"Anda telah dijemput ke majlis perkahwinan Ily Zafira dan Fakhrul,"
Yaaaa makanya hari ini kakak salah seorang kawan baik i akan berkahwin, dan majlis diadakan di Taiping, Perak. Ingat tak entry masa i pergi Taiping yang i teruja sampai nak blog kan pasal makan tako tao dekat taiping sentral. By the way, i dah rasa kuey teow Doli, like oh mak kau sedap gila macam abcdefghijkl siot. Amek yang rm 9 tu sumpah makan tak baca bismilah.
Sebab Ily adalah kawan baik kita semua, jadi, segala usaha untuk memakbulkan kehadiran kami ke majlis perkahwinan itu telah dibincangkan. Nak naik train lah nak naik bas lah nak tidur hotel lah. Sebab oh well, macam biasa takde sape yang terer drive kecuali Ily dan Emi dalam geng. Ok lah aku taktau adam kau still dalam geng ke tak tapi kau pun terer drive. Tapi yang penting semua tahu ezwar takde lesen ok bye kau.
Dan seperti biasa lah lambat siap dan tidak tahu hendak pakai baju apa, belum gosok baju lah apa, bila driver dah sampai, terus gelojoh serkop tudung butang baju brooch selendang kain kebaya semua serabai. Akhirnya terpaksa bersiap di dalam kereta.

Hi, yes I'm your co-pilot for today.
Sampai dekat Stesen KTM untuk jemput dua yang amat berhormat untuk mengiringi rombongan ini. Ezwar dan amah. Sambil tunggu, terpaksa ambil gambar, haishhh penatlah ambil gambar ni (hik hik)..

Kan dah pondan menangis sebab kakak Ily kahwin.

Hihi macam orang buta.

Nak buat macam ni lah sambil kutip derma.

Eh sorry driver, kasihan takdapat spotlight.

..And the journey beginssss
Dua malaun yang paling selesa sepanjang perjalanan, pokpekpokpek, lepastu lapar, lepastu nak makan, lepastu nak berak, lepastu krohhhh zzz.

Sampai perhentian Tapah baru stop sebab SEMUA IBU IBU ORDER JAMBU MADU JAMBU BATU JAMBU AIR JAMBU KACA JERUK JAMBU ADVASDBSBN BUDAK JAMBU KENAPA TAKDEEEE?!

Dah sampai terus bangun.


Cantiknyewww, kalau batu caves macam ni, setiap hari i naik tangga dia.

Sebenarnya Ama dengan I dah paksa dua orang lelaki ini berbaju melayu sebab kononnya wajibulghunnah padahal weh. Bila sampai, SEMUA TENGOK HAI KENAPA FORMAL SANGAT INI TENGOK SEMUA PAKAI BAJU BATIK DAN BAJU KOLAR SAHAJA. Mengada lah lelaki taknak pakai baju melayu, pakai baju melayu itu kacak gila, tauhu? Macam kalau pakai baju melayu terus nak jilat. Nak jilat baju yang ada stain milo, yekk.


Mula-mula semua control pakai baju tradisional, bila ily campak benda alah atas ni, terus HA NI HAKU PUNYA HAKU NAK MERAH MATCHING DENGAN BAJU EH EZWAR BAGI AH AKU MERAH MATCHING DENGAN BAJU.



Takde initiatif langsung nak pergi depan stage ambil gambar, berangan kamera phone 3.2 mp boleh buat keajaiban.



Ily busy macam menteri hari tu. Nak tegur kang takut dia migrain.

Masalahnya, nak bawa balik benda ni dah terkantoi dengan makcik yang duduk dekat pintu gerbang. Lepastu kena berlakon ambil gambar dengan bunga ni.



Ezwar bila pakai baju melayu dia rasa hensem terus tak nak pose keji keji.

Okay penat lah distribute bunga telur.

Mak kau mesti cakap, "Huish lepas dah sorang..HA EKAU BILO LAIE?" Ceh tiba-tiba mak kau orang negeri sembilan.

Heheh siapa kata co-pilot kena drive sekali?
23 comments:
dah lamo den tak poie majlis perkahwinan. -_-
eh comelnya.. eh, siapa drive tuh? ecececey hee :D
ouuww..i like ur shawl n kebaya,,hot laah.
mak aihh..baik co-pilot membongkang..hahaha
walaweh....
kaw2 kau kutuk passengers belakang tu kroh kroh krohhh sekali kau pon krohh krohhh sekali kat co-driver punye seat...
MUIHAHAHAHHA TERBAIK!! ;D
gambar jadi bunga telur girl tu memang kelakar gila!
tergelak sorang2 dibuatnye pagi2 buta nih haishh tak senonoh dah :|
bgtow la sume aku xde lesen..dhla ko nye blog market, siap de org promote produk ag
Yang jadi drebar baju itam tu boyperen kau yek Iz.. hensem lah! Kenapa takde gambo ko pose ngan dier?
Hahahaa! Lawak laaa :D
aku vote gamba hidong kembang.
nampaknye co-pilot berseronok drive dalam mimpi.
haha,iz kau mmg gila kentang dowhh....^_^
pix last tu terbaekk ah..
nape xde pic pganten nye..*___* nk tgk..anyway, cntek baju..:)
amah cantik ah. saya jatuh cinta kat dia la.
5 hengget?? muroh banget... nah3....
comeyyyyyy sgt2.... those lollipops.... nnyam3
knp 2 lelaki tu tak pakai baju melayu lengkap? bersongkok dan bersampin. bukankah itu lebih baik dan cantik.
knp tak pakai baju melayu lengkap?bersongkok dan bersampin.itu lagi baik & cantik.
ko memang ko pilot yang sangat leh d arap.....hahahaha
iz...i tot gmbr u xbersiap lg dlm kete tu adalah the latest shawl style! siyesli! i mule la da pk 'omg, ni arab punya style x ikat2 shawl ke?' smpi la i bace caption u..hehe...
sbb nmpk cntik gak walaupun serabai ok... ;p heee..my compliments 2u!
salam singah yer
cmel nyer lolipop. nk merah gak!!
ai....dh follow ur blog..if interested leh follow blog sy gak..thnks...=)
cantek cantek
Post a Comment