February 26, 2011

Tahap hidup yang seperti sadis.

Ok ok ok ok saya nak cakap satu benda je, terima kasih kepada semua yang undi Farid Zuhri dan yang berkempen untuk Farid Zuhri sebab lepas habis pilihanraya MPP, keputusan undian adalah, Farid Zuhri dapat undian paling banyak sekali, sebanyak 1297 undian hihihihi. Lepastu baru kelmarin kitorang (jentera Farid sendiri) baruu tahu yang out of all 44 MPPs dari semua fakulti, Farid diangkat jadi YDP MPP, OK BUKAN YDPA SELAKU YANG DI PERTUAN AGONG YE KAU JANGAN JADI MACAM INA YANG CAKAP HEY HEY FARID JADI YDPA SAMBIL MUKA YANG YAKIN NAUZUBILLAH. YDP MPP tau, head of all MPPs, wahh teruja uolls, macam aku pulak yang bertanding perasaan terujanya diibaratkan.

Taktau kenapa right after kempen dah habis, life semua orang busy gila. Busy as a bee. Comelnya perasan diri sendiri adalah bee. Lepastu setiap hari eh setiap hari jadual saya adalah bangun pagi pukul 6.00, nak redah jam punya pasal yang akan 30minit lamanya depan Summit tuh, so keluar rumah pukul 7.00, lepastu nanti kelas pukul 8.30 sampai 10.30, sambung 10.30 sampai 12.30, SAMBUNG 12.30 SAMPAI 2.00 (sebab setiap hari nak ada kelas ganti sebab lecturer kitorang sangat rajin dan kitorang pula amat sesuai didefinisikan sebagai "rajin" dalam kamus dewan bahasa dan pustaka). Pukul 2.00 sampai 4.00 sambung kelas, dan diikuti pukul 4.00 sampai 6.00, pastu next week nanti ada kelas ganti-ganti sebab syllabus overload, so nak buat 2-3 lectures per week, end up kelas ganti akan pukul 6 pm -8 pm. Paham tak? Nak saya lukiskan jadual waktu kelas saya ke?

Biasanya kalau kelas pukul 6 habis memang buang tebiat kalau aku nak balik sebab memang aku akan cakap sorang sorang dalam kereta. Jadi akan bazirkan masