May 26, 2009

Pulanglah.

Kita semua sedang buat countdown, setiap hari aku tengok kalendar, dem, berapa hari je lagi dah kena balik kedah. Aku taktau asal semua orang macam tak teruja macam aku untuk pulang ke kawasan aman damai sawah padi terbentang luas hijau biru yang indah nian bau ladang getah menusuk bulu hidung, bau dia pergh terbaik. Macam ezwar kata, "Takde bau getah yang macam tahi lembu ni, tak selera i nak makan," Tapi ezwar memang macam tu, kat mana mana tempat tinggal pun dia ada bau tahi yang strong baru boleh makan. Kasihan. *geleng kepala tanda simpati.

KITA SEMUA WAJIBLAH BERSYUKUR DAN MERASA TIDAK SABAR UNTUK SAMBUNG BELAJAR. (haha annoying gila cakap macam nak menang pertandingan syarahan) Lepas bertapa dekat subang ni lama sangat, sampai i dah boring, i rasa memang lebih baik balik UiTM, ada banyak faktor mengapa.

Antaranya ;

Tak sabar nak dapat kad pelajar baru untuk kumpul paling banyak kupon dan
jadi nerd dengan menjadi orang pertama skali yang hantar. Gila nerd, macam ada pertandingan
kumpul kupon dapat dua bilik satu semester. WAH ADA DUA BILIK BOLEH PECAHKAN
DINDING TENGAH TENGAH PASTU BUAT BILIK BANGLO =B


Siapa tak rindu lecture hall yang air cond sentiasa on dan microphone sentiasa free? Kerusi kerusi disusun seolah-olah very the stadium-ish. Nak turun tangga pun kena hati-hati kang terjelepok kau sat lagi, padan muka pakai high heels lepastu tersembam macam nangka busuk, semua orang mesti gelak tsk. Sebab tu aku selalu duduk paling bawah dalam lecture hall, takpayah naik turun tangga. Dan pada siapa yang datang awal, kalau takde orang dalam hall, boleh buat konsert pakai mikrofon, hambek kau lantang suara, tapi bila lecturer suruh present kat depan, tervibrate-vibrate semua anggota badan.

Bukan lecture hall je aku rindu, computer lab pun aku rindu, bila lecturer diri belakang, semua rajin menelaah komputer bincang bincang dengan muka serius pasal masalah dunia. Bila lecturer pusing je, semua minimize microsoft, maximize blog, facebook, myspace dah ah weh muka semua suci eh berlakon.

This was the day when ama had decided to finally settle with a demure appearance, eh tak tak
sebenarnye she was having a bad hair day pastu dah lama kempunan nak pakai selendang
aku lalu dia sarungkan lah for the whole day. AWW U ADORABLE ONE! *i cakap yang adorable tu kanan tu eh, tengok muka! Muka! Memang mati kejap lagi. Gehehe.

When Sir zul's voice had turned to a sexier, slower version, jadi, otometik daya pendengaran kitorang pun ter-retard, lepastu camwhoring was the best solution. Ni gaya ala-ala nak picit bun yang tengah duduk kat sebelah sana ah ni. TAKJADI PUN, BOOO BOOOO.


Lepastu bila tiba tiba suara Sir kuat balik, lepastu siap sound, "I know u have a high quality camera phone and such, but if you are here to take pictures, then u can go out from my class,"
Pfft, kan dah malu, terus gambar nampak ily je.

Critical thinking class was a blast, i think it was the bestest subject kot? HAHA APA AYAT MACAM BODEK MADAM ALAUYAH SIAK. I memang senang serious when it comes to critical thinking class, dengan syarat, mesti ada satu bungkus asam kulit limau 50 sen.

ily ni macam dalam semua gambar pun dia ada ah kan sebab semua kelas pun aku
classmate dengan dia ah kan.

tapi bila dah straight kelas 8 jam tak stop tuh memang muka terus jadi muka tak mandi
lah kan walaupun dah mandi janabah wajib sunat semua dalam satu pagi.

ok, ni serious muka tak mandi, tapi berus gigi je. Mestilah anda pernah alami,
tidur pukul 7 pagi lepastu bangun balik pada pukul 8 pagi. Terus sarung baju kurung,
tudung jangan cakap ah, i miskin, takde iron.

