May 31, 2010

Oh bibik.

Kepada Diary,

Hari ini gaduh dengan boyfriend lagi. Gaduh pasal bibik. Ya diary, alam percintaan memang bodoh. Sebab bila dah takde topik nak dibualkan, mesti bercakap tentang benda-benda random. Macam, eh nanti kahwin nanti i nak ada bibik. Diary takkan faham punya sebab diary adalah diary. Diary bukan nya Daighila ha takot takot takot. (Google kalau musykil)

Diary, saya taktahu lah kegunaan bibik ini apa. Tapi yang pasti bila besar kalau saya penat bekerja dan multitask sebagai housewife, mungkin saya akan ambil seorang bibik. Bukan dua orang. Sebab tak mampu diary. Tapi saya dan bibik memang tidak pernah get along dari kecil lagi. Masa saya seorang bayi yang comel dan ringan, saya ada bibik. Sebenarnya saya tak ingat saya ada bibik ke tidak masa bayi. Tapi masa saya 2 tahun saya memang ada bibik. Sebab mama busy jadi dia selalu bekerja. Bibik saya ini pemalas orangnya diary. Dia selalu bergayut. Bukan bergayut sambil memetik rambutan tetapi bergayut sambil iron baju. Gila ke apa tu diary. Melambung lah bil elektrik kan kan kan. Lepastu dia suka buat kerja rumah cincai boncai. Dalam sejam dah habis kemas dah. Padahal walaupun saya kecil, saya tahu dia buat sambil lewa. Bukan sambil lawa. Kalau dia lawa takpe, ini... Ish tak sampai hati lah nak cakap.

Kadang-kadang dia suka buat-buat lepak kat luar rumah sebab dia ada boyfriend. Boyfriend dia yang pemotong rumput naik basikal yang akan ketuk-ketuk mangga gate rumah dan cakap, potong? Jadi tidak tahulah sudah potong ke belum, dia menjadi pencinta bibik saya, diary. Diorang memang selalu berbual sehingga berjam-jam lamanya. Saya musykil. Saya ini bayi kan, mengapa tidak jaga dengan baiknya? Bila saya pandai bercakap sedikit, walaupun pelat, mulut saya menjadi laser. Semuanya sebab saya belajar dari bibik dan kadang-kadang ter-tengok movie 18SG. Maka, jikalau bibik hanya terjelopok di atas sofa dan bergayut di telefon, saya akan bercekak pinggang dan cakap, Eh bibik dahlah gemuk pemalas. Bibik pun rasa saya kurang ajar dan ingin basuh mulut saya dengan sabun Axion dekat sinki. Sambil menjerit-jerit bodoh bodoh bodoh.

Tepat pukul 7 malam, saya pun duduk di atas baby walker dan sambil bermain dengan goggles. Mama pun balik dan saya cepat-cepat pergi pada mama. Bibik pun datang sambil mengampu mama saya dan mengangkat semua barang dari kereta. Saya pun menjerit sehingga jiran-jiran pun terdengar sekali, "Mama, tadi bik cakap Koni bodohhhh (panjang 2 harak" Berani bibik cakap kat mama, saya tipu dan saya belajar perkataan itu dari tv. Hey, budak 2 tahun bukan nak tengok drama melayu lama-lama. Tak mampu, sebab bosan. Kecuali Cili Padi.

Mulai dari hari itu, tiada bibik lagi diambil bekerja. Kan dah kata saya dan bibik tak boleh get along.

May 26, 2010

To exchange link or not to,

I perasan I letak list BFFs je sebelum ini di sebelah ----> Lepastu sekarang nak letak balik link kawan-kawan I yang pernah I letak dulu. Agak macam saljkavklsdbs lah kan sebab ada sesetengah telah buang link I, ok tu takpe. Tapi ada yang dah block. Macam mana aku nak baca blog kau gila.. Okay ah jadi kalau one of you guys accidentally read this, lemme know kalau kalau aku terlupa letak link korang. Thankss!

P/S : Yang pembaca lain kalau nak exchange pun silakan. TAPI BAYAR LIMA HENGGET. Ok tak.

May 22, 2010

Jangan judge orang dari suara.

Silap besar. Sebab kawan aku terjatuh cinta dengan orang yang tak pernah dia kenali. Dia layan je kerana dia sangapkan kasih seorang balak. Aku kata, kau nak kisah apa, balak kan banyak dekat hutan. Aku tahu. Tak lawak langsung. Aku nak cheer up kan dia je, bukannya nak berlawak.

Kawan aku pun melayan lah lelaki ini, kata lelaki ini, mereka sama kolej. Jadi hey why not? Sebelum jumpa, memang rancak bergurau-senda. Bermanja-manja. Bersuper savers 5 jam. Tapi hanya sekadar di talian. Raut wajah, sosok tubuh, semua tidak pernah dilihat dengan mata kasar. Itu pun dia dah claim, cinta. Sebab katanya, "suara dia membuatkan getaran rasa di jiwa". Aku tak percaya. Sebab dia bukan jiwang. Kalau google 'suara dia membuatkan getaran rasa di jiwa' tu bukan lirik lagu. Sahlah kan dia jatuh cinta.

