August 31, 2009

Selamat merdeka.

Suatu malam, Sarah, Ily dan I berpakat untuk lepak di taman permainan dekat Taiping.

Waktu : 11.45 malam.

Suasana sekeliling : Bising. Hingar bingar. Terang benderang. Best.

Lepastu, jalan-jalan dekat taman permainan. Ada dua gelongsor paling BESAAAAR pernah i lihat selama i hidup dekat bumi ni. Besar gila tahu, lebar dia woh, macam 5 papan gelongsor biasa digabungkan sekali. Besar kan kan, macam kalau letak tilam lepastu naik atas tilam gelongsor dengan tilam, dah macam dunia ni kau punya dah.

Jadi, kitorang bertiga dengan terujanya berlari ke arah gelongsor yang besar itu.

Lepastu stop.

Ada pasangan muda 20-an sedang bercengkerama di atas gelongsor tu. Sambil gelak-gelak kecil dengan manja cuit bahu cuit lengan semua bahagian pun nak cuit.

Aih panass eden. Dahlah masa kecil, tidak pernah lihat gelongsor selebar itu, dan kini dah 19 tahun hampir 20 tahun dan amat teruja nak naik gelongsor paling lebar tu pun, tiba tiba ada orang dating. Cflmskldgmklgvf.

Ada satu lagi gelongsor. Tapi ada BANYAK kanak-kanak kecil Cina bermain-main di atasnya. Macam ada 7 orang kot semuanya. Lepastu Sarah dah give up. Dia duduk dekat bangku, terus malas nak naik gelongsor. Aku dan Ily, semangat. Terus kawad kaki pergi dekat 7 orang budak Cina atas gelongsor. Ingat. Aku. Ily. Kawad. 7 Cina.

"Heyy heyyy, can we play this big slide?"

"Whaa. Whaaat? Cannott. This is our slide. You cannot play. You very big," tunding tunding jari pada Ily.

"But this is not your slide. Share lah share lah,"

"Cannot. You very big. Who are you?"

"I'm Spiderman," tiba tiba aku datang.

"Puih puih puih,' *sambil meludah.

Ily pun terkena ludah budak lelaki yang paling boss sekali dekat situ. I dah lama lari. Lari ke arah Sarah. Sambil makan cokelat. Berlari. Sambil makan cokelat. Takkan gemuk kan macam ni.

"Yeaaaaay, horeyy horeyy, boooo booo," tujuh-tujuh sekali jerit dari jauh.

Aku pun jerit boo boo walaupun dekat diri sendiri.

Sarah bengang. Dia pun gamble je lah.

"Hey hey can i play with you?"

"You also cannot, who are you?"

"I'm a pwincess,"

"Haha liar liar. Pwincess cannot play. Are you Chinese?"

"Yes yesss I'm Chinese, see, my face, Chinese right?"

"Where got, u so black, where got Chinese one, puih puih puih," *sambung ludah pada Sarah.

"HEY HEY don't spit lah! Later I get H1n1,"

"Where got can get H1n1, puih puih,"

"Caaaaan. You spit, then, your saliva got germs the germs got h1n1, then, i die lah,"

"You die, you die laaah,"

"Cannot, if i die, later you will die also,"

"Then we all dieee,"

"We all die, we all play together lah!" *ily masuk tiba tiba man.

"Cannot cannot! You very big, you elephant! Elephant! Elephant! Elephant!"

"ELEPHANT. ELEPHANT." aku jerit dari jauh. Sambil melompat-lompat kijang.

"You gila. Gila! Gila! Gila!"

"Eh, i said she's elephant, we same team lah. Cannot call me gila,"

Of course, akhirnya kami berserah. Dan berlalu pergi. Sambil mereka jerit kegembiraan. Haha, kids. Macam nak tendang pun ada. Nasib baik comel. Patut lah masa aku kecil aku kaki pukul. Kena deal dengan geng macam ni, siapa yang sabar siot.

Tiba-tiba, ketujuh-tujuh orang datang kembali.

"Hey, we want to say sorry for just now."

"Oh, it's okay. Can we play now?"

"Yess, can, but we are going home already, can you come again tomorrow and we play together?"

=)

August 25, 2009

Boleh ke tekan rewind dan patah balik semula?

I passed my QTI test! Ceh kecoh je, baru QTI belum JPJ memang ah pass. Ah suke hati ah. So, bila orang tengah bising bising next week busy dengan adanya law test lah global lah econs lah, aku pun masukkan JPJ test skali huehue.

