Bagaimana hendak memakai selendang?

AKHIRNYAAAAAA, MASA YANG DINANTI-NANTIKAN TELAH TIBA. *padahal takde sape tunggu pun. (ah takpe, nak jugak ada drum rolls,)
Aku bangga hari ini, sebab walaupun sibuk menelaah untuk final exams (PADAHAL SIBUK MENELAAH NEED FOR SPEED) tapi masih ada masa untuk sengaja ambil selendang kemudian camwhore sendiri untuk tunjuk cara-cara lilitan selendang aku untuk dimasukkan dalam blog. Padahal seluar tak pakai, selendang je pakai, okay asal aku bagitahu yang ini.
Okaaaaay, kepada semua yang pernah minta aku postkan entry ini, ini khas untuk kau semua! =')

Terutamanya yang bakal melahirkan anak, atau pun kepada yang telah meng emelkan permintaan, dan komen-komen dan etc. Lepas ni korang kena wajib doakan aku dekan this sem okay * paksa

K H A S B U A T K A U S E M U A (nada azwan ali bila tengah umumkan siapa pemenang carta Hits 1)

Pertama : Cari mana mana selendang yang anda rasa lawa. Tak lawa pun takpe, kalau ada alas meja yang bentuk selendang pun boleh, asalkan tidak ada sisa air milo tumpah. Letak atas kepala, dan pinkan pakai kerongsang. Kerongsang jangan begitu besar, nanti leher nampak gemuk.


Pastikan selendang sebelah pendek dan sebelah panjang. Kira agak agak je ah panjang berapa semua sebab I takde pembaris panjang nak ukur. Takkan nak pakai jengkal atau depa.



Tarik yang bahagian panjang ke belakang untuk di letakkan atas kepala. Ye, aku tahu muka aku tua bila buat aksi ni. Bawah mata berkedut, padan muka tengok lagi Gossip Girl sampai pukul 8 pagi.
Haa, tarik sampai bahagian sebelah muka. Kalau selendang yang ada jurai jurai dekat hujung tu, pastikan jurai jurai tu sampai dekat bahagian telinga, baru macam langsir. Nanti bila exam, bole tiru kawan sebelah dengan mengintai di sebalik jurai-jurai ni.

Hasilnya macam ini, biasanya I tak pinkan dekat atas kepala, sebab bila angin kuat, tiup selendang tu, nanti macam sepoi-sepoi selendang tu bergerak, secara langsung mewujudkan imej ayu korang. YANG NAMA AYU TU DAH MEMANG AYU, TAKPAYAH LAH GEDIK SAJA TAKNAK PINKAN WOH.




Yang bahagian pendek pula, boleh ditarik kan ke tepi, kalau taknak tarik pun, boleh jugak, style apa. *wink wink


Tarik sampai habis lepastu letak dekat belakang.


Sekarang, dah boleh cuba betul-betulkan bahagian hadapan supaya tak nampak leher gemuk atau pun macam ada bela beguk sebalik selendang.


Kan aku dah cakap, senang je, takde ah sampai terbelit kerongkong sampai tak bernafas pun kan, kalau ada apa apa persoalan, boleh tanya, tapi kalau dah berjaya buat, MMS AKU SEKARANG. Padan muka korang, sekarang kena tengok gambar geli aku ;

Okay dah bye.