

Semua orang nak annoyed bila masuk profile fb i lepastu semua nak cakap woy-asal-banyak-sangat-posts-pasal-baby-adopter-nih. Semua orang tak suka baby i sebab tak putih. Semua orang nak cakap baby i buruk sebab ikut kulit i. Semua orang dengki sebab dia black beauty.
Sebab pet ville dan cafe world lembab lepastu kalau main pakai wireless uitm memang terbaik punya lembab, maka i terpaksa beralih cinta kepada baby adopter yang tak lembab dan bayi-bayi nya begitu pasif, tidak ada suara mahupun movement, hanya boleh cakap baa, lala, mommy, daddy dari umur dia 0 hari sehingga 200 hari pun memang cakap tu je lah. TAPI BILA DAH GENAP 150 HARI, TIBA TIBA ADA RAMBUT TUMBUH AWW OMEL AHH.


Jadi sebab i teruja nak beli barang untuk bayi hitam yang pasif ini, untuk unlock semua pekakas-pekakas bilik mandi dan bilik tidur, unlock semua permainan dan vaccinations, semua orang kena sabar kalau annoyed dengan wall i yang takde komen korang sebab automatik turun ke bawah bila notification tentang i telah suap bayi hitam i yang pasif makan jeli epal is published.

Lepastu bila i dah terjiwang sedikit, lalu mesti mahu kelik pada, baby adopter ---> adopting together ---> invite kekasih ---> geli geli geli. Lepastu semua orang pun akan kutuk kekasih apabila kekasih terpaksa bermain sama. Kasihan kekasih.


Okay apa aku buat ni? Aku dah lah ada 4 assignment dan 6 tests selepas cuti raya cina. Nak mampus ke tak start start lagi. Okay bye nak kena buat assignment constitutional law, legal system, tort law dan contract law dan hafal skrip mandarin dan hafal langkah-langkah kawad kesat. Haha hafal kesat. Omel ahh. Bye.