Dah tiga hari puasa tapi berat badan Sarah tak susut. HAHA okay berat badan aku ah, berat badan aku. Eh betul ke tak susut? Rajin plak aku nak beli penimbang tak pun pergi UK semata-mata nak check berat padahal semua orang check tekak.

Lepas habis je QTI test, cepat-cepat balik bilik sebab ada annoying debate kena buat. Dan seperti biasa lah dari bangku sekolah lagi kalau nak debate selalu tak pernah ready, selalu cipta fakta sespontan-spontannya.

Awww, hitam putih untuk debate macam poyo kan? Teett! Tak poyo pun.


Dan of course, kalau bukan turn aku debate, MESTI LAH PELUANG UNTUK MENJADI PENJAGA MASA TIDAK DISIA-SIAKAN. Kau pun sama Ily. Pulun kan kita sebagai timekeeper?




Because it was someone unimportant punya birthday yesterday, we went to Tanjung Dawai to purposely celebrate his 19th day of living, MEMANG AH PURPOSELY. Kalau dah nama blog kau pun 24.8.90, siapa takkan TERingat birthday kau bila, Abbad?


And of course, it was celebrated by the whole class. Whole class tauhu? 17 orang makan seafood. Ingatkan kena bantai berapa ratus. SEKALI RM 269 JE? APAAAA? BAYAR HANYA RM 15.9888 SEORANG? BILA BUNDARKAN, KENA LAH BAYAR RM 16 SAHAJA, MURAH MURAH MURAH.



Sejak jerawat tumbuh dekat hidung ni, rasa cool lah pakai mask selalu-selalu.

August 21, 2009

Baru berani joging tengah malam.

One message received.













"Sian adik kat sana. Anak mama semua dah ada kat sini. Nanti mama hantar Nabil balik MRSM Taiping, mama bawak rendang singgah UiTM. Selamat berpuasa!"


=')


Having the picture of all my siblings berebuting kuih tepung pelita and spending hundreds on Bazaar Ramadhan is too painful. I miss mereka paling banyak sekarang. Walaupun tiap kali balik rumah selalu rasa termenyesal balik rumah sebab semua kaki gaduh dan kaki pukul, tapi rindu itu wajibulghunnah. Ni kalau tiba tiba termain lagu Dendang Perantau ni, mahu banyak tahi mata melekat bila bangun besok pagi.

I know, i know. Kita semua excited nak pergi masjid, especially aku dan kawan-kawan yang belum pernah jejak kaki kat Pusat Islam yang baru dibina dekat UiTM ni. Kita semua excited nak sembahyang berjemaah dan mengaminkan doa sama-sama. TAPI, YANG PALING UTAMA, MESTI DALAM HATI SEMUA ORANG, YANG PALING EXCITED ADALAH TUNGGU MASA MOREH, MAKANAN APA YANG MASJID HIDANGKAN. Walaupun masa sembahyang, bila waktu tengah sujud, bila bangun balik, selalu orang sebelah terhimpit telekung kita, jadi bila nak duduk antara dua sujud, selalu kepala tersenget sebab telekung dihimpit orang sebelah. Takpun, masa tahiyat akhir, orang sebelah duduk atas kaki kau sampai terkelepet. Biar biar. HAHA rindu sebenarnya nak himpit kaki kakak-kakak aku atau kaki Hanis/Wani/Tina/Izzah dekat Alfalakh dengan masjid BJ.





Semua berhimpit nak cakap Happy Fasting. Aku pun taktahu lah kenapa nak dekat puasa je gambar mesti bermotifkan himpit-himpitan. Ini lah dinamakan, "Rapatkan Sof," Haha ada kena mengena, ada kene mengena.


So, I'm grabbing this opportunity to wish you bloggers,

"Selamat berpuasa, selamat bertarawikh,"



August 19, 2009

Jom tukar.



"This one?"

*angguk.

"Are you from here?"(sambil senyum)

*krik-krik

"Where are you from?"

"Oh, UiTM Kedah,"

"Haha, oh. I thought you're a foreigner,"

"Huh? No, I'm from UiTM Kedah," *buat muka tegas.

"Haha, no, I mean, you don't look like locals,"

Cashier kedai selendang mahal-mahal sumpah pandai bodek customer, mesti sebab dia dah takut pelanggan dia buat muka menyesal beli selendang dia, lepastu tibatiba lah muka melayu jadi muka foreigner (+_-)!

