December 31, 2009
I am quiet now.
Okay okay apa kau rasa kalau dulu kau kawan dengan A. Pastu A kata jangan kawan dengan B. Sebab B ni macam sial perangai dia. Pastu kau pun tak kawan dengan B ni dah. Pastu sekali kat facebook kau tengok A bestfriend forever dengan B. Apa ni? Dulu kan kata jangan kawan. Lepastu kantoi pulak. Tiba-tiba tengok wall mereka, tengah mengutuk kau pulak. Jadi kau macam eh. Cepatnya manusia berubah. Oh lupa. Esok kan 1 Januari 2010.
December 29, 2009
Homaigod homaigod!

Gambar buruk dekat atas terpaksa kena upload sebab lama tak menggelikan korang. Ehem. Homaigod homaigod besok I daftar degree! Homaigod homaigod besok I daftar degree dengan Adam, ibu bapa tidak ikut serta. Oh tuhan oh tuhan, besok first time I bawa hanya satu luggage godang dan handbag, kalau tak selama ini, dengan luggage godang, berserta dua luggage sederhana godang dan mesti ada 3 pelastik bag godang. Kau bayangkan sekarang betapa kalau boleh nak bawak dengan rumah-rumah sekali masuk luggage pergi UiTM.
Lepastu, besok I daftar degree pada pukul 8 pagi! Okay sekarang dah pukul 2 lepastu aku baru nak cari hanger dekat rumah, baru terfikir nak rembat mana-mana baldi kat bawah sinki yang mama sayang. Homaigod homaigod BESOK BAKAL JUMPA SEMUA KESAYANGAN POWER RANGERS I (batista, apam, amah, combi, chimok) secara berkumpulan, jadi lepasni boleh sambung power jadi robot besar macam dalam power rangers yang sebenar dalam tv okay!
Teruja gila nak masuk degree. Tak. Tipu. Tak teruja pun. Sebab sepanjang cuti ni I tak lepak pun dengan geng AGz i. I tak bergesek pun dengan Hanis, Wani, Izzah, Tina, Nabil. HANIS KAU PALING TIPU AH WEH KITA JUMPA MASA CAREFREE JE LEPASTU BIRTHDAY GIFT PUN BELUM KASI LEPASTU KAU PUN TAK SHARE PANTYLINER FREE KAU DENGAN AKU. Tina takpe, kita jumpa dekat Shah Alam nanti *muka berlagak.
Nabil, kau nak fly Germany, kau tunggu aku sekali. Jangan lupa bekas kekasih Tingkatan 2 kau ini. Izzah dengan Wani, kita selalu gayut, tak mengapa.
Jadi macam ni je lah, kita dating hari lain. Lepastu over-excited kerana kekasih hati sama degree dengan I dekat Shah Alam yeayy okay bye.
Okay boo kau UiTM, ada MMS lagi. Kena pakai baju batik lagi. Kena menari poco-poco lagi =_="
December 24, 2009
Final goodbye.
I've always felt very certain in taking one more step in front whenever the time flies. When you used to see your future , eventhough ambiguous, but planned. When you used to have the same old faces who smiled and grinned and laughed and sulked and cried, altogether with you throughout one and a half year. You used to have a simple routine in your life, where you slept, woke up, attended classes, ate, ran, and slept. Every single thing used to be so easy, with less pressure and minor pile of works. Where you used to be so comfortable and contented sitting on your previous seat. How time flies promptly. And how names are memorized immediately. Just like a toll railway, it used to swoosh me down.
Goodbye great mates, take care of yourself wherever you are. We have slept on the same bed or may have shared the same plate, so my DNA has been with you for a time. And so yours too.
*for : ex pre-lawrians with love.

