November 15, 2010

Masa kecil, saya takut..


1) Dekat kegelapan. Kalau dalam gelap, mesti make sure ada torch light dekat sebelah dengan handphone. Torch light sebab ada source of light dan handphone sebab dalam handphone ada surah al-baqarah, yasin, al-rahman dan al-kahf =B Dari umur berhingus dulu selalu rasa yang orang jahat dan hantu akan tiba-tiba muncul lepastu nanti ada tangan dari belakang yang akan cekik saya dari belakang. Jadi, kalau terang, kita akan nampak semua! Jadi bila kita nampak semua, hantu pun takkan muncul sebab kepercayaan kuno aku yang rasa kalau hantu + sunlight = cair. Jadi hantu akan cair =_=” Pandainya. Tapi sebenarnya sampai sekarang saya memang tidur dengan lampu terbuka. Kecuali kalau tak terfikir apa-apa tentang hantu, boleh lah tutup lampu. Kot.


2) Dekat anak patung. Kalau U lebih kurang sebaya I je, U mesti tahu dulu ada patung nama baby all gone, anak patung yang siap dijual dengan pekakas botol susu yang boleh refill dengan botol ceri dengan sudu yang selalu diisi dengan ceri.

Yeah! Yang ini! (penat aku google)

Itu kesayangan kita tu. Setiap hari dok menyusukan dia dengan botol susu boleh refill sebab susu dalam botol tu takkan habis jadi selamanya akan susukan baby all gone. Tapi semenjak tengok chucky. Ffffffff. Terus derma semua koleksi anak patung dekat sepupu lepastu siap tanam baby all gone huahuahua. Teruk lah cerita-cerita pasal patung hidup sebab terbantut minat I nak kumpul Barbie banyak-banyak. Tiap kali malam, sumbat semua patung dalam almari. Ada satu malam tu, kita sumbat lifesize Doraemon yang apak kita beli dekat Kelantan. Tepat pukul 11.00 malam (masa kecik pukul 11.00 dah kira stay up dah ni) tiba-tiba dengar bunyi ada orang nak keluar dari almari macam hentak-hentak almari okay, scary gila sumpah terus terjaga lepastu ingat malam ni mesti mati sebab doraemon nak bunuh aku. Tengok tak Child’s play yang time mak dia tengok Chucky lepastu Chucky cakap, hai i’m chucky i love you lepastu mak dia tengok belakang patung tu rupanya takde battery?TAKUT KANN?!


3) Dekat doctor gigi (dentist). Masa kecik dah lah time yang paling selalu kena jumpa dentist sebab gigi susu patah lah gigi berlubang lah gigi kapak nak tumbuh lah nak tampal gigilah, banyak songeh betul karenah gigi time kecik. Jadi bila ada visit kena jumpa dentist. Sebelum naik kereta kena drama dulu. Kena nangis melalak merayu taknak masuk kereta lepastu kalau berjaya dimasukkan ke dalam kereta, nangis sepanjang jalan. Lepastu bila dah sampai dekat klinik, dah tak nangis sebab dentist kalau deal dengan budak-budak mesti dia kasi gula-gula sebelum atau selepas check up. Tapi untuk kes budak kecik penakut yang annoying macam aku dulu, dia bagi gula-gula sebelum dan selepas. Duduk atas kerusi dentist, rileks je sebab baru dapat gula-gula jadi puas hati lah. Lepastu bila buka lampu atas kepala yang terang gila tu lepastu dah start nak pakai tool yang apa tu yang ngilu lepastu bising tu? Ya allah sepanjang time tengah pakai tool tu, menangis meleleh air mata macam kena bedah je. Poyo nya. Lepastu tangan genggam lengan dentist tu. Stress dentist tu tengok aku. Hehe lepastu bila kumur dengan air yang warna pink tu, selalu ingat air warna pink tu darah dalam mulut. Hee hee overnya masa kecik.


4) Dekat badut. Duh, rasa macam biasa je budak kecik benci badut. Semua sebab cerita The It yang pasal badut jahat gigi tajam makan orang. Takut gila doh cerita tu. Ada yang part budak tu mandi dalam bilik mandi lepastu badut tu keluar dari lubang tempat air semua mengalir keluar. MACAM MANA BADUT YANG GEMUK BOLEH MUAT DALAM LUBANG YANG KECIL? Menipu betul. Tapi masih percaya. Jadi bila round-round dekat Sunway Lagoon, nampak badut nak offer balloon bentuk binatang, terus menangis. Annoying nya saya. Kesian badut Sunway Lagoon. Dahlah kena bayar RM 5.00 sejam untuk jadi badut tahu. Kaya, tahu.