Sebab dah lama tak bazir duit untuk beli selendang pada diri sendiri, I baru ter-habiskan RM 60 untuk sehelai selendang sahaja. Sehelai tau ='( dah lah mahal lepastu sehelai.

Tapi sebab dah lama tak main pasir berwarna melekat dekat sticker sebab memang dahulu, apak selalu kata jangan bazir rm 4 untuk main pasir kaler-kaler, baik pergi kumpol pasir dekat rumah yang tengah renovate lepastu rendam dalam watercolour. Jadi bila Ily dengan Sarah belanja I RM4 untuk beli benda kejadah ni, I bahagia.


Jadi, untuk menebus rasa bersalah dekat akaun Maybank sendiri sebab habiskan duit untuk selendang baru, YANG TAK PAKAI PUN AKHIRNYA, jadi I rasa, I nak buat pertukaran secara online lah dengan semua bloggers di luar sana. SESIAPA YANG RASA BOSAN DENGAN SELENDANG DIORANG YANG CANTIK, PASTU RASA NAK TUKAR DENGAN I PUNYA KOLEKSI PERIBADI, MARI LAH KITA BERKAWAN.

Macam ni, kalau keluar bilik, terus takde sape nak tegur.
Muka dah macam clown, warna selendang terlampau comel untuk muka clown.
Jadi, sape yang muka lagi comel patut tukar selendang mereka dengan I.

Izzah, ini untuk kau. Kan kau nak tahu sangat macam mana goman nya selendang tengkorak aku. Jadi, aku sertakan ini, untuk kau lihat. Tsk, aku dah kata dah gotik. Haha gotik. Ni pun macaaaaaam nak tukar jugak aaah.

Heh, saja je nak tunjuk jerawat atas hidung.
Sebatu jauh pun, orang boleh kesan aku siapa.


August 14, 2009

Salah langkah.

Setiap tahun aku rasa mesti ada salah langkah. Salah buat keputusan. Salah pilih. Salah bagi. Salah buat. Salah ambil. Apa-apa langkah yang aku buat dalam hidup walaupun kecil tapi outcome dia besar. Walaupun ada 2 pilihan, antara hendak pakai mask H1N1 atau tak, outcome dia mati atau hidup. Antara nak pakai baju hitam atau putih, outcome dia kau lebih panas atau sejuk. Antara nak pergi kelas atau tak, outcome dia, markah kedatangan ke kelas dapat bantu kau dapat A dalam subjek tu atau tinggal satu markah lagi untuk gagal. Antara nak beritahu seseorang tentang sesuatu atau tidak, outcome dia, orang tu akan bagitahu pada orang lain atau tak. SEMUAAAA ada outcome. Macam one road diverged in two. Sorry for I cannot travel both. Hahak barbie punya two roads poem Literature Form 4. Asyik ingat kalau nak pilih shortcut ke long cut.

Sampai sekarang dah tua bangka pun bila tengah duduk mengelmo sorang-sorang, mesti teringat, Ish kalau lah aku.. Ish kan best kalau dulu.. Macam bila aku photoshoot jualan selendang sendiri, mesti teringat, "Ish menyesal aku jual selendang yang two tone macam aiskerim dulu, punya lah comel kalau aku pakai, macam nak mintak balik dekat pembeli, AMBIL LAH APA APA SELENDANG I YANG U NAK, BAGI BALIK SELENDANG TU. Ha. Tapi setiap keputusan yang kau buat, memang tak boleh nak patah balik. Melain kan jikalau Doraemon datang ke katil dan kata, "Mari kita mengembara dengan pintu suka hati ke waktu kau belum jual selendang aiskerim tu lagi!," Takpun, kalau pintu sukahati tiada, masuk dalam laci dan naik tikar terbang melepasi masa. Gila mimpi aku.

Sekarang, masih bersyukur dengan apa yang ada. Tapi kurang bersyukur dengan apa yang telah dilepaskan. Siapa yang telah aku lepaskan. Kalau boleh, rasa nakkkk sangat pergi balik dekat waktu dulu dan treasure apa yang ada. Betapa bertuahnya aku masa dulu dari sekarang. Betapa tak bersyukur nya aku dulu dari sekarang. Betapa lurus dan bodoh nya aku dulu dari sekarang. Bila dah berhadapan dengan benda yang lebih teruk sekarang, baru kau rasa betapa tingginya hidung kau dulu, tak pernah termenung dan terfikir sekejap tentang rasa-rasa ini. Padahal, rasa-rasa ini lah yang membantu untuk kau sedar kau sedang berpijak di bumi yang nyata. Betapa tinggi nya langit dan rendahnya bumi.