So, here's the picture of Madam Alauyah and her annoying, gampang students.
Daaaaan aku tak nampak, barbie korang menghalang I.

Lecturer BEL 260 yang muda dan cantik, yang semua pelajar lelaki pun gatal nak mengurat.
HAHA SEE I WAS SLEEPING, MATA TUTUP SAMBIL BERGAMBAR, TUANYA I.

Dan semestinya, event-event penting yang akan dijalankan under Law Fak.
(tak baik kan, pendekkan fakulti jadi fak, berdosa.)

Going to the cheapest bundle shop in town! Boleh dapat sehelai jeans sebijik seperti Zara
dengan harga RM 7! Haish rindu. Tapi harus tepis gangguan abang bundle yang setiap kali
aku masuk kedai ni, mesti AMBOI AMBOI SEGOK MOLEK LOH MUNG NIH, NOMBONG NOMBONG TEPONG ADE?

BILA MUSIM BUNGA TIBA DI MELBOURNE, aish, macam nak
berkelah kat tepi tepi jalan tu pun ada.

Going to Malinja, AGAIN. Heh gatal.


Sambung kelas memandu kau, lama gila dah berapa lama dah tak
start-start lagi driving on road (+_-)!



Tak lupa, bila berjalan, mata terbuka luasa untuk tengok anak orang kaya kedah naik
kereta apa, boleh stalk sampai rumah.

Takpun, ambil gambar cepat-cepat. Gatal ily.

Ahhh, good times, good times. (bercakap dalam nada orang tua yang menghisap curut
duduk dekat balkoni rumah sambil sengih sorang sorang)





Eh lupa, dengan aktiviti permainan-angkat-kerusi-sampai-iz-jatuh yang ezwar dengan lutfee ketagih sangat nak main, tahulah aku ringan. Lepastu kena shuuh dengan orang lain.

video

May 21, 2009

Kalau result final dah macham gampang..

Memang gampang ah jugak.

Keputusan Peperiksaan bagi pelajar-pelajar UiTM,
sedang di proses, sila semak keputusan anda di lain masa



Amadjakcxascmxakmcxak i tak suke moment ni. Masa nak keluar lepak Wondermilk jugak lah sorang sorang call aku cakap result dah keluar. Wtf.

Anyway, macam cibai. Dari 3.8 turun 3.67, maluuu dekat jiran sebelah yang suka bandingkan anak dia dengan aku. Tsk. Daaaan library processing memang busuk. Nasib baik Zack dengan Obama pun dapat B+ hahaha, tak terasa bodoh sangat aku. Ah library, lecturer pun tak pernah masuk. Dah cuti beranak berapa bulan. Last lecture amek kau terus belajar sekaligus 7 bab. Tsk, taktahu ke kapasiti otak aku lembab bila dapat air cond dekat lecture hall tambah dengan subject library memaaaaang mengantuk. Tiba tiba jadi Patrik - Duhhhh. Dah lah weh diam iz, takpayah salahkan lecturer, ada je budak dapat A untuk library, lecturer takde pun boleh belajar sendiri. Eh tapi mana boleh belajar sendiri, tak tahu ke tingkat 2 kolej Mahsuri wireless dia excellent? Dari belajar, baik online ke belajar? Tapiii weh, cuba kau contohi budak yang rajin, tengok mesti tuhan restui ilmu, lecturer sayang, takpernah tipu unit kesihatan kata period pain kalau nak surat MC padahal taknak datang kelas. Tapiii, diam ah iz. Bila dah stress selalu cakap sorang sorang. Huehue.