Takpelah. Aku gembira untuk dia jikalau itu yang dia rasa. Tapi aku juga nasihatkan supaya kau berhati-hati. Jangan seperti buaya yang ingin memakan si kancil, tetapi tertipu kerana rupa-rupanya, buaya digunakan untuk membantu si kancil menyeberangi sungai.

Aku cuba memahami kuasa suara. Suara yang menggiurkan boleh membuat seseorang nampak seperti hot gila. Kalau tutup mata, kita boleh terbayang muka orang itu hensem atau tidak. Macam tu lah kot apa yang kawan aku rasa.

Aku pernah alami peristiwa ini dulu. Bila nak download lagu Katy Perry-Thinking of you. Tapi bila dah download..ish jinjangnya.

May 20, 2010

Sejarah mungkin berulang.

Kepada Diary,

Tadi diorang semua ejek saya sebab diorang cakap saya rempit masa sekolah. Masa sekolah rendah memang saya pakai kain senteng untuk elakkan dari terkena lopak air. Kalau pakai tudung, brooch mesti dekat pipi, bukan bawah dagu. Serkop mesti terkeluar. Tapi saya cannot help it lah sebab saya memang comot dulu. Rupanya mereka kata, ah blah. Kau rempit masa sekolah menengah. Betul diary. Masa saya sekolah tingkatan 1, saya ada dua orang rakan baik sahaja. Aida dan Afifah. Kitorang selalu hafal skrip Harry Potter and The Sorcerer's Stone dan berlakon seolah-olah kitorang Harry, Ron dan Hermione. Seolah-olah sekolah Seafield adalah Hogwarts dan waktu PJK adalah sesi latihan quidditch. Tapi diary, saya tak pernah rasa benda itu lame. Saya rasa cool je. Sehingga setiap hari tak sabar hendak ke sekolah. Sebab nak lawan siapa yang terer Harry Potter, siapa yang hafal skrip dia lagi banyak, dia memang terer. Lepastu bila balik rumah, saya akan online dan buat kuiz Which Harry Potter character are you? Dan buat sehingga semua kuiz yang pernah ada dekat dunia internet ini telah saya khatamkan. Kira semua kuiz dari berlainan website memang saya dan Aida akan berlumba-lumba untuk buat.

Kemudian saya baru dapat tahu yang bukan saya sahaja yang culture shock. Ily pun sama. Masa sekolah dulu, dia geng budak scoot ya diary. Bukan itu sahaja tetapi geng budak scoot ini memang ada kelab atau persatuan scoot taiping dan seperti ada kad keahlian. Pergi sekolah ramai-ramai naik scoot. Lepastu geng pun dengan budak-budak yang ada scoot je. Semua scooter tapi warna je lain. Sumpah saya gelak besar bahan-bahan Ily.

Tak macam Sarah. Dulu dia emo gothic. Suka buat gambar horror horror ada darah meleleh-leleh. Rambut dia pun macam pengkid tapi ada fringe panjang di depan untuk tutup sebelah mata. Warna hitam dan merah adalah warna kegemaran dia. Lagi-lagi pakai stokin belang-belang hitam merah dan My Chemical Romance adalah idola. Sekarang ni taknak mengaku bila kena bahan macamtu.

Tapi walaupun Emi asyik kene bahan sebab sukew typew beginiew ahakszw lolxw ~~~~~~~ cacingcacingwakenabebkedahmaju2010tomokforlifenikejustdoit, dia sentiasa cool sahaja sebab dia rasa eMe~~LL~1@ tu tak culture shock pun. Dan bila kitorang semua kena bahan, mesti Ama paling teruja sebab kononnya dia tak pernah masuk apa-apa phase semasa sekolah menengah. Tak pernah jadi minah scoot, atau emogothic atau cacingw cacingw sebab dia kata dia ada dunia sendiri. Padahal diary, dulu hobi dia melukis. Kalau dia lukis orang, sumpah jadi manga. Kepala hotak dia kan diary. Itu pun phase jugak. Sebab dia budak anime. Kawaii gurl betul lah Ama ni.

Saya paling suka kalau kitorang berbual pasal phase sekolah menengah. Tetapi sebenarnya diary, saya yang kena paling teruk. Sebab diorang kata saya rempit. Mana ada rempit doh diary. Sebab masa saya Tingkatan 2, nama Myspace saya nEneK~bRuTaLzZ. Tapi sumpah masa tu saya rasa cool gila letak nama macam tu. Tak salah kan seorang budak kecil ingin mengaku jadi cool. Letak gambar seorang nenek bersama nama nEneK~bRuTaLzZ. Lepastu add budak hensem tapi tak pernah di approve. Dulu diary, saya ada jumpa satu account budak lelaki hensem ni. Nama dia saya lupa tapi gambarnya cerah sangat sebab lighting di edit kan tapi sebab saya buta adobe, jadi saya ingat dia memang cerah macam matahari. Putih je muka, hanya nampak lubang hidung dan mata. Saya add dia sebab saya suka dia. Tapi dia tak approve. Lalu saya bertindak bodoh dan mesej, "Hye wanna be your fwen," Tapi dia tak reply. Setiap hari saya buka friend request tapi asyik pending je. Tapi last login dia setiap hari pun dia login, nampak sangat tak approve saya, diary. Saya message lagi, cakap "Sombong nya, kenapa tak approve?"