Terikat lidah.
Tadi I lepak dekat rumah sepupu. Sepupu I ni mat saleh. Sebab mommy dia Melayu tulen, kahwin dengan Lelaki Mat saleh, lepastu dapat dia jadi Melayu Saleh, jadi, dia omputih ah, paham tak sekarang. Bukan Mat Salleh yang bapak dia nama Muhammad Salleh ke hape eh, aku faham bapak kau nama Mohd Salleh. Sarah, jangan terasa.
Jadi sepupu I yang kacuk mat saleh ini sedang ada majlis kecilan dia dan girlfwen-girlfwen dia. Lepastu girlfwen dia ada yang mat saleh betul, tak kacuk, maksudnya mak bapak dia dua-dua mat saleh. Tapi bukan Islam lah. So, dia pun sembang-sembang dengan I. Very the cute doh perempuan tu, nama dia Casey, lepastu ada freckles kat hidung, rasa macam nak picit kuad-kuad, gewamnyew.
"So, how come if you are Mariam's cousin, your brother call her, what was it again - Makngah?"
"That is because, yes, we're cousins. But it's like cousins over cousins because her mother and my dad are cousins, so it makes us secondary cousins, get it?"
"But what's up with Makngah? Haha,"
"Haha, nahh, we don't call each other that, it's a joke, more to a joke,"
"Oh. How come you can wear this cloth on your head?"
"What cloth? Table cloth? Heh. Oh tudung. What? Just wear lah,"
"Isn't it hot? Then you'll get rashes all over your neck,"
"Hoh, nonsense. Rashes are the in thang nowadays, everyone is getting it, harhar euw,"
"Hahahahahaha *paused* Eh, why doesn't Mariam wear tudung as well?"
"I don't know. She's not ready yet, maybe,"
"I thought if you're a Muslim, you'll have to wear this tudung to cover your hair or something?"
"Err yeah, but if she doesn't wanna wear it, you can't force her, it's like, you need to listen to your heart desireeee,"
"Heart desire? Like loving it? Like loving someone? I don't get it. It is compulsory in your religion right?"
"Yeah compulsory," paused kerana taktau nak jawab apa pada mat saleh lawa ini.
"But I've seen Muslim girls not wearing tudung, and still exposing themselves. I thought you have to cover up the whole body,"
"Heh. Eh mariam, can I have your iPod for a sec?" terus tukar tajuk dan lari.
That. Really got me tongue-tied.
December 21, 2009
Perlu ke?
Tadi I beli kelapa dekat mini market. Sejak ada lesen ni memang rajin nak beli cotet-cotet sebab memang hobi habiskan minyak kereta. Selagi takdapat accident kedua, I akan perasan i driver handal. Lepastu masa nak bayar kelapa, ada perasaan tamak dalam hati. Sedar dengan perasaan tamak ini, lalu, terus pergi beli Crunchie, Mars dan aiskerim murah satu batang. Perasaan tamak macam ini harus dibelai, sebab perasaan tamak begini bagus. Taruk semua barang kat kaunter, terpandang luar sambil tunggu kakak cashier tit-tit barang. Lepastu ada BMW 5 series parking depan-depan. Buat-buat tunduk sebab sedar diri miskin, maka kena elak dari pandang lama-lama nanti dengki.
Dua orang jejaka tampan masuk kedai dengan bau minyak wangi yang setitik letak atas baju memang stok seminggu punya bau lah. Dua orang jejaka tampan, seorang kulit sawo matang, seorang lagi tanned berbelang macam kerap ke pantai untuk sunbathing. Atau dia ada mesin tan kan kulit I taktau lah kan. Sedang bersembang tentang kereta. Bukan lah I curi dengar, sebab I tengah baca surat khabar tepi kaunter tu, memang pulun gila nak fokus dekat surat khabar tapi sebab suara diorang macam amp dalam jamming studio, maka tak boleh tahan, terdengar juga conversation dua anak orang kaya ini.
"Aku bukan apa, tapi Daddy taknak kau bawa Skyline buruk kau tu,"
"Aku nak suruh dia beli baru ah untuk aku. Skyline ni pun dah barai. Tapi aku belum decide nak angkat apa. Boring,"
"Patut lah tadi Faizal call aku cakap Daddy mintak dia market baru, hantar sini untuk kau kot. Gemballa porsche, bro. Carrera pun aku support, turbo dia foooh. Cayman pun old school,"
Tiba-tiba, jejaka tampan yang bervest dan bertali leher, berkaca mata hitam dengan blackberry di tangan diri di sebelah kaunter, "Takpe, biar saya bayar dia punya,"
Kakak cashier kurang senang. Pandang lama dekat I sebab takut kena makan. Tapi tangan macam nak amek duit RM 50 dari anak orang kaya sebelah. Cepat-cepat I keluarkan RM 10 heh RM 10 je, ah diam kau. Dan terus keluar dari mulut I, "Kak amek duit saya nih," Dan bayar, dan letak barang sendiri dalam plastik, macam terautomatik kerja kat situ. Bila nak keluar, jejaka tampan yang bervest dan bertali leher, berkaca mata hitam dengan blackberry di tangan diri di sebelah kaunter pun berkata, "Eh, jangan lari, eh sombong, eh eh awakkkk,"
Lalu I pun patah balik dan pergi pada dia, dan seluk poketnya dan ambil kunci kereta BMW dia dan blah. Ceh tak ah.
Best kan jadi anak orang kaya. Semua benda boleh bayar. Datang-datang masuk kedai terus, EH TAKPE BIAR SAYA BAYARRR.
Nak balik nak emo lah. Nak emo jugak sebab bila emo boleh tidur. Nak emo jugak sebab I tak kaya, tak boleh belanja orang yang tak dikenali sebiji kelapa.