5) Dekat budak lelaki. Untuk sesetengah budak perempuan yang comfortable bergaul dengan budak lelaki, memang saya salute sebab dia terer. Tapi untuk golongan budak perempuan yang macam I dulu, yang takut dekat budak lelaki hmm kau lupakan sahaja untuk cari jodoh. Dulu kita loser dekat tadika. Takde kawan, kalau ada pun kawan macam eh-tolong-passkan-buku-tu punya kawan. Bila sampai je tadika, terus kejar kereta Mama dari belakang, punya lah benci dekat tadika. Mungkin juga sebab ada sesetengah kanak-kanak lelaki yang annoyed dengan aku yang annoying ni sikit-sikit nak menangis. Blegh i was such a cry baby. Tapi mungkin juga sebab sebagai kanak-kanak perempuan, saya tak comel dan memang comot. Bukan macam Mia Sarah yang omel lotey gilew tu. Jadi, mestilah takut diejek oleh budak-budak lelaki. Budak-budak lelaki dahlah mulut power siot. Macam aish kalau aku kena ejek, menangis sampai berhenti tadika. Itu menjelaskan perasaan saya yang takut sikit dekat lelaki sampai sekarang. SIKIT JE AH.


6) Dekat cermin. Masa kecil, siapa entah yang mengajar I kepercayaan tahyul yang kalau kita pegang buah epal tepat pukul 12 tengah malam depan cermin, nanti keluar roh orang yang dah mati? Cerita Charmed ke cerita apetah haha lawak. Cuba test lah kalau berani sebab I pun tak pernah test. Sekali betul-betul keluar kang mati aku.Lepastu satu lagi bila tiap kali hujan yang stok ada kilat dengan petir sabung-menyabung tu, ada orang cakap tutup cermin, jangan tengok cermin lah apa. Ada seorang kawan perempuan I dulu masa Darjah 6, dia percaya gila benda ni, lepastu setiap kali petir je, nanti dia menangis-nangis (padahal dah darjah 6) lepastu nanti dia macam tak berhenti cakap. Macam kalau ada petir dengan kilat, tiba-tiba dia cakap laju tak stop stop. Macam superpower pun ada. Woh terer. Kalau tengah pidato ke debate ke time petir terus menang sebab cakap laju. Lepastu bila sembahyang pun ada orang cakap jangan sembahyang depan cermin. Scaaaary. Sebab tu saya tak suka cermin dulu. Ehem. Sekarang dah suka lah sebab *uhuk uhuk* vain *uhuk* dan *uhuk* suka melaram *uhuk* depan cermin.

Okaaay. Jadi apa yang korang takut masa kecik?

44 comments:

hamzah ian said...

kah kah kah... anak patung???

tedy bear?

Amar Amirah said...

Saya sampai skrg takot barbie doll ok. ingat lagi satu malam nak main dgn dia. masa nak bukak almari tiba-tiba tangan dengan kepala dia keluar macam tgh cakap " BOO! " T_______T sampai skrg pening kalau nampak barbie. kalau dentist errr. macam mana nak takut kalau saya sendiri kena jadi dentist tak lama lagiii.

Munira Muhiyddin said...

hahaha . lawaklah iz ni .
tapi part anak patung memang terpengaruh betol . terus buang suma patung yang disayangi . haha :D

rainbowskittle said...

comel gila !
saya takut clown . sangat !

hayatul amira said...

takut sangat dekat toilet :'(

PUPPETO said...

takut bunyi kedai nak tutup.
sampai sekarang pun takot ;(

sui nawi said...

Ooo...
this is so interesting..

what am i afraid of?
baby.sbb takut dia menangis.

eesyaheera said...

takut kat cermin. sebab suka bulatkan mata depan cermin pastu takut sebab nampak muka sendiri mcm hantu T.T

msmoonlightdim said...

same la.saye pon takut badut.and mascot.sangat takut.once pegi marry brown and ade mascot die tengah berjalan2 dalam tu,mmg tahan ego dari menangis je.haha,saye lagi loser kot.sampai da besar gedabak pon still takut bnd2 macam tu.

Heidi Shafiq said...

aku dr kecik smpai besar takut lipas.. hhmmpp..

ahmad endo said...

aku time kecik takut hampakan harapan orang tua yang tinggi melangit....hehehe
dah besar aku takut ngan ptptn...hahaha

Lelaki Ini said...

dua n 3!
takut!!!!

Nizam Corleone said...

badut, gelap ngan natang-natang yg geng serangga.....

