Semalam aku mimpi kau. Masa kau kecil. Dan aku juga kecil. Kita sama-sama kecil dan telinga kita pun kecil juga. Walaupun kau punya capang tapi lebih kecil dari sekarang. Dalam mimpi, kau pakai seluar merah. Dengan spaghetti merah tapi tuala mandi biru. Kau baru habis mandi. Aku baru nak mandi. Kita jiran yang comel. Takde sape kata kita comel tapi aku nak juga perasan kita dua orang memang comel dalam kawasan kejiranan itu.
Kau lari nak ambil bola yang aku baling. Sebab aku selalu baling jauh-jauh nak bagi kau letih cepat. Aku boleh menang cepat. Tapi kau pakai tuala sambil lari. Tiba-tiba ada kereta langgar. Langgar sikit je tak kena pun sebenarnya. Tapi sebab kau punya asma, kau tersekat nafas dan jatuh pitam.
Aku ikut kau pergi hospital. Kau buka mata, aku kat sebelah. Aku pegang bola tadi sebab nak tunjuk kat kau aku masih menang walaupun kau kena langgar. OKEH OKEH TAKDE TAKDE. Buruk perangai. Kau senyum. Tapi mulut kau sakit. Rupanya sebab 2 gigi kau patah masa kau jatuh pitam atas jalan tar.
Sumpah waktu tu kau buruk. Tak buruk pun tapi semua budak lelaki kata kau buruk dalam kelas. Kurang ajar kan. Tapi muka kau kelakar. Kebetulan aku punya gigi susu pun patah masa tu. Jadi kita dua-dua buruk. Dan kelakar. Kalau cakap buruk je macam hina sangat. Kelakar macam ada adorable sikit. BIAR AH NAK JADI ADORABLE.
Lepastu kau pandang aku. Aku tanya, "Okay tak kita?"
Kau senyum, sambil dua gigi depan rompong. Aku tahan senyum sebab nak kau kata, "Okay,"
Tapi kau kata, "Awak cantik.."
Lepastu aku kata, "Hoi kawan baik tak leh tipu!"
Dan kau kata, "Kawan baik lah kena tipu sebab taknak sakit hati,"
Ehem. Sekarang masing-masing dah besar. Elok ke aku tipu sebab taknak sakitkan hati?
17 comments:
lame u tak tulis =)
nasib time tuk tak ada lagu cam halimah jongang kan...
tipu untuk menjaga hati n untuk x menyakiti kdg2 yg terbaek kn iz...
nanti time MLS aku bayar. aku tak paham.
kalau aku, its okay kalau kau sakitkan hati kawan kau asalkan kau bagitau dia benda yang kau nak bagitau dia.dia mungkin sakit hati, tapi kalau kau trust dia enough dan percaya dia boleh berfikir secara rasional untuk fikir yang mana baik untuk dia, mesti dia tak marah lepas tu.
and it proves yang kau dan kawan kau tu rapat and dah kat another level of friendship sebab kau boleh be honest.walaupun sakit hati tapi masih sayang antara satu sama lain dan berkawan.
aaaawwwwww comel=)
el0k k0wt..
tipu sunat..
hehehehe..
cume tpuw baek jewk 0key!!
sweetttttttttttt
:)
yep, kena tipu siket tak nak bagi sakit haty
i like this entry!
aku suka menipu.tidak kira utk sakitkan hati ke atau sedapkan hati.
oh tapi kalau bab adams family aku takboleh tipu lah weh sorry
tak oke.
sounds so cute!.. (^^,)
Cakap memang selalu senang dari nak buat. Eh eh, apa tah ayat ni. Susah kot nak bagi tahu hal sebenar yang menyakitkan. Haishhh.
iz..cerita ni best weyh.aku gelak sorang2 baca entry ni.
haha..
ak rasa masih kena tipu..
br confess.
then its r8
jujur terbaik kot iz.
kita berlaku jujur sebab kita sayangkan kawan kita tu. as a friend kena menegur lah kalau dia buat silap, dalam islam pun menggalakan menegur antara satu sama lain kann.
jangan risau iz, kawan u tu pasti bole accept what u say. (^^)v
"sahabat yang baik adalah sahabat yang menegur segala kesilapan sahabatnya, bukan membiarkan segala salah sahabatnya itu"
Chill!
Post a Comment