December 15, 2009
Fine, i mengaku.
Kalau kau ada nombor telefon lebih daripada 1, dan pakwe kau taktau, dan kau pula baru top up nombor telefon yang pakwe kau taktau ini, dan sedang bosan; sumpah I bosan sambil berlengkar atas katil lepas maghrib, jadi mestilah akan fikir, hurm baik mengurat pakwe sendiri.
"OiTz cOMbUnKnYeRr XDD~"
"KaMoow tAk KeNaL tiTeWw LewW HhuHuu~"
"cOwWiEw KaLo kAcOo KaMoow, HuHuuU~ buBByyE~"
Okay lah, kena lah sial setepek dari U. Mesti lepas ni U call dan kata, "Babi I ingat rempit mana sial, memang I nak layan sebenarnya sebab I cintakan rempit dan I tak sabar nak tengok cerita Jalang. U nak mampus ke yang?"
Eh tak. I yang selalu cakap macamtu ok bye.
**nah kau ily asyik kau je post entry pasal boyfriend. aku pun nak juga tapi aku tak dapat nak romen-tis macam kau ah kan, mat bunga =P

December 11, 2009
Cinta pandang pertama.
Bila orang kata cinta pandang pertama itu tahi bull, anda rasa macam betul je tapi tidak sehingga anda rasakan nya sendiri kan.
Cinta pandang pertama macam perasaan sayang yang amat sangat paling dalam sekali bila kau pandang seseorang itu terus dari mata turun ke hati. Terus segala nya gembira bagi kau. Terus dari kau sedih kau gelak ketawa macam besok dah tak boleh gelak dah, hari ni last. Bila kau bosan takde benda nak buat kau godek semua benda, dengan harapan tiba tiba boleh busy, tapi bila kau nampak dia, kau terus fokus dekat dia sangat. Tumpuan pada dia terus lah. Memang apa-apa yang keluar dari mulut dia, kau hafal satu-satu ayat. Kau memang hafal siap selami nada dan menghayati perasaan bila nak ulang balik apa yang dia cakap kan tu. Memang sayang habis ah memang takde sedih takde air mata, semua gelak ketawa senyum kambing, kalau ada cili celah gigi pun nak gelak juga besar-besar.

Itu lah yang I rasa bila I jumpa you. You sangat tubby, boleh bawa masuk tidur setiap hari. Tapi kenapa you dalam season 1 sampai 3 je best? You dalam season baru (cuba tengok episodes baru sekarang) dah tak berapa kelakar? Kita dah takde chemistry ke? Ke bunsen burner dah berkarat? I kecewa.
Dulu macam nak kahwin dengan you, tapi kalau nak kahwin, u tak boleh jadi kartun, kena jadi real.