Tapi kali ni result membanggakan kaum perempuan. Sebab 4flat jatuh kat budak perempuan. SABARLAH LELAKI. Haha.

Next sem sumpah I romen dengan buku sampai bawak mandi. Aicehceh setiap sem pun matlamat belajar bersungguh-sungguh. Dan akhirnya makan, mandi, tidur, ronggeng bersungguh-sungguh je yang ada. Huh.

Dah ah bye. Mama kata pointer jatuh, duduk dalam bilik. Maksudnya, duduk je. Takboleh cangkung takboleh baring. Okeh duduk je.

May 17, 2009

Demi cintaku padamu

Semalam when i was watching final AF, time nak announce pemenang dia, and yes it's Hafiz btw, very predictable actually. Hafiz memang gampang comel, rambut kerinting weh kerinting. Haih. I rasa semua perempuan have hots for guys with curly hair. Maksudnye, kalau muka tak berapa nak elok pun, tapi kalau rambut kerinting mungkin dah boleh selamatkan saham. Eh ke i sorang je beranggapan begitu? =B heh.

And so while watching AF, tiba tiba ada iklan celcom blue menyemarakkan konsert penghargaan Search di awan biru. OMG OMG LAYAAAAN.


Ama gelakkan aku bila dia bukak Myspace aku lagu Fantasia bulan madu. I mean kamon ah, siapa tak suka lagu ni? Okeh ah siapa tak tahu lagu ni?! Diam ah weh, kalau lagu ni terpasang sendiri, mesti korang tersing along. Tengok, semua orang ter-tahu. Lepastu dalam diam semua karaoke lagu ni siap pilih sebagai lagu pertama dalam senarai.

Teringat i masa first sem dekat uitm, ada lelaki mengorat call i lepastu bila i angkat tiba tiba, "Demi cintaku padamu, ke manaaaa pun kan kau ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejoraaa,"

Okeh aku diam je ah kan, aku dengar je lepastu aku letak sebab trauma. Lepastu dia sms,
"Demi cintaku padamu, ke manaaaa pun kan kau ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejoraaa,"
Wtf rajin gila satu lagu kau nak type lepastu send, annoying gila memang dah lama hidup mamat ni.

Sekurang-kurangnya, i tahu seorang kawan rapat yang akan teman i kalau i nak pergi konsert penghargaan search di awan biru. Tipu, sebenarnya terapat. Siapa lagi, mesti ah Hanis. Dah ah weh dalam kereta bapak pun sing along lagu Hattan bila bapak keluar tinggalkan kita dua dalam kereta lepastu dua dua teruja mengaku kumpul lagu Wings, Search, Lefthanded, Bloodshed, Mega HAHAHA.

Konsert penghargaan Search di awan biru. Grand kan nama dia. Even Rihanna dengan Jason Mraz pun takdapat buat konsert dekat awan. Kini kita semua boleh naik awan. Jangan lupa tips Dragonball, masa Goku nak naik awan terbang, dia kena berhati bersih dan mulia. Jadi kita semua kena bersih. Mandi wajib dan ketip kuku sebelum pergi konsert.

May 15, 2009

Kini kita semua boleh pesan terminator datang rumah.

Selepas i tahu yang i dah hilang semua duit dalam Maybank i, wani dan izzah telah datang melepak dekat rumah i dengan membawa sebakul DVD. Tolong jangan cuba bayangkan diorang dalam imej membawa sebakul DVD haram singgah meja ke meja dekat mapley. Diorang datang dalam imej yang comel. Dengan harapan dapat menggembirakan hati i yang terkilan takdapat beli kanta lekap.