Lili Sakina said...

takut orang gelap...nangis macam tengok hantu...jgn kecik ati taw sesiapa yang gelap...sebab masa kecik2 uncle maniam mane ntah suka sergah2...sekarang i ada kawan2 kulit gelap...dah tak takut dah

RazFiRa said...

haha aku suke sangat badut...comel ape....kikiki

aku pon takut dgn dak laki,bila mcm da knal, asek gadoh plak..

huhu..cmane tu

jajaHeaRtZ said...

hee..saya takot nek keta malam2. klo nek keta wktu malam mesti saya sorok kat bahagian kaki or selimut or pejam mata xnak bukak dah. takot nmpak benda putih tepi jalan..huahua

Akmar Naqhi said...

takut gak kat patung kecik2 dulu especially yg mata boleyh dipejamkan bila dia baring..scary la asyik bayang mata dia kadang2 baring pown bukak la..or mata sbelah je bukak..sebab macam ada something wrong ;p

luvly mya said...

kecik-kecik dulu takut sangat dekat patung jugak.semua sebab chucky! demm chucky.haha

ShueQry said...

saya takut hantu dan malam Jumaat, masa kecik.

Izzaidin Mohd said...

dulu masa kecik-kecik, ada kisah hantu purdah tau. famous gila. dia pakai kancil merah entah mana hantu ni dpt lesen aku pun tak tahu. dia pakai purdah sebab muka dia hodoh, so nak cantikkan balik dia kena hisap darah budak kecik ah. masa tu memang takut gila sampai nak main kat luar pun tak jadi. hahahaha sampai sekarang fobia kancil merah,siot je hantu tu

Abir Abhar said...

iz!
saya takut dengan tok mudim!
hahaha

Marya Hana . said...

x banyak beza dengan u ..
semua tu alami mase kecik..

1 lagi, takot nak bukak pintu malam2 org ketok rumah. sbb budak2 kate hantu "kum kum" berkeliaran mase tu.
ingat kah..? :D

Anaz Izyan said...

takut lipas a, sampai sekarang hahaha

twinkle twinkle said...

sme la,,smpai skrg tdo bukak lampu ;D

jamilah sarip dol said...

saya juga takut gelap sampai sekarang tidur dalam terang...huhuh
badut memang scareeyyyy la! tak ske..
sape la yang cipta benda alah hidung merah ni kan...

faeznaem said...

sangat takut tempat sempit.. penah skali terperangkat kat dalam lif sorang2.. aku ulang.. sorang2.. gelap.. panas.. walaupun 15 minit jeh.. aku rase macam 15 jam weh!

sakinah faredreme said...

dulu takut gelap ,, haha

MATAHARI said...

aku takut dgn diri sendiri

Juaini Jamaludin said...

rasanya semua yang dia takut pun kita takut. kecuali budak lelaki! hihi.

Qaseh Rasheqa said...

ms kecik tkot ngn badut gak...ini merangkumi Ronald Mcdonalds skali...hahaha.tp skng mkn mekdi smp xigt dlu xsuke Ronald tu...:DDD

syitah said...

tooth fairy sbb tgk movie darkness falls T_T

Encik Tikus said...

aku dah lah baca entry nie time tengah malam, chucky ! seram wehh ! Y,Y

Lina said...

omg.. saya pon takut kat badut gara-gara tgk IT. it's been ages, tp mmg smpai skang xbley lupa. rs mcm kene pg jumpa shrink or something la.. kesian my dotter, nnt all her bday partis xde badut sbb mommie die takut.. haha. satu lg i takut is perempuan pakai purdah all black aka ninja. scary sgt sbb ader experience kene surrounded by 5 of them sekaligus kat subang parade sbb diorg nak mintak directions.. scary sgt!

Tuan Din said...

Aku hanya takut KATAK!! aku tak tau kenapa hanya katak yg aku takut!!

Macham Iz Punye said...

HAHA semua penakut masa kecil yes geng!

Dinda Hawa said...

sumpa aku takut ANJING..haaaaaa..benci..!

Miza Yusof said...

samlah kita takut dengan badut. kalau nampak badut je cepat-cepat lari sembunyi belakang emak :)

ini blog ayin! said...

huhu..sya takut kene enjection la...wooo

Hijabi Pearl said...

Hye pretty!:D

we really like ur blog and been reading it since forever. since time korang buat video tepi pool tu kot. hehe cute sangat.

now we're opening this blogshop and hoping for u to drop bye real soon :)

xoxo!

Macham Iz Punye said...

will be!

epulafea said...

takut terkentut depan cikgu.

bongok tau. T_T

FATIN AMIRAH ZAABAR said...

takut tengok cite baba nyonya kat tv1 dulu.huaaaaa.dgr lagu drama tu pun dh ngeri.xtahu kenapa.haha.lg takut tenung cermin lama2 sbb nnt muka kita akn kd menakutkan.and ths is so true.dah banyak kali kena. T-T

lastly,takut terkentut time gelak.haha siriyes ini ketakutan terbesar kot

Wawan3y. said...

haha takut semua jugak except badut tuh,! cek gigi paling xsuka, yg mesin2 gigi tuh bunyi dia soo scary!

SaiyidahAisyah said...

dari kecik sampai sekarang aku takut patung puppet yang muke psycho yang boleh bercakap menggunakan nafas orang arghh! kenapa lah orang putih cipta patung tu. bikin nightmare saja