Dulu, kalau pernah ada sesuatu benda yang paling disayangi, contohnya, katil aku yang rabak dan berconteng-conteng dengan nama-nama yang sekarang bila didengari, sudah pun menjadi asing. Sayaaang nya dekat katil lama. Sekarang dah ada katil baru. Rasa macam benda yang lama kau pernah buat, digantikan dengan yang lebih cantik dan baru sewenang-wenangnya. Dengar memang mudah. Proses pun cepat. Tapi outcome dia hebat. Membuatkan aku lupa pada nama-nama yang aku pernah catitkan di atas katil dulu.

Atau pun dulu, pernah mempunyai seseorang kekasih yang paling hebat. Paling kuat, paling memahami, paling kontra, dan yang paling penting, paling setia. Yang lebih hebat dari semua kekasih-kekasih sekarang. Tapi, sayang. Dulu, waktu bodoh. Rasa jengkel dan geli meluap-luap, sedangkan, apa yang telah aku lepaskan tidak mudah diganti. Apatah lagi sekarang, bila tiada siapa mengenali kau yang sebenar, baru kau nak menghargai siapa yang dulu pernah mengenali kau yang sebenar. Rindu. Rindu kan? Tapi malu. Malu lagi tebal dari rindu, jadi, sanggup dan lebih tegar untuk simpan rindu dari dapat malu. Haha.

Sekarang, kalau terfikir apa yang kau buat itu salah, mesti hendak berpatah balik. Atau berpaling tadah. Ingat kan askar negara ke nak berpaling tadah. Padan muka. Siapa suruh lawan dengan Karma. Tak pernah dengar ke nama Karma tu kuat? Sampai ramai artis buat lagu pasal dia. Bila dah dapat karma, baru kau rasa apa yang pernah orang lain rasa. Orang lain yang kau tendang kuat-kuat, hentak laju-laju. Kau mana rasa. Sebab dulu kau fikir hati kau je. Kau tak fikir hati orang. Sekarang baru kau rasa. Sakit lah gila. Kalau kau pernah buat dekat 24 orang. Kau tunggu lah kau akan kena balasan tu 42 kali. Berlipat kali ganda. Dan berturutan. Manusia memang macam ni. Berjalan tak ingat kaki. Kepala pun huyung-hayang. Bila kena hantuk dengan dahan kuat, dengan kuat. Kuat yang amat. Baru rasa macam kena tepuk dekat dahi. Baru rasa macam terjaga dari mimpi. Baru rasa realiti. Bau pun tak sedap. Pandang pun tak cantik.

Jadi, setiap kali, bila nak buat keputusan, fikir dalam-dalam. Kalau kau rasa Lautan Atlantik tu dalam, kau fikirlah sedalam itu. Bila kawan kata, take-it-slow. Take. It. Slow. Jangan jadi budak 4 tahun. Baru merangkak, dah nak pegang dinding nak berjalan. Kalau boleh nak jalan dekat dinding macam Cicakman. Baru keluar 2 batang gigi, dah nak makan kerusi meja. Nak gigit sofa baru mama. Kuat nya. Kalau aku tahu, aku take it slow. Bila aku kata slow, ertinya slow. Bukan nya lembab. Tapi lembab yang pandai. Ambil langkah yang perlahan. Tapi efek dia besar. Kenali engkau dulu. Baru kau tak rimas. Kan?



Selendang baruuuu *dah habis

Hohey hoheyyy.

Setiap hari makin ramai orang pakai mask dekat UiTM. Tapi I belum sampai seru lagi. Kelmarin, masa bilangan kematian was like whaaat, 30 ke. Pastu I cakap kat Ily, "Bila kematian sampai 40, baru aku pakai mask," Pastu semalam, tiba-tiba lah kematian sampai 42. Aku macam, "Eh takkk tak, aku kata bila sampai 50," TIBA TIBA TADI DEKAT PAPER, DAH 51. Fine ah. Tadi jugak aku pergi tesco beli mask.