Tapi malangya, i lupa yang i baru pindah masuk rumah sewa sementara rumah lama sedang renovate, jadi dvd player tertinggal dekat rumah lama, maka, tak jadi tonton dvd yang dibawa. Terpaksa tonton diari akademi fantasia, tukar tengok al-hidayah, dan akhirnya berhenti dekat nigella bites. Baru semua diam. Tiba-tiba lapar. Wani yang kaya (aku tak kira, aku nak jugak kata kau kaya) tiba tiba telefon Domino's untuk order pizza. Macam tahu-tahu je, makanan akan membuatkan hati sakit i lega. *take note, lelaki bujang yang suka pakai sneakers bersama seluar pendek.

Kali ini, Domino's ada promosi baru.

Sebab i lupa nak ambil gambar kotak pizza, i rajin pergi lawat website dominos untuk ambil iklan promosi baru ni. Terminate your hunger. Bunyi dia memang seksi. Macam ada terminator tolong hantarkan pizza untuk selamatkan kita dari kelaparan.


HAHA MALU NYA ADA HATI NAK LUKIS PAKAI PAINT.
*sekarang baru i tahu kenapa i takdapat tawaran kursus seni reka dan lukis ='(


Bila dah order, operator Domino's siap kata, "Thanks for your order, your hunger will be terminated once the pizza has arrived,"

Fuyoh. Tengok, kan dah rindu zaman kerja kat Domino's. Selalu nak buat tone operator annoying biar customer saspens. I ingat dulu I pernah buat dekat customer ;

"Hello, welcome to Domino's call centre. Press 1 for Bahasa Malaysia. Press 2 for English,"

*customer tekan nombor 1.

"Heloh, selamat datang ke Pusat panggilan Domino's. Tekan 1 untuk Bahasa Malaysia. Tekan 2 untuk Bahasa Inggeris,"

*customer tekan nombor 2.

"Hello, welcome to Domino's call centre. Press 1 for Bahasa Malaysia. Press 2 for English,"

"Stupid operator, why the same line goes on and on meh?"

HAHAHAHAHA. Daaaaaan, supervisor marah I.


I sayang wani. Okeh i tahu satu geng pun sayang dia sebab dia memang pemurah, peramah, perumah. BETUL! Dia selalu sponsor rumah untuk party BBQ dan sleepover. Dan dia juga selalu terangkan hati i bila tiba-tiba hati i jadi gelap. Lepas dia tahu i terkilan takdapat beli contact lens berwarna sebab duit i dah hilang, DIA KATA,

"Takpe weh! Biar aku hadiahkan kau dua pasang! Satu kelabu, satu biru! Aku kan belum bagi kau hadiah besdei,"

Terus i rasa dia lah hero terminator.


annoying kan upload dua kali?


Gambar masa tingkatan 5, memanglah muka teruja yang annoying sebab
baru balik dari tuisyen add maths.


okeh, bobyeeee.

Pencuri, kau memang tumbuh beguk lepas ini!

KLJGSDGMNKJSGSNS,NVSK,JVN SMJKV NKSDNVDKLSJFLAMDFL;SMLCMSLMLSMCML,S
CSCMSLKCMLASKMCLKASVMLKSDM SLKVMLSKMVLKDSMVKLDSMVLKDSVLKDMV LKDSMVLSVLKNDSLVKMSDLVKNDKVNSDLKVNSLDKNVLKDSVMDSKNBDV LSDVMSLKVM
KVNLDSNVDSNVDSLKNBLDSKNBLDSKNVLKMDVLKSDNB;DLSMV ;LDVMS;LV SM;V SD;L

tsk tsk tsk, sumpah i rasa semalam hari paling suwey paling sedih paling malang dalam hidup i.
dahlah nabil, kau boleh suka sekarang sebab aku selalu bising kat kau kata kau careless bila kau kena ragut lah kena rompak lah apa. SEBAB AKU DAH SAMA DENGAN KAU.

