November 27, 2010

Jobless/Kerja kurang?

Ingat tak video Munchy's yang geli makanlah Munchy's Music Cube, makanlah, isnin selasa rabu khamis jumaat itu? Alah yang geli suara buruk muka berminyak cermin basah tudung kelepet itu. Tee hee saya menang, TAPI TAK MENANG IPAD LAH KAN, menang hamper Munchy's RM 150 yang dapat sekali tiga beg besar biskut Munchy's lepastu dermakan kepada rakan-rakan. Maaf geng, hanya ini saja yang aku mampu.


Cuti-cuti Malaysia untuk pelajar yang tak berduit macam aku ni takde maknanya. Kau bagilah cuti sampai 2 bulan pun aku memang tak penuhkan schedule harini nak pergi mana, besok nak jelajah mana, lusa nak daki gunung apa, tulat nak berenang sampai mana. Hmm. Tapi itu tidak bermakna aku pemalas ye. (Takut takde siapa nak masuk meminang pulak kang)

Instead of kerja part time dekat mana-mana fast food restaurant/butik mewah, aku lebih cenderung ke arah bekerja sebagai zoo volunteer, event promoter, receptionist sementara, typist atau pun apa-apa yang macam best lah, bukan buat kerja yang sama sepanjang bulan sampai masuk gaji. Alamak macam mana nak kerja tetap nanti doh sebab perangai dah cintai kerja bermacam jenis pekerjaan dalam satu masa. Sambil menjadi pencuci sangkar zoo negara, menjadi penjaga bayi di nurseri kawasan kejiranan dan pada waktu yang sama menjadi typist aunty ataupun menjaga booth Majalah TV3 untuk SureHeboh. Ok, mesti korang cakap eee hinanya pekerjaan kau. Tapi pekerjaan macamni tempoh dia sekejap je, macam seminggu dua, tapi lepas seminggu tu memang terus demam panas lah sebab body lembik tiba-tiba dipaksa menjadi buruh kerja mati-matian stok pukul 6 pagi sampai 12 malam, jadi memang pinar-pinar kepala abang.

Jadi untuk cuti sem ini, memandangkan masa berlalu begitu pantas, aku hanya bekerja sebagai tukang taip tidak rasmi aunty aku di mana segala borang-borang lawyer aku type, best, sebab sambil type sambil main dengan kucing. Bukan type pakai komputer, ini pakai typewriter. Siap ada bunyi cing! bila dah habis satu perenggan so macam STYLE GILA WEH. Dalam pada masa itu, sambil aku bekerja, aku telah menghabiskan masa dengan benda-benda addictive ini ;

Selama ni tak pernah nak main game dekat Fb sebab rasa macam loading lambat, sekali ha hambek terus culture shock (kejutan kultur) main setiap hari dah addicted. Millionaire city, baking life, cupcake corner, IT girl, Fametown, Car town.

Macam dalam iklan tu, Crunchie, tak boleh tahaaann.

Sanggup beratur berejam lamanya apabila tepat 31hb.

HARRY POTTER HARRY POTTER! Siapa dah tengok HP mesti rasa macam tak puas sebab tiba-tiba ada Part 2, memang kopak duit aku.

Terasa macam orang besar sikit sebab haritu daftar Bonuslink untuk bil Digi, jadi macam oh well, bila cashier tanya, ada bonuslink ke tak, boleh berlagak *ekhem*

Tengok, siap ada flash. Tapi langsung tak pernah pakai pun bonuslink ni.


Kumpul kupon Guardian untuk tebus plush toy. Tengok, banyak kan kupon saya (00)

OK MELAMPAU LAH NAK KUMPUL SAMPAI 60 KEPING HWSXHKSHSNYPLX


Patutnya semalam dah start kerja sebagai pembantu spa. Bajetkan dapatlah buat facial free atau pun belajar buat facial dengan betul sambil mendapat training mengurut percuma. Akan tetapi hari tu pergi interview =_=" 85% customer adalah lelaki jadi penganggur lah jawabnya kitew.

27 comments:

deqdeq said...

bagusnya dik....rajin mencari pengalaman sementara masih muda...
DeQdeQ ni dulu, wkt cuti sem dok kt umah je..melebarkan diri..hehehe...dh skrg br nak menyesal...

Encik Tikus said...

mane muka ang ! dem~ *kecewa

pikaka said...

duk rumah golek2 jom!
hahha

Izzaidin Mohd said...

HAHAHA menang jugak kau eh?! Congrats! :D

Imonster said...

Heellloo :) kak iz , feel free to drop by at http://twintigsometing.blogspot.com/2010/11/update-twenty-six-26.html

hamzah ian said...

oh romen.. byknye biskut

Mr. Swift said...

Ahaha. Bestnye cuti kau iz.
Meh datang melaka, macam-macam ada tahu. XD

wannurfazrini said...

yang bear watson tu gila byk kene kumpul ! tp comel2 je bear tuu!

Farah Hanis said...

Tahniahlaaaaa..

ika~~ said...

comel la men game kt fesbuk..
sy pn dlu addicted gk ngn farmville..
"pertanian adalah perniagaan"
peace~

Farihah Ahmad said...

85% customer adalah lelaki adalah lelaki???

vicmalaumilo said...

pengalaman adik pasti meriah bukan.

ahmad endo said...

ko menang bestlah...tapi serius lawaklah ko berlagu muchee tu...hahaha

twinkle twinkle said...

DA LAME x main game fb ngee ;D

m!da BucHuxX said...

waa.crunchie tue mmg sedap.hee.kumpul2.nanty dpat bende comel tue.he:D

Heidi Shafiq said...

uh.. seronoknye percutian ko..

kembatolo™ said...

hah? 85% lelaki?
giler ah! @_@

WZulhilmi said...

Wow menang munchy rm150?? klu aku menang terus panggil kawan2 sedara mara berkumpul di dataran.. lps tu aku dr tingkat 4-5 baling semua munchys dari situ.. REBUT!!!!

RazFiRa said...

menang gak tuh...okayla..slamat makan biskut..ke dah habes??

nurayunni said...

nak biskut ckit!!jgn kedekut!

the unknown said...

y dont u work as a PA to one of those mak datin or puan sri, someone that's biz savvy.

at least u can build ur network, should u consider opening ur own law firm later in life.

to me, taking care of the zoo is literally, a proclamation of masochism.

heh no offense.

Macham Iz Punye said...

ha ah mmg seronok percutian kita kan. oh ada lagi biskut, tapi tinggal yang lopek jelah tapi nak mai mai mai, yang lemau pun ada lagi. mr unknown, i've tried to look around for any datin that is willing to take me as their PA, hehe i'm out of their league. thanks for your suggestion though, very helpful =) oh but working as a zoo helper really got me thinking that the world doesn't revolve around u, no? haha but exactly not some sort of masochism.

ShueQry said...

Congrats! Apa saja kerja, asal diniatkan untuk cari rezeki selain meninba pengalaman, pasti bebas dari apa jua musibah...jangan bersangka buruk awal-awal lagi..

the unknown said...

whoa.. u're out of their league?
they're not worthy enough for ya?
:P

Macham Iz Punye said...

haha dude, u really noticed every single thing i said, i should have said that they're out of my league. sorry for the sentence structure due to my eagerness to reply your comment =P oh well, clearly u can do the math without having to ask me about getting a job as one of their PAs right? hehe luckily no datin reads my blog so, i hope there were no hard feelings

Fatul Akrul Ramli said...

iz, mana nak buat bonuslink tu?? nak riak mcm u jugak

melle. said...

tak sabar tunggu part two, ceh haha.