August 31, 2010

Whomever,




We don't notice any time pass,
We don't notice anything.

August 22, 2010

Ingin jadi muda lagi.


Hari itu ada orang link i dekat Facebook video ini.




Terus teringat zaman muda dulu saya ada koleksi semua siri Jangan Ketawa. Orang-orang lama je yang tahu Jangan Ketawa. Cewah cakap macam dia pun orang lama jugak. Malulah nak mengaku. Masa muda, siap hafal skrip dan setiap hari replay video tape Jangan Ketawa sambil hisap botol susu. Adorable rupanya dcvsmvksdvksfdbnfdn. Masa kecil, ini adalah salah satu cerita kegemaran. Sebab semua yang berlakon semua kelakar, lepastu muhibbah lepastu bukan sekadar lawak tiada idea, tapi banyak parody, macam perli orang Malaysia lah. Kot. Tapi kebanyakan pelakon dia dah meninggal, wuuu kan dah kata orang lama je yang tahu sebab semua pelakon-pelakon muda gila dulu. Harith Iskandar muda kurus comel macam mat saleh.





Ini pun lagi satu kartun kegemaran masa kecil. Masa 5 tahun pergi mengaji dengan Nenek Hawa yang duduk sebelah rumah tersangguk-sangguk tunggu giliran mengaji sebab ada ramai orang mengaji sekali. Lepastu rumah saya yang dekat sebelah pun tiba-tiba keluar lagu Tomatoman starting dia, sengaja kakak pasang kuat-kuat. Buruk perangai, buat-buat sakit perut nak balik rumah, terus tak tersangguk-sangguk mengantuk, keluar lari tengok Tomatoman. Kalau tak dapat balik , mesti mintak Nenek Hawa bagi rehat 10 minit lepastu buat rumah dia macam rumah sendiri tengok Tomatoman dengan cucu dia. Aaahh tomatoman. Aku ingat orang jahat yang terer potong kertas tu je. Yang kalau dia potong kertas, terus jadi 7 perempuan cantik ke apetah. Amazed. Suatu hari bila besar pernah bertekad nak belajar seni gunting kertas.



Ini kalau mana-mana kanak-kanak perempuan cakap tak pernah tengok mesti tipu gila. Dahlah setiap hari Sabtu taknak pergi koku sebab nak tengok cerita ini. Siap beli VCD movie dia lepastu tengok sampai menangis bila dia nak mati, Shaoran tak sempat cakap dia suka Sakura. Shaoran tu hensem oh. Macam kalau betul-betul wujud mesti dah jatuh cinta. Abang Sakura apa entah nama dia dah lupa dah, pun hensem jugak. Lepastu lepastu! Kawan Abang Sakura yang pakai spek rambut kelabu macam kaler uban tapi bukan uban pun hensem jugak. Haishhh..Boleh ke ada crush dekat cartoon. Kelakar gila.

Okay, ni last. Ni last. Ni last.


Journey to the West, heh heh heh. Alasan tengok cerita ni sebab mula-mula rasa sangat pelik. Macam cerita jenis apa ni. Lepastu tengok setiap hari, rasa Wukong hensem heh heh heh, lepastu rupa-rupanya Aida pun tengok Journey to the West sekali. Tiap kali datang sekolah, mesti kata, hei kau tengok tak semalam yang wukong suka perempuan labah-labah tu sedih blablabla sambil sapu sampah sebab tengah laksanakan duty roster. Omel ah masa budak-budak. Conversation pun pasal Wukong, pasal kartun Slam Dunk, pasal Tamiya. Budak-budak sekarang lain. Ada Facebook sendiri Iphone sendiri PSP sendiri Skype sendiri bilik air sendiri. Dulu, tak tahu pun tajuk cerita ialah Journey to the West. Ingatkan tajuk dia Wukong. Lepastu bila kelas Muzik, ada belajar main theme song dia guna rekorder. Dengan bangganya lawan dengan Aida siapa yang paling cepat belajar lagu Wukong lepastu main tanpa tengok buku not. Hehe. Bila Wukong dah habis, pelakon Wukong tu berlakon cerita Fong Sai Yuk pulak. Puuuuuunnnnn asyik sembang dengan Aida tiap kali datang kelas, i sapu sampah, dia buat-buat susun meja, sebenarnya nama Aida letak dekat tugas lap tingkap. Tapi, huh. Duty Roster yang ada tugas lap tingkap tu tipu woh sebenarnya. Mana ada lap tingkap setiap hari. Kalau ada pun, pakai kertas pastu buat-buat lap depan cikgu. Tak aci tak aci.

Okay, bye. Selamat berpuasa lagi.

August 8, 2010

Ucapan dalam radio



*ini sahaja gambar yang pegang perut yang saya ada.


Hai semua, saya Izdiyani ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan, bulan yang mulia, bersama sama lah kita menghargainya dan banyakkan beribadah.

Kepada keluarga dan sanak saudara, marilah bersama-sama bersahur dan berbuka dan banyakkan berdamai.

Kepada teman-teman dan sahabat handai dan pandai, marilah ke bazar ramadhan slurp slurp piap piap nyum nyum.

Kepada pensyarah-pensyarah, marilah saling sayang-menyayangi dan tidak memberikan sebarang assignment ya, saya ulang, sebarang assignment ketika di bulan ramadhan dan syawal haha over.

Dan kepada para pembaca, harap maaf jika pernah tersinggung atau terkilan atau ter apa apa yang telah ter-ter, jikalau sepanjang membaca blog saya, anda rasa saya ni annoying sangat ke buat iklan munchy's suara sumbang ke, jahat ke, tak baik ke, sila lah maafkan.

Okay, happy fasting you all, nanti masa raya nak minta maaf lagi hikhik. Asyik minta maaf je, next year nak minta duit. Okay lah, minta Ipad. Bye.


August 1, 2010

You blocked me.

If you needed love,
well, then ask for love.
Could have given love,
now I'm taking love.