Tadi diorang semua ejek saya sebab diorang cakap saya rempit masa sekolah. Masa sekolah rendah memang saya pakai kain senteng untuk elakkan dari terkena lopak air. Kalau pakai tudung, brooch mesti dekat pipi, bukan bawah dagu. Serkop mesti terkeluar. Tapi saya cannot help it lah sebab saya memang comot dulu. Rupanya mereka kata, ah blah. Kau rempit masa sekolah menengah. Betul diary. Masa saya sekolah tingkatan 1, saya ada dua orang rakan baik sahaja. Aida dan Afifah. Kitorang selalu hafal skrip Harry Potter and The Sorcerer's Stone dan berlakon seolah-olah kitorang Harry, Ron dan Hermione. Seolah-olah sekolah Seafield adalah Hogwarts dan waktu PJK adalah sesi latihan quidditch. Tapi diary, saya tak pernah rasa benda itu lame. Saya rasa cool je. Sehingga setiap hari tak sabar hendak ke sekolah. Sebab nak lawan siapa yang terer Harry Potter, siapa yang hafal skrip dia lagi banyak, dia memang terer. Lepastu bila balik rumah, saya akan online dan buat kuiz Which Harry Potter character are you? Dan buat sehingga semua kuiz yang pernah ada dekat dunia internet ini telah saya khatamkan. Kira semua kuiz dari berlainan website memang saya dan Aida akan berlumba-lumba untuk buat.
Kemudian saya baru dapat tahu yang bukan saya sahaja yang culture shock. Ily pun sama. Masa sekolah dulu, dia geng budak scoot ya diary. Bukan itu sahaja tetapi geng budak scoot ini memang ada kelab atau persatuan scoot taiping dan seperti ada kad keahlian. Pergi sekolah ramai-ramai naik scoot. Lepastu geng pun dengan budak-budak yang ada scoot je. Semua scooter tapi warna je lain. Sumpah saya gelak besar bahan-bahan Ily.
Tak macam Sarah. Dulu dia emo gothic. Suka buat gambar horror horror ada darah meleleh-leleh. Rambut dia pun macam pengkid tapi ada fringe panjang di depan untuk tutup sebelah mata. Warna hitam dan merah adalah warna kegemaran dia. Lagi-lagi pakai stokin belang-belang hitam merah dan My Chemical Romance adalah idola. Sekarang ni taknak mengaku bila kena bahan macamtu.
Tapi walaupun Emi asyik kene bahan sebab sukew typew beginiew ahakszw lolxw ~~~~~~~ cacingcacingwakenabebkedahmaju2010tomokforlifenikejustdoit, dia sentiasa cool sahaja sebab dia rasa eMe~~LL~1@ tu tak culture shock pun. Dan bila kitorang semua kena bahan, mesti Ama paling teruja sebab kononnya dia tak pernah masuk apa-apa phase semasa sekolah menengah. Tak pernah jadi minah scoot, atau emogothic atau cacingw cacingw sebab dia kata dia ada dunia sendiri. Padahal diary, dulu hobi dia melukis. Kalau dia lukis orang, sumpah jadi manga. Kepala hotak dia kan diary. Itu pun phase jugak. Sebab dia budak anime. Kawaii gurl betul lah Ama ni.
Saya paling suka kalau kitorang berbual pasal phase sekolah menengah. Tetapi sebenarnya diary, saya yang kena paling teruk. Sebab diorang kata saya rempit. Mana ada rempit doh diary. Sebab masa saya Tingkatan 2, nama Myspace saya nEneK~bRuTaLzZ. Tapi sumpah masa tu saya rasa cool gila letak nama macam tu. Tak salah kan seorang budak kecil ingin mengaku jadi cool. Letak gambar seorang nenek bersama nama nEneK~bRuTaLzZ. Lepastu add budak hensem tapi tak pernah di approve. Dulu diary, saya ada jumpa satu account budak lelaki hensem ni. Nama dia saya lupa tapi gambarnya cerah sangat sebab lighting di edit kan tapi sebab saya buta adobe, jadi saya ingat dia memang cerah macam matahari. Putih je muka, hanya nampak lubang hidung dan mata. Saya add dia sebab saya suka dia. Tapi dia tak approve. Lalu saya bertindak bodoh dan mesej, "Hye wanna be your fwen," Tapi dia tak reply. Setiap hari saya buka friend request tapi asyik pending je. Tapi last login dia setiap hari pun dia login, nampak sangat tak approve saya, diary. Saya message lagi, cakap "Sombong nya, kenapa tak approve?"