i was too exhilarated semalam lepas Ama (partner bisnes I) bank in kan duit keuntungan jualan selendang which is MEMANG BANYAK TAPI BIARLAH RAHSIA semasa dia dekat BB and i dekat pyramid. So, memang tipu lah kalau cakap i tak boros dan shopping macam esok i kahwin, tiba-tiba semalam culture shock shopping macam gampang sebab baru jadi orang kaya baru. Beberapa jam kemudian, ama pun text i cakap, "weh aku dah masukkan share engkau,"

TAPI I BIJAK PRIHATIN JIMAT-CERMAT SOPAN SANTUN BERETIKA! i rasa, "Hmph, aku baru habiskan duit yang ada dalam bank lain, baik aku biar je duit yang ama kasi tu dalam bank ini," So, Maybank I ada duit banyak. Ingat itu. Maybank ada duit banyak.

Balik rumah, i check check barang yang i beli tadi, lepas dah cukup syarat semua, i check purse. HAMBEK KAU ATM MAYBANK KAD HILANG, TAKDE. YILLEK. NADA. GONE. i text wani dengan izzah mengadu atm kad i dah hilang. diorang were like, "APA, MANA KAU LETAK BIAR AKU CHECK KERETA," dan lain lain yang menunjukkan semangat kerjasama.

I pun macam shit ah, dah hilang, macam mana nak blog shop ni tsk, MACAM MANA NAK BELI CONTACTS COLOUR BIRU, NAMPAK NYA ALLAH MEMANG TAK KASI JALAN UNTUK I ADA MATA WARNA LAIN KOT KOT. Tapi i careless, sumpah yang part careless ni sama macam nabil careless pergi kasi orang pakai handphone dia lepastu orang tu lari dengan handphone handphone dia sekali. I ingat, atm kad i hilang, takde sape nak ambil, ye lah siapa yang tahu pin number kan lepastu takkan lah dia nak keluarkan duit dari maybank i. KALAU I TAHU, I CALL CUSTOMER HOTLINE LEPASTU BLOCK KAN KAD TU.

Jadi, tadi i pergi Maybank centre. Nak mintak kad baru. Dengan takde seplosen pun dalam dompet, i bajet bawak i/c dengan badan 48kg ini saja. I pun isi borang dan bla bla bla sampai duduk kaunter, orang tu hulurkan kad baru. CANTIK! Ada background buah ceri dekat kad tu, i teruja. Jadi dia mintak bayar denda rm12, i hilang teruja. sebab i tak bawak duit heh.

I pun dengan steady nya cakap, "Takpe, debit dari akaun saya,"

Kakak tu pun hati senang lepastu bila dia nak debitkan, dia kata, "Eh rm 12.41 je macam mana nak debit?"

Masa tu lah i macam asfdjlkajmcfklavjmlkvdma siot ama kau tipu tak masukkan duit tapi kata dah masukkan duit. Tapi i percaya dekat ama, jadi i tanya, "Eh mana boleh? Semalam kawan saya dah masukkan duit beratus-ratus. Nama dia Ama ,"

Lepastu bila kakak tu tunjukkan rekod transaction, sumpah i terkejut. Ada orang dah withdraw RM*** dari akaun bank i pukul 5 petang semalam dekat Petronas USJ 2.

DAH LAH WEH I HILANG KAD TU PUKUL 3 MACAMTU, BILA I SEDAR HILANG IALAH PUKUL 5 LEBEH. LEPASTU I TINGGAL DEKAT USJ 6 KENAPA ORANG TU NAK WITHDRAW DEKAT PETRONAS USJ 2 WALHAL DEKAT USJ 6 PUN ADA PETRONAS JUGAK??

Yang penting, orang tu tahu pin number i. Okeh i tau lah sekarang ada sistem untuk break code pin number tapi musykil lah sebab nampak sangat orang tu tinggal subang jaya jugak, usj 2 je kot. dah lah sekolah aku dekat usj 2, rumah nabil pun. rumah hakim pun. aida pun.