December 8, 2009
Bila nak sangat pusing belakang.
Bila ada je masalah melanda, mesti penat gila kerah otak nak cari jalan keluar. Semakin besar, makin banyak masalah. Besar dekat sini maksud dia semakin matang eh, bukan nya bila I semakin gemuk dan badan mengembang. Kurang ajar.
Kan best kalau jadi kecik balik. Jadi budak-budak macam 17 tahun yang dulu ke. Masa umur 3-4 tahun ke, bila jalan pun orang dukungkan, takpayah jalan sendiri, takpun naik baby trolley yang siap ada bumbung kat atas, bila tidur, orang tak tengok muka hodoh kau air liur terkeluar-keluar lepastu ada je orang yang tolakkan trolley. Bila nak makan pun orang suapkan, kau takpayah nak ada usaha dan tenaga guna tangan sendiri untuk suap nasi dalam mulut. Lepastu hari-hari kau dipenuhi dengan tidur je. Lepas makan, tidur, bangun, mandi, makan, tidur. Bila bangun, semua orang pun gembira, sebab muka bangun comot mana pun orang kata COMELNYAA DAH BANGUN DAH DIA ALOLOLOLOH. Cuba sekarang aku bangun dari tidur lepastu terus pergi dapur mintak mak suapkan nasi sumpah kena penampar. Takpun bangun dari tidur terus jumpa pakwe, dengan harapan dia kata, alololoh comelnya muka bangun tidur. Nak mampus ke.
Best bila boleh jadi kecik balik. Kau takyah risau masalah dunia. Kau takyah risau nak tutup aurat, kau takyah risau nak lari luar rumah jiran tak pakai seluar dalam, kau takyah risau nak lari luar rumah jiran tak pakai seluar dalam dan mengorat anak lelaki dia yang tak pakai seluar dalam juga. Orang akan kata, alah comelnya dua dua togel, pergi main lagi pergi pergi. CUBA KALAU SEKARANG AKU TAK PAKAI SELUAR DALAM PERGI MAIN LUAR RUMAH JIRAN SEBELAH.
Bila kau jadi kecik balik, kau takyah risau nak jaga kulit muka, takyah risau nak ada jerawat tumbuh time period. Takyah risau kalau badan kau gemuk. Takyah risau kalau makan banyak bontot melebar. Sebab kalau kecik, siapa tembam memang lagi disayangi, kalau semangat makan kuat, makcik pakcik semua cakap, "Huish terernya dia makan, makan lagi makan lagi, comel nyaaa," Kalau sekarang nak makan banyak nanti mama kata, "Eh kau ni makan banyak dah lah bontot besar malas nak joging dah lah dah nak 20 tahun nanti takde siapa nak masuk meminang kang," Skdvmsdgbvmsblkdmfnbnfdn.
Kalau jadi kecik balik, kau takyah nak risau tentang keputusan peperiksaan kau. Kau takyah baca buku pun, kau amek lipstick mak kau, kau conteng je dinding. Kau belajar ABC dengan 123 pun orang ramai dah kagum habis dah. Dah bawak kamera dengan video cam nak record kepandaian kau kira 1-10. Memang senang ah nak bodek orang dewasa.
Lepastu kau takyah nak fikir pasal kawan-kawan. Sebab kau boleh cipta kawan sendiri (imaginary friends) atau pun kau cakap sorang-sorang sambil main-main patung. Orang tengok pun orang senyum sebab kagum comel nya perangai budak ni cakap sorang-sorang. Kau takyah risau nak berkawan dengan orang yang kau tak kenal. Bila dah kenal, kau terkejut pulak tengok perangai dia yang jenis simpan pisau dalam poket untuk tikam bahagian belakang orang. Ataupun bila ada orang keruhkan persahabatan kau, kau takyah risau macam mana aku nak confront kawan aku yang dah taknak cakap dengan aku ni. Takyah risau langsung. Takyah nak nangis kalau dulu pernah bestfriends sekarang dah tak hafal nama penuh. Dulu pernah percaya seratus-peratus, sekarang kau taktau nak cakap apa dengan dia dah. Takkan nak cakap, "Cuaca hari ini baik bukan?"
Bestnya lah haih kalau boleh jadi kecik balik.
December 3, 2009
Statehood state state.
Tinggal kat bumi ni pun boleh rasa macam orang asing yang menumpang. Tiba-tiba aku rasa tak belong dekat sini. Macam susah nak adapt dengan orang sekeliling, keadaan sekeliling. Lepastu takde sape pun boleh faham aku di waktu ini. Memang dalam tahap macam period pain tapi tak. Moody jangan kata, dekat orang kutip surat khabar lama pun aku boleh cari gaduh.
Susah nak rasa macam aku sesuai dengan keadaan-keadaan tertentu. Tiba-tiba tengah gelak, boleh rasa down, lepastu emo sorang-sorang duduk kat tepi katil. Banyak benda aku nak emo sebenarnya sekarang. Sebab aku selalu tak heran dekat emo, tapi Liklik gampang, dia emo, aku pun tiba-tiba emo. Emo sebab aku takleh nak cakap cina. Emo sebab takde kerja. Emo sebab dah tak terer main gitar. Emo sebab facebook kata,"You'll get married at 40". Emo sebab self-esteem rendah. Emo sebab tak lawa. Emo sebab kawan aku semua pakai mini skirt. Tapi aku kena pakai mini skirt ada seluar extra dekat dalam. Emo sebab bila ajak keluar lepak semua nak pergi club. Aku hanya boleh masuk kelab geografi dan sejarah. Emo sebab ada kawan yang nak keluar dengan orang hot je. Bila orang pakai tudung macam aku, kau malas nak layan sangat kan. Kau takyah keluar dengan aku ah, takyah buat alasan nak kasi ikan kau makan. Emo sebab eyeliner nak habis. Jadi takboleh pakai celak tebal-tebal kena jimat sehingga titisan terakhir. Emo sebab tadi goreng telur, kuning pecah.
Bye nak pergi masjid.
**wani sayang yang berada di UK, i miss you sangat. tengah emo ni, bila kau nak call. kau sahaja yang i perlukan sekarang, selain dari balak i. ah tapi dia kuat bekerja, JADI WANI CALL LAH CEPAT.

December 1, 2009
Thanks Nuffnang!

If you happened to have a Nuffnang account, you could see my lame review about my own blog on their Dashboard. Seriously, LAME GILE -_-"

Bye, I'm going to bury my head in a chocolate fountain. Tak kata pun in the ground. Need to look for a chocolate fountain in town now, bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)