Saya hairan kenapa dia tak rasa nak kawan dengan saya? Saya tak cool ke? Jadi jikalau bersembang tentang Tingkatan 1, saya rasa saya paling hina. Lagipun, masa Tingkatan 2, saya obses Adam AF. Mesti nak pakai bandangan bila pergi sekolah. Tapi saya tak pernah bagitau Ama, diary. Sebab dia pernah cakap, ada seorang budak sekolah dia dulu pakai bandangan macam orang bodoh.
Tapi saya tak malu pun dengan sejarah saya. Dia pun tak malu jugak.
33 comments:
saya pun obses dengan Adam. tet!
hahaha..ngok gila tomok 2!!!lawak la siak entry ni..iz buat la entry sal;u..nk tg iz punye entry bejanggut doh
haha. u rempit dulu Iz? kat sekolah i ada gak style kain senteng, baju sekolah senteng, tudung pun senteng -.-
mahahhahaha.. tp xde sape salah anta msg oh fuck fuck. haha
dulu saya gotic. saya pakai bunga besar kaler itam tersemat indah di dada. saya juga penah jadi yepop. seluar begy baju ke lutut.
hahahahhahahhahahahahaha!!!
seriuss lawak!!
hehe.gelak sakan lagi bc post ni..nice writing.=)
kalau i, meraong bagai nak rak.
gle ke dikaitkan dengan rempit. haha
like omg like omg irony esok saya exam sejarah -.-
dulu aku skema.
skang pon aku skema.
memang sejarahhhh
:D
teruk2 aku pun pakai seluar londeh je time form 2 form 3! time ni gala too phat..
hahhahaha lama dah waiting for this kind of post from you Iz
hahahha nenek brutalz gila funny
dulu saye budak paling pendiam n paling cerdik. hehe
sebab ko letak gambar tu terus aku youtube lagu sejarah mungkin berulang.....hehehe....layan ow...hehehe
rambut lempeng wa cakap lu.
hehe.tomok pun tomoklah.dah itu je yg ada masa tu,nak wat cmne.ye dak?
:p
ok,nah RM5.
awww awww inesen giler muka tomok dulu2..
bandangan tu ape eh?haha
*terase sangat jakun di sini*ngaa~
haha...aku ingat lg zaman ko obses dgn adam AF...masa tuh AF hot gler kot...suma org minat tgk..haha
i was a top student hahahha..tp wth ade cekgu x ske aku
haha iz.. bengong..
iz,
kau memang COOL!
hahaha weyh part adam tu kita sama2 rempit. obses gila, siap pakai bandangan kannn
yeay. gud entry babe.
really nice one. =)
Geli siot masa kau obses dengan Adam. Aku jadi mangsa tak pasal, kau suka tenung aku sebab kau kata muka aku macam Adam. -_-
apasal kau kena cerita pasal kenangan rahsia ni? hahahhah
Iz iz iz..
macammacamlakaunicubekaubaceapeakutulisni.peningtak?nak5hinggitketak?nahhambik.:)
bandangan tu, key yg pakai kat kepala tpi ikat2 kat tgn. untuk budak hip hop je.
sorry noble friends, for having this history of mine.
i dgn my shones selalu lawan siapa paling hafal dialog Jennifer's Body
sebab masing2 Megan Fox wannabe!
hahaha
okiew sayew baruw perasanw awakw postw iniew.oh terharuw gilakss!
babi ah kau sejak bila aku type macam tu tak pernsh oksy.tspi sku ngsku sku suka tanda ini. ~~~~~
=)
oh myy, satu geng dgn adik i. pg sekolah pkai bandangan. haha
Post a Comment