Tapi tulah. Kehilangan duit yang banyak ni dengan sekelip mata je, sama macam i kasi free selendang dekat semua customers i. AAAAA DAH TAKDAPAT NAK BELI HANDBAG BARUUUUUUUU.

May 14, 2009

Mata baru.

Aku tahu pre law masuk UiTM awal. Unlike others, cuti sampai 2 bulan, sempat kerja dan bina badan. Tapi kitorang dapat cuti busuk 3 minggu dan aku takpayah nak ulangkan. Alah biasalah budak-budak ni kalau dah tahu next sem ialah final sem, semuaa teruja nak jadi senior, TAHULAH AKU DULU SENIOR YANG NERD TAKPERNAH FLY / PONTENG/ KELUAR KELAS/ TIDAK BAWA BAJU PJK, maka semua pun dah set-set dalam kepala nak hit on siapa, nak buli siapa, nak imej baru apa.

Cuti ni kena colour rambut baru. Kena beli banyak high heels. Kena beli banyak baju hitam putih. Ni yang di antara nya aku dengar dari orang lah. Tak sabar nyaaah, nak tengok kawan-kawan I transform. Tapi sebenarnya,I lagi tak sabar nak tengok Megan Fox dalam Transformers 2 *tiba-tiba

Jadi sebab bila i sms kawan-kawan i, ramai yang tengah beli-belah baju baru, kasut baru, rambut baru, SELENDANG BARU. Tsk, suka kecewakan aku, taknak beli selendang aku eh. Ama lagi lah setiap hari beli kasut tumit tinggi sebab dah fedup jadi pondan sepanjang sem-sem lepas. Dan ezwar, kau takpayah lah kan nak kasi tahu mana kau dapat nama-nama pondan yang hot dekat negara ni siap kasi website lagi. (Dan kenapa aku link kan dekat sini sekarang?) Sebab aku masih belum get over pondan yang muka Raja Farah masa aku lawat taiping dulu =B

Soooooooooooo, semua pun banyak duit lah kan nak beli semua serba baru untuk jaga imej sebagai senior pre law. Kang nak kata senior UiTM, padahal semua course sampai part 6, malu je baru part 3 nak perasan senior hohohoho marry christmas. Lepastu kalau budak degree Law Shah alam baca ni mesti diorang macam, "Amskcmskc nak mati ke batch Iz ni?" Dan bahawasanya, bukan semua orang dalam batch aku yang kecoh-kecoh teruja ni, segelintir je. Huish, penat I explain siapa golongan yang teruja, supaya orang tak salah sangka and nak plagiat blog ni tsk.

Jadi oleh kerana aku takde idea nak tukar apa tapi nak jugak masuk dalam rancangan, dan juga sebenarnya aku dah lama kepingin / mengidam / berangan untuk mencuba coloured contacts, aku pun rasa gatal lah tangan ni nak beli sepasang untuk cuba. BIAR LAH WEH BIAR. SEKALI SEKALA NAK PERASAN MATA COLOUR LAIN ;

I : weh, which colour suits me best? CONTACTS OKEH.

hanis : OH OH HIJAU AKU CHOP! Kau amek ah cokelat busuk busuk haha.

I : ALAAH, aku minta pendapat kau mana best kan, apa busuk nih?

hanis : mak aku kata, "iz sesuai kelabu atau cokelat,"

I : TAPI NABIL PUNYA KELABU NANTI DIA CLAIM AKU TIRU DIA. I am taking blue.

Seriously, aku tahu nabil tengah sengih bangga membaca ini. Sebab dia selalu claim, kelabu is his colour. So, aku tanya kawan-kawan rapat yang lain. Walaupun ada yang kurang memberangsangkan.


"Jangan ambil biru! Kelihatan seperti pelacur. Tapi kau pakai tudung. Jadi kau pelacur alim,"


"Kulit putih pakai apa kaler pun sesuai,"


"Kalau biru nanti kau nampak macam Barbie,"


"Kau pakai tudung ah, nampak sangat kau melayu pakai contact lens. Kalau tak pakai tudung, takpe,"


"Takpayah pakai, mata hitam kau kan pekat, kau nak warna apa lagi?"


