4.6.10

Anda membesar bersama Johnsons?

Dari kecil kulit I memang lembut dan terjaga, sekian terima kasih kepada produk Johnson&Johnson yang I pakai dari baby sampai besar godang sekarang. Sehingga hari ini berangan untuk mempunyai kulit yang indah dan lembut macam baby dulu. NASIB BAIK SEKARANG DAH ADA PENYELESAIAN TERBAIK WOHOO. Johnson’s Body Care kesayangan u allz dan I telah pun mengeluarkan produk terbaru.

Dicipta khas untuk wanita-wanita di luar sana yang sayangkan kulit seperti sayang duit. Dengan produk terbaru ini, dah tak payah risau kulit kering kena air-cond atau pun kulit berbau busuk lepas siang ikan kerana losyen Johnson’s Body Care yang mampu melembapkan kulit selama 24 jam! Huyoo dahlah melembapkan lepastu wangi gila bau macam baby. Dah tua bangka tetapi berbau seperti bayi apa tu weh. Bayi pun jealous.


Jadi jikalau u allz berumur 18-30 tahun, sama ada berstatus bujang atau pun telah pun berkahwin, suka bergaul dengan rakan-rakan, mengambil berat tentang orang lain seperti mengambil berat tentang diri sendiri, gemar berfesyen, ingin sentiasa kelihatan cantik, menawan dan segar, losyen Johnson’s Body Care mempunyai kuasa untuk melembapkan kulit dan membekalkan kebaikan kepada kulit. Dahlah dijamin halal, Muslim macam I pun boleh pakai hihi, cehh padahal dah lama tahu memang halal. Apa I membebel ni? Semua orang dah lama tahu kebaikan losyen Johnson’s Body Care, sebab best sangat jadi I sure semua tak sabar nak pergi semua major outlets Guardian beli losyen ini sekarang. Lepastu bila berada di Guardian rambang mata tak tahu hendak pilih botol yang mana. So biar I busybody nak kenalkan heh, ada tiga type. Let’s letssss..

To prevent 3 signs of dryness, like skin tightness, flakiness and dull skin tone, Johnson’s Body Care 24-hour lasting moisture is purrrfect for you, because it’s enriched with shea butter, Vitamin E, and Jojoba Oil. Tell me weh! Tell me! Who doesn’t love Vitamin E, Jojoba oil and shea butter blend altogether in one bottle of body lotion. Dahlah bau seperti baby pula. Sayaaaannngg..
Specially created to help melt away daily tension, plus, to promote better rest at night, this purple Aromasoothe Daily Calming Lotion will melt your stress away, imagine this one block of stress being melt down by the sunlight, okay like that. Best kan best kann. Lepasni kasi boss korang losyen ini untuk dia tidak emo lagi bila datang pejabat.

And this is my favourite. Lama gila okay nak cari body lotion yang dipercayai dan mempunyai perlindungan matahari. Ini khas untuk wanita-wanita yang semulajadi memang cerah dari lahir, lepastu risau kulit dah gelap sebab degil tak apply sunblock masa keluar, Naturally White Daily UV Lotion ada SPF 8 membantu melindungi kulit cerah anda. Yeay dah takpayah seret payung dalam handbag. Dah boleh lawan matahari sekarang.

Sempena memperkenalkan produk terbaru, majlis perasmian diadakan di Centre Court Suria KLCC, dengan tema “A fashion tribute to softness” untuk meraikan fesyen bagi kulit yang lembut. Macam kalau kulit lembut cantik wangi lepastu pakai gown/dress yang melayang-layang wahh cantiknya. Macam bidadari. Dua pereka fesyen hebat telah bergabung tenaga untuk menghasilkan 32 koleksi gown flowy flowyy, iaitu PU3 and Carven Ong. Dahlah gown lawa lepastu suruh 16 perempuan cantik peragakan. APA BIDADARI RAMAI RAMAI DEKAT KLCC NI?!

Sebelum mula, baik bazirkan masa dekat express nail spa yang free.

Muka tak sabar sampai tangan vibrate.

Banyaknya cutex. Taktauu nak pilih yang mana. Tapi pasrah tak boleh
colour kerana tidak period, hokeh fine, fineee.

Tak colour pun dah excited =_="

Okay majlis sudah bermula! Tengok ballerina-ballerina comel di atas pentas. Menari-nari sambil bagi losen percuma pada manusia-manusia yang tawaf sekeliling pentas.


Designs by PU3 ;


Scha Al-yahya, nah girlfriend pujaan korang.

Okay ni takleh, ni Nabil punya.

Cendana? Apa kau buat di sini?

Sasha Bashir punya ropol-ropol seh.

Eh eh kakak Tjit Jian, my senior.

I likeeee macam boleh pakai pergi office, psstt melecur.

DEBORAH HENRY YOU'RE SO PRETTTYY


Now now, let's move on to Carven Ong's designs ;

Macam sexy night gown. Pakai ni kene pose macam ni.

Eh Cendana? Ok dah tak lawak nak buat second time.

I taktau lah tapi bila pandang teringat warna kek kahwin.

Jay Menon yang sangat comel dan kelakar.

Macam China Doll. Saya nak menang dia, bukan dress boleh?

Kegemaran aiii.

There you have it all 32 dresses from great designers. Unfortunately, I was only using my camera phone. So all the photos taken were damn shaky and ugly and I was standing at the right side of the stage. MAKA FAHAM-FAHAM LAH SEMUA. Gambar bergegar bila kepala orang terlanggar tangan I. THANK GOD THERE’S ASHMAN MAHFUDZ AS MY SAVIOUR. He was the one who captured all these amazing photos. Hehe.

16 perempuan cantik termasuk Serena C beratur sambil memakai ciptaan terindah. Kan dah cakap dari angle tepi. Dah tak nampak muka mereka.


Maka untuk tidak berperasaan dengki melihat koleksi di atas, u allz boleh melayari SINI untuk memenangi salah satu dari 32 koleksi yang ada. Pertandingan berlangsung dari bulan May sehingga July.