang belakang itu salah satu mat endon yang berpeleseran.

Semua orang sayang menara ini sampai tak kesah kene beratur 45 menet.








Dan selepas 45 menet, sambil berada 80 meter di kayangan, maka harus ambil gambar.





Muka annoying yang teruja lebih

Tetapi yang paling best adalah, di Melaka terdapat rumah Tuan Haji yang sangat kaya dan hobi bagi orang makan dan mempunyai anak lelaki berderet dan ada yang sebaya.



Gehehehhehe.







January 24, 2009

Apa barang spesial anda?

Separuh orang sudah tahu barang spesial saya bukannya diari darjah lima tetapi binatang ini. Hasil kasih sayang saya dengan teman baik, Hanis Zalikha.

*sengaja ambil gambar paling busuk.
Dia bukan monster. Nama dia Lady tapi Hanis suka hati sahaja namakan Emperor.


*gambar wangi sedikit.
Kerana tuan bertudung, maka dia pun harus tutup aurat sekali.


Tapi mungkin saya bukan seorang yang manja. Atau saya telah dilatih bermanja dengan cara yang rasional. Tapi memang cannot go lah kan kalau sedang penat habis main futsal dalam kepala nak landing lepastu balik bilik tengok ada binatang (ke bintang?) atas katil aku weehh.

Binatang yang mempunyai segala jenis bau dari bau hingus, kentut, peta lengkap Lembah bujang dan Semeling, air mata, air mutlak, air liur basi, air ribena, ya ini dia binatang kesayangan Saza, roomate sebelah selang satu bilik dari bilik saya di kampus. Kenapa saya kata ianya binatang sedangkan ianya adalah sepasang bantal busuk saje?


Lihat, dia mampu menggulung kan bucunya tanpa dipaksa.






January 22, 2009

Boy. kot.

In the name of our mighty God, and to plea for freedom in Gaza,




Let's do our part with pure sincerity. (ada rm50 dalam dompet tetapi terlebih dahulu tanya rakan lain ada seringgit atau duit pecah tidak)


tidak, saya tak nak muke perempuan itu, sila zoom lagi.



='(




atau mari memboikot barang barang yang telah menjadi teman baik semenjak bayi lagi
(contohnya : johnsons&johnsons baby products)



tak pun, boikot sahaja orang orang yang tidak mahu memboikot.

Haha.