Saya hairan kenapa dia tak rasa nak kawan dengan saya? Saya tak cool ke? Jadi jikalau bersembang tentang Tingkatan 1, saya rasa saya paling hina. Lagipun, masa Tingkatan 2, saya obses Adam AF. Mesti nak pakai bandangan bila pergi sekolah. Tapi saya tak pernah bagitau Ama, diary. Sebab dia pernah cakap, ada seorang budak sekolah dia dulu pakai bandangan macam orang bodoh.

Tapi saya tak malu pun dengan sejarah saya. Dia pun tak malu jugak.

May 15, 2010

Cure of the day.

Hectic. I went for an interview with Izzah this morning and unfortunately the journey was very adventurous that we spent Rm10 just for the cab ride. Naik bas rapid KL pun tak reti, we kept switching buses and went for bumpy ride padahal nak pergi Taipan tapi asyik sampai Sunway lah Summit lah Mydin lah wth weh =_=

Gladly today I'll be attending Johnson's Body Care fashion show at KLCC this evening. Wohoooo. Some more got express manicure over there and get to see many celebs and designers. Harus ambil gambar dengan all the leng chais and leng luis. So longggg yu allz, see u thereee. I'll update later. Sekarang harus tidur sebab inteview yang ya allah tak nak cerita. Dah bye.

May 11, 2010

Bahasa kiasan.

Kepada diary,

Dulu saya ada suka seorang pengawas masa sekolah menengah dulu. Tidak, bukan seorang, tapi tiga orang. Okay lah seorang itu yang ketua geng. Yang muka paling molek belaka. Semasa itu adalah Tingkatan 2. Dia selalu jaga tangga dekat depan kelas saya. Masa rehat, tiada siapa boleh naik tanga =_= jadi kene letak pengawas kat situ untuk tahan pelajar dari naik tangga =_="

Saya sedar diri wahai diary bahawasanya saya tidak semolek dia bahkan comot dan busuk sebagai seorang pelajar Tingkatan 2. Dia juga hanya melepak-lepak dengan budak-budak perempuan yang cantik. Masa Tingkatan 2 siapa yang rambut panjang ada fringe, pakai beg roxy, pinafore pendek, stokin bawah buku lali, dah kira bidadari dari kayangan. Jadi sebab saya bukan seperti di atas langsung. Kena pasang angan-angan untuk berkawan dengan budak lelaki comel ini ya diary.

Kemudian dia pergi mana entah, lepastu buka-buka mata tengok tengok dah 20 tahun. Saya dah besar dah rupanya. Bukan Tingkatan 2 lagi. Tahun depan dah boleh mengundi. Suatu hari , apak pun suruh saya hantar adik bongsu ke sekolah menengah. Saya pun pergi hantar lah. Lepastu sampai depan sekolah. Adik bongsu pun turun dan blah. Saya pun duduk situ lagi sebab tengah banyak kereta dan saya memang penakut untuk mencelah-celah sebab seperti biasa ye kepada diary, saya pemandu yang teruk.

Tiba-tiba saya nampak dia. Bukan tiga orang pengawas tetapi mawas ok ok tak tak. Ketua geng yang pengawas yang hensem yang selalu jaga tangga depan kelas masa rehat tu lah. Dia pun nampak saya dan berlari ke arah saya dan suruh saya buka tingkap dan cakap hai iz sebenarnya aku suka kau dulu pastu aku nak cerita pasal kau dalam blog aku sekarang. Ok, diary kena tipu. Sebenarnya dia tak buat macamtu tapi dia hanya jalan-jalan sahaja.

Tapi diary.. Dia macam tak hensem je sekarang. Dia macam dah lain je. Macam tak hensem je. Macam..KENAPA KAU DAH MACAM NI?! KENAPA KAU DAH TAK HENSEM?! Dulu kan kau hensem gila lepastu kau kawan dengan orang-orang cantik je. Lepastu kau kan suka ejek-ejek orang buruk/gemuk/hitam/pendek/bodoh..

Baiklah Diary! Saya dah paham sekarang. Rupa-rupanya keindahan itu tidak akan kekal lama. Macam iklan baju-yang-kotor-boleh-dicuci-hati-yang-bersih-sukar-dicari. Nampaknya, kita semua kena bawa anak kucing kotor balik rumah untuk mendapat hati yang suci. Kalau dia dulu makhluk tuhan paling sexayy dalam sekolah, sekarang dah tidak lagi.

Nampak tak diary? Nampak tak. Lepas ini saya pula boleh jadi cantik sebab dulu sangat buruk. Yes.