January 28, 2010

Takde idea maka bye.

Macam ni setiap bulan pun hanya ada 3 hingga 4 entry je dekat blog. Busuk, busuk. Busuk macam muka I bila pakai eyeliner dekat bahagian bawah mata. Tadi first time pakai eyeliner dekat bahagian bawah mata fuyoo. Pastu Ama kata fuyoo macam black metal. Sehinggakan jikalau I tepuk bahu orang, boleh santau orang tu terus. Ama macam celaka, bila I pakai eyeliner bawah mata dia kata I macam orang alim yang miang. Bye Ama, aku nak tepuk bahu lelaki-lelaki kacak.

Huish takott takott takott

Ha kan muka miang tu.

Okay cukop. Geli geli.

Sekarang dekat kampus banyak sangat orang nak denggi. Macam it's the in-thang. Macam kalau nak cool, mesti kena denggi. Ada denggi baru semua orang nak vote kau untuk MPP. Ok tak tak. Setiap hari I dengar kawan-kawan I berleteaq pasal calon-calon MPP kempen manifesto mereka pakai bergalon-galon kertas.

Lepastu dah ah sumpah banyak nyamuk gila seh bila malam-malam tak tutup tingkap. Dahlah aku penakut, tandas jauh. Pundi kencing dah lah pandai buli tuan dia. Tepat pukul 4 pagi mesti nak kencing. Padahal sebelum tidur dah make sure pundi kosong sekosong-kosongnya. Takkan nak kena pakai lampin dewasa brand Tena tu kot. Pundi kencing ni biasa dia.

Banyak benda I tak puas hati ni. Setiap kali tak puas hati mesti teringat nak post kat blog tapi selalu lupa sebab selalu buka blog sekali seminggu atau sekali dua minggu. Banyak sangat tak puas hati. Macam I tak puas hati kat straw Milo yang baru tuh. Alah yang kat kotak Milo, dia tulis, "Baru, kini dengan straw yang mendebarkan" tuh. Nak cari gaduh siot Milo sekarang. Tiba tiba buat straw ada lubang kat hujung. Dahlah I dengan Ama ni baby, eh ok ah taknak cakap baby sebab kena humble yang kitorang comel sangat sebenarnya =B Kena cakap I dengan Ama bodoh. Tiap kali minum Milo dengan straw yang mendebarkan, mesti tumpah-tumpah dekat baju kurung. Memang mendebarkan siot.

Ok ah, kesihatan I kat sini serius menjunam. Hingus banyak gila dalam hidung. Pastu demam selalu tak surut. Bila nak pergi, dia datang balik. Pastu bontot macam tak kempis je walaupun setiap hari jalan berpuluh batu. Pastu dah ah bajet bila jalan jauh, badan sihat. Sekali bila Rapid KL stop depan mata je, hambek kau asapp dia. Sumpah bahagia gila kalau bas Rapid tengah duduk depan kau, pastu kau hirup ekzos dia. Memang sihat ah badan I kan.

Hai purdah, selamatkan aku.

January 16, 2010

Mingbai ma?

Cewah, sebab third language ambil Mandarin, nak batak sikit ah dengan mengtitlekan entry dengan bahasa cina =B

I dah kurus sekarang sebab setiap hari pun racing pergi kelas. Racing dengan students yang naik bas slash naik kereta. Peha pun rasa macam dah kecil ah diameter. Memang tak ah weh. Biar ah aku nak perasan dah kecil kau diam sekarang.

Lepastu lengan pun dah macam buff ah sekarang sebab nak gusti orang bila naik bas. Sumpah wrestling siot bila beratur naik bas. Ok ah tak beratur pun.

Kan dah kata, tak beratur pun. Semua mesti berhempas pulas nak masuk.
Semangat ini yang kita mahu kan.


Lepastu orang gemuk macam aku dan kawan-kawan yang pemalas nak gusti dengan orang lain untuk naik bas, tunggu sampai semua orang tak gusti dengan ambil-ambil gambar ke hape. Pastu kan Emellia annoying. Bila orang camwhore kan mesti pemalu, jadi mestilah kami camwhore diam-diam. Pastu dia jerit, "EH EH APA NI AMBIL GAMBAR KE?" Pastu sume pusing belakang, mati kau Emi. Dah ah semalam birthday dia, pastu an bila aku nak sapu minyak kat muka dia, dia buang kahak kat katil dengan rambut I siot. Tapi tak sempat buang ah. Kalau sempat buang, terus tukar room mate.

Tengok idea I tulis macam ni atas kek dia.
Mei mei, ne jing er shi sui, xian zai ke yi he amru jie hun liao.


Everything is getting better here, bilik semakin sepah. Tapi meja I paling kemas. Tak malu kan isytihar kan meja sendiri yang terpaling kemas dalam bilik.

Nampak sangat tak get over asasi, sebab penuh gambar kelas asasi kat dinding.


More Kesatria of course.


...pastu mesti wandering around bangunan apa aku taktau nama, tapi main wander je lah. Sampai jumpa galeri seni pastu jakun gila muka.

OMG CHESS SET SO HUMONGOUS!