Mula-mula bajet nak pakai purdah, gantikan dengan mask, tapi sebab tipu ah, bila pakai mask 24 jam dekat sini, nanti purdah pun jadi busuk. Baik relakan mask jadi busuk. Busuk lah. Dah letak dekat mulut lepastu bila kau cakap, air liur keluar meresap dekat mask. Busuk ah tu. Kang nak cakap aku sorang je pakai mask busuk, semua orang pakai wangi. Ah takde takde.

TAPIIIIIIIII, YANG PASTI, SELENDANG KALI INI, MEMANG TAK BUSUK, DAH DISPRAY DENGAN ESCADAAAA. **cehwah strategi nak promote selendang sampai kaitkan dengan mask H1N1 lah ape ah chihihihi.

Kali ni lawa sangat sampai kan tuan punya bisnes pun ambil 2 helai untuk ditambah ke dalam koleksi peribadi. HAHA PADAN MUKA KAU ORANG.

Guaslash Batik, RM 30.
(booked : wanis)

Euroslash Batik, RM 30.
(booked : Azalea)

Volslash Batik, RM 30.
(booked : Azalea)



Mustard Lenjarge, Rm 30.
(booked : Azalea)

Jaijai Hoho, RM 30.
(booked : Azalea)



Red Checkered, RM 30.
(booked : Azalea)


Turquoise Checkered, RM 30.
(booked : Azalea)

Lollipop Checkered, RM 30.
(booked : Azalea)

Slimy Checkered, Rm 30.
(booked : Azalea)






Tsk, ya, saya mengaku, nama-nama kat atas semua kampuang. Beli je lah, kalau nak tukar nama, tukar sendiri. Malu i. Okay, e-mail weh emel! Izdiyani@yahoo.com

Copypaste yang ini, tauhu?

Name :
Add :
HP number :
Shawl :

Siapa tak kasi, I taknak layan.

Bobyeee. Selamat sihat.

Dah ah, semua kecewa sekarang, favourite customer I, dah borong semua. Huehue.

August 13, 2009

Kalaulah...

UiTM tutup esok, orang yang kata.

Dulu, masa semua UiTM nak tutup, UiTM Kedah takde satu kes pun pasal H1N1. Orang kata sebab Kedah gore, semua imunisasi kuat.

Ke sebab Abu Shah ada penapis udara dan habuk yang sentiasa melekat dekat muka dia? Ni kawan-kawan aku yang kata.

Ah, banyak cantik muka kalau nak tutup esok, lepastu balik KL. Next year, datang lagi Kedah repeat satu sem lagi, belajar benda yang sama. Penat, tauhu? Orang yang makan tauhu je tahu.

Aku taknak repeat debate pasal gross domestic product lagi. Taknak debate pasal International Funding lagi, ngantukk ngantuk.

Tadi first test Econs. Sebab aku yakin boleh jawab Money supply dengan kacang, jadi aku focus yang itu je. Sebab dah plan Ily master part Macro, Sarah master part theory, Ama master part demand. Kira nanti boleh tiru-tiru apa yang tidak berapa master sebab hari ini test, pagi tadi baru nak belajar, sanggup ponteng kelas. Tapi, ponteng kelas sebab nak tambah masa tidur. Bukan belajar pun.

Sir dah aim muka- muka peniru. Jadi, tak pasal-pasal semua pun aku bantai jawab. Mungkin tuhan sayang kitorang lebih, tiba-tiba black out. Black out apa. Air-cond pasang, lampu je padam. Nampak sangat. Terus semua orang keluarkan handphone, tiru. Tiruuuu tiruuuuu. Sempat pulak kasi Sarah paper aku, tiru habis-habis. Sir pun lari pergi jumpa pekebun minta torchlight. Berlari balik kelas, suluh semua muka. Okay aku tipu. Tak tahu lah mana dia dapat torch light.

Tapi kaaaaaaaaaalau lah memang betul UiTM extend satu sem lagi, siapa kisah? MEMANG KENA KISAH. SIAPA NAK BELAJAR BENDA SAMA LAGI? INGAT BLACK OUT MACAM TADI TU BOLEH BERLAKU LAPAN KALI SETIAP SEM KE? LAPAN KALI SEBAB ADA LAPAN TEST. SETIAP TEST PUN BLACK OUT. Heaven.

Tapi, memang aku tak kisah pun. Sebab korang-korang lah aku tak kisah UiTM diextend kan lagi satu sem. TERHARU SEKARANG! SMS AKU, "IZ, ENTRY KAU BUAT AKU MENANGIS," SEKARANGGG!