
Ingat tak video Munchy's yang geli makanlah Munchy's Music Cube, makanlah, isnin selasa rabu khamis jumaat itu? Alah yang geli suara buruk muka berminyak cermin basah tudung kelepet itu. Tee hee saya menang, TAPI TAK MENANG IPAD LAH KAN, menang hamper Munchy's RM 150 yang dapat sekali tiga beg besar biskut Munchy's lepastu dermakan kepada rakan-rakan. Maaf geng, hanya ini saja yang aku mampu.
Cuti-cuti Malaysia untuk pelajar yang tak berduit macam aku ni takde maknanya. Kau bagilah cuti sampai 2 bulan pun aku memang tak penuhkan schedule harini nak pergi mana, besok nak jelajah mana, lusa nak daki gunung apa, tulat nak berenang sampai mana. Hmm. Tapi itu tidak bermakna aku pemalas ye. (Takut takde siapa nak masuk meminang pulak kang)
Instead of kerja part time dekat mana-mana fast food restaurant/butik mewah, aku lebih cenderung ke arah bekerja sebagai zoo volunteer, event promoter, receptionist sementara, typist atau pun apa-apa yang macam best lah, bukan buat kerja yang sama sepanjang bulan sampai masuk gaji. Alamak macam mana nak kerja tetap nanti doh sebab perangai dah cintai kerja bermacam jenis pekerjaan dalam satu masa. Sambil menjadi pencuci sangkar zoo negara, menjadi penjaga bayi di nurseri kawasan kejiranan dan pada waktu yang sama menjadi typist aunty ataupun menjaga booth Majalah TV3 untuk SureHeboh. Ok, mesti korang cakap eee hinanya pekerjaan kau. Tapi pekerjaan macamni tempoh dia sekejap je, macam seminggu dua, tapi lepas seminggu tu memang terus demam panas lah sebab body lembik tiba-tiba dipaksa menjadi buruh kerja mati-matian stok pukul 6 pagi sampai 12 malam, jadi memang pinar-pinar kepala abang.
Jadi untuk cuti sem ini, memandangkan masa berlalu begitu pantas, aku hanya bekerja sebagai tukang taip tidak rasmi aunty aku di mana segala borang-borang lawyer aku type, best, sebab sambil type sambil main dengan kucing. Bukan type pakai komputer, ini pakai typewriter. Siap ada bunyi cing! bila dah habis satu perenggan so macam STYLE GILA WEH. Dalam pada masa itu, sambil aku bekerja, aku telah menghabiskan masa dengan benda-benda addictive ini ;


Selama ni tak pernah nak main game dekat Fb sebab rasa macam loading lambat, sekali ha hambek terus culture shock (kejutan kultur) main setiap hari dah addicted. Millionaire city, baking life, cupcake corner, IT girl, Fametown, Car town.
HARRY POTTER HARRY POTTER! Siapa dah tengok HP mesti rasa macam tak puas sebab tiba-tiba ada Part 2, memang kopak duit aku.

Terasa macam orang besar sikit sebab haritu daftar Bonuslink untuk bil Digi, jadi macam oh well, bila cashier tanya, ada bonuslink ke tak, boleh berlagak *ekhem*

Tengok, siap ada flash. Tapi langsung tak pernah pakai pun bonuslink ni.


Kumpul kupon Guardian untuk tebus plush toy. Tengok, banyak kan kupon saya (00)

OK MELAMPAU LAH NAK KUMPUL SAMPAI 60 KEPING HWSXHKSHSNYPLX
Patutnya semalam dah start kerja sebagai pembantu spa. Bajetkan dapatlah buat facial free atau pun belajar buat facial dengan betul sambil mendapat training mengurut percuma. Akan tetapi hari tu pergi interview =_=" 85% customer adalah lelaki jadi penganggur lah jawabnya kitew.







.jpg)