AKHIRNYA NAFSU NAK PERGI TASIK WET WORLD TERCAPAI JUGA.


Yang paling geli mesti letak last sekali.

OKAY BYE NAK PERGI KELAS MUKA SAKIT BEGINI. Sumpah doh benci muka pucat sakit begini. Kalau tak pakai eyeliner, sampai lecturer pun tanya, are-you-sick-kah? Tsks.



Okay ah jadi sebab bila tak pakai eyeliner muka sakit, dan bila nak keluar uitm mesti traffic jam 10 minit, video bodoh buat mulut ikan macam bawah ni pun boleh terhasil (00)

video


January 9, 2010

Pass pun seminggu.

Dahlah. Siapa yang dah baca status fb i, patut dah tau betapa rindunya orang kat UiTM Kedah. Pastu betapa kalau ada BLS Hons kat kedah, dah lama i beratur dari Singapore untuk daftar masuk. Okay asal Singapore sekarang.

Shah Alam. Kedah. Okay Kedah lah. Haha nak duduk belajar foundation sampai mati boleh tak? Sebab punya lah nak pergi balik Kedah. Lepastu lepak dengan crowd yang biasa I lepak. Rindu korang siot.

Dahlah sampai je shah alam terus dapat room mate orang sama. Memang dari sem satu pun muka ni lah. Memang bangun tidur buka mata, tutup mata tidur balik pun asyik tatap orang sama ah. Memang kalau tengah tidur, bila bangun, tengok-tengok apa ni ama di sebelah i di sebuah katil yang sama?! Memang dari sem satu macam ni lah. Memang takkan pisah bau bantal busuk masing-masing ah. Dahlah peraturan kolej kata tokleh tidur dengan jantina yang sama dengan keadaan yang mencurigakan. Okay jadi tidur dengan jantina berlainan takpe.

Okay Emi lambat register, jadi muka dia takde masa orang amek gambar.

Kerana Sarah / bestfriend / previous roommate telah berpindah ke Masscom, jadi kolej pun takdapat sama, dia pun terpaksa dapat bilik baru dengan roommate baru tapi sumpah perabot kau comel macam gampang semua warna putih HAPE NIH TAK ACI.

Eh eh ter-rasmikan cermin bilik Sarah pula.

Hello, I was your driver for that Monday. Drive sampai Sg wang, bangga siott.

Tapi mesti kena singgah Pakli dulu, orang kata port hot kat Shah Alam. Eh?

Hahaha Ily kesian.


Kan i kata drive sampai Sg wang, KLCC, Pavi, BB. Walaupun kena podah dengan seorang mat rempit perempuan ni. Sedih siot terus down bawak 20km/h


Baru pergi induction dah muka teruja macam ni.

Naik bus mesti dengan gay-gay di atas.

Muka naik bus mesti hidung kembang sebab teruja bayar rm 1 untuk tiket pastu nak kumpul resit sampai boleh balut hadiah untuk anniversary 1 tahun T_T

Buli yang comot banyak kutu muka kepam ni setiap hari. Bila orang dating dia mesti datang gesek-gesek ancmdvsdbsfnbsdfnn.

Birthday Bun, mesti dicelebrate. Sebab seumur hidup, dia tak pernah dihargai. Haha sial tak aku weh? Padahal aku beli kan topi partay untuk kau.

Pastu aku pun nak satu HEH.



Bun, we love you =))

MEET MY NEW MUKA-AKAN-KERAP-BERADA-DALAM-PHONE-SEBAB-AKAN-SELALU-CAMWHORE-BERSAMA. Norja, classmate I. Dahlah stok bilik dia depan bilik I jadi memang dah lah weh, suka nak kawan dengan orang yang dekat-dekat eh. Dasar pemalas nak beramah mesra dengan budak bilik jauh.

Lihat betapa terujanya muka sekor-sekor bila nampak lantai tulis kampus cawangan Kedah.
RINDU SIOOOOOOT :'(

Kau tengok sekarang muka pergi Kesatria muka bangun tidur mata sepet muka kusam.

Takut siot Kesat. Dahlah tadi first meeting.

Komander : Nama kau siapa?!

Saya : Iz, komander!

Komander : Iz binti apa?!

Saya : Haa?

Komander : Engkau Iz binti apa? Takkan Iz je?!

Saya : Iz..Iz..Izdiyani


Sorry Nabil. Aku tiada masa buat entry panjang untuk kau =(
Sebab kau faham kan kat sini aku takdapat wifi lepastu sekali buka blog Hanis dan Izzah,
cis, dah buat entry untuk kau. Okay loser lah aku kalau nak buat masa kau dah takde. Dah
ah semalam pergi rumah kau, terus online nak buat entry pasal kau depan kau sekali. Apa tu?!

Dah lah aida kau sekali setahun je jumpa ke apetah.

Khas untuk Hanis dan Izzah, bye korang takde dalam gambar buat aksi kaki senget. Geli, geli.






Okay Iz, ada seminggu lagi untuk kau hiatus balik dan pergi kelas jalan kaki 80 batu dari kolej *tarik nafas*