"Ambil lah semua warna putih weh, fuyooo,"


(-_+)?!

May 12, 2009

Excuse me,

Just a little reminder to notify all of my customers. Please make your payment sincerely (heh.) by tomorrow, since the time duration for reservation is only within 5 days. If no action is taken, i am so sorry but i will have to terminate your reservation on particular shawl for other customers instead.




Please e-mail me once the payment has been made, thaaaanks =)

May 8, 2009

4# Jualan penghabisan - sold out

It is great doing business through blog. Sumpah macam eager gila nak check e-mail untuk customer punye order. Sadly, I tinggal satu batch je lagi of selendang untuk dijual and after that, it's done. Kalau supplier I nak kasi stock baru, I will let you know.

And so, MARI KITA LIHAT KOLEKSI SELENDANG TERKAHIR, ZASSS ;


*Golden Retro, RM 28
(booked by Arinah Sabtu)


Tengok cara I duduk pun dah retro, sebab semangat retro bila pakai selendang ni heh.




*Cheerful Chyna, RM 30
(booked by Milly Harun)


Kalau u allz nak nampak oriental gitu, chinese pattern macam ni sumpah vogue.




* Onel-tone Sunburst, RM 25
(booked by Sharmila Kenchana)


Hah taknak menyerlah kau. Pakai selendang ni pergi Sunburst concert next time.




*Bamboo Woods, RM 30
(booked by suhaila suhaimi)


Untuk u allz yang cintakan alam sekitar, baik beli yang ini, i paksa.



*Modern Ruby, RM 35
(booked by Fatima Azzahra)


Yang ini sumpah i paling suka. Tapi Ama kata, "Jangan tamak Iz,"
SIAPA YANG ORDER NI MEMANG I CEMBURU.





AT LAST, HABIS JUGAK STOCK JUALAN SELENDANG I. Thanks for your keen and co-operation. I love you guys, kalau takde aral melintang atau menegak, tiba-tiba tuhan kasi sorang lagi supplier, i jual lagi kaaaaay, Bobyeee..

3# Jualan Ketiga - sold out.

Wow, i tak tau ada orang nak beli selendang-selendang ni dengan cepat sekali. Baru post second batch pastu pergi dining, tengok e-mail, dah sold out. Tsk, you people, selalu nak buat i terharu lepastu nak buka butik bila besar tau.


And so sebab i terharu, i pun postkan the third batch (which is second last edition). Sebab serious, selendang dah nak habis. So ini adalah for all you people out there yang tak dapat order before this, check it out, wink wink =D

* Decherishe, RM 25
(booked by Faizah Fahmi)


Siapa yang nak bahagia dalam hidup, baik u beli ni. Tengok muka i bahagia.





* Vectors in Purple, RM 30
(booked by fatin shahirah)

Aacehceh, suka buat efek ayat-ayat cinta woh.






*Dual-tone Carribean, RM 35
(booked by fatin shahirah)

Since yang ini panjang, u allz boleh pakai ala-ala Arab dengan selempangkan bahagian panjang dekat tepi, macam dalam gambar, efek ayu gituuu *eeyuw.




*It's 70s y'all, RM 30
(booked by Milly Harun)


I rasa macam dalam alam retro. Tapi rasa ini diserikan dengan muka nak berak. Sumpah muka aku nak berak. Ya allah Emi ni kan suka amek gambar aku nak berak.




*Egyptian Amour, RM 28
(booked by Suzzana Zukri)
(booked by Fuziana)

Great news pipel! I dapat 2 helai untuk this selendang. So, ada extra stock. Dan takpayah berebut gehehehe.



*Last stock will be published as soon as this third batch has been sold out. Cepat e-mail kat I!