July 14, 2010

Ini entry "kadang-kadang rasa macham" saya, anda punya?

Kadang-kadang rasa macham I tua sangat. Bukan tua sebab sifat semulajadi tua dan nyanyuk, tetapi rasa macam diri adalah orang tua slash warga emas, sebab kadang-kadang orang lupa yang I wujud. Macam ramai-ramai tengah bersembang dalam bilik, lepastu tiba-tiba tak perasan I berada dalam bilik sekali. Bila I berdengkur, baru semua toleh. Macam kalau ada plan nak keluar ramai-ramai, tiada siapa beritahu I. Macam semua muka kawan dia upload dekat Facebook tapi muka I je takde.

Kadang-kadang rasa macham I lesbian. Bukan lesbian mendambakan cinta seorang perempuan, atau ingin bersumbang. Tetapi lesbian yang seperti meminati seorang perempuan dalam diam, sebab keindahan wajah yang tuhan kurniakan pada dia, fuh lawa gila budak ni. Lepastu dalam diam follow blog / formspring/ twitter. Facebook tak boleh, sebab I dah try add dan dia tak approve =( Ya, budak-budak lawa mungkin tidak suka berkawan dengan orang kurang lawa kot. Jadi, I maintain menjadi stalker dalam diam. Yang pasti, dia takkan syak itu adalah I, sebab for sure, dia tak baca blog ini.

Kadang-kadang rasa macham I pemandu yang jahat. Bukan jahat seperti seorang road bully, bukan jahat bagaikan suka menyendeng-nyendeng kereta orang masa driving 200km/h atau bila orang lain take over parking yang I cop, lepas dia keluar parking, terus ambil tukul pecahkan cermin kereta. Jahat adalah kerana selalu masuk jalan yang terang-terang ada sign "No Entry" atau sengaja park di kawasan bertulis "No Parking". Semua sebab rasa, alah, double parking 1 minit je. 1 minit jeeeeww. Tapi bila semalam, I asyik bagi jalan dekat semua driver yang ada, sampai semua angkat tangan dan senyum, ianya amat membawa cahaya kepada hidup saya sebagai seorang pemandu berlesen P. Rasa macam baru buat pahala :B

Kadang-kadang rasa macham tak pandai. Bukan tak pandai sembahyang atau makan atau tidur atau menulis atau bermain gelongsor. Tapi rasa tak pandai kerana otak semua orang lebih besar kapasiti nya atau apa? Semua coursemates I seperti cerdik cerdik makan kurma Yusuf tayyub dan mengamalkan minum air suam selepas bangun tidur. Semua bukan tin kosong, semua nya otak penuh dengan fakta-fakta, gosip politik, informasi terkini dunia, kes-kes dan keputusan-keputusan mahkamah. Rasa macam duduk dalam lecture kepala saya hilang sebab badan semakin ke bawah untuk tidur.


Kadang-kadang rasa macham pandai lukis. Okay, tak.

12 comments:

beeRamza said...

macham-macham kan? whahaha. ^_^

Fina Fento said...

idom itu sangat lawa


BLOG NENEK KATANYA

♥CIK SHA♥ said...

haha..lukisan itu sangat kelakar ok..but nice try..

.MISS_SHASHA. said...

iz, story macham yg 1st punya mcm sedih je =( bila masuk bilik baru sem baru kadang2 mcm tu lah jadinya.. tapi bila kwn upload gambar kat FB tp kita xde, its very hurt inside lah huhu

well, cheer up dear! keep writing =)

xoxo

bvlgarigirl @ Arianna said...

comel habis. sebijik cam u iz. hihi

Eri-chan said...

macham2 u rasa ya Iz..
ohh i pun suka tgk perempuan cantik..last sekali tgk perempuan cantik~dia nenek actually tp gayanya sungguh indah...dgn cara dia bersopan bagai masa nak solat di surau..wah nenek siapakah itu?

starzieti said...

bnyaknye rase macham..sy juge rase macham lesbian tp sy bukan lesbian sbb sy suke tgk pmpuan chantek2..;)

Ara's Darlings said...

hahahaha...but u never fail to make me laugh... XP XP

Ainee Cumi said...

wahh sungguh rare lukisan ini..
boleh jual ni... boleh masuk pameran ni

ieyra sweeto said...

nak resit RM5 ni tau..nak claim kat co. =)

hey iz..i admire u..oopss..i mean ur blog..lovely words.. tyapi i bukan lesbian yg begitu..i les sbb MACHAM dlm entry iz yang kat atas tu..yang pasal lesbian tu..ahahaha

neway...keep writing si cantek! =)

wafa'a said...

giler semart!
ajar please,,,,,,

mizzyN said...

romen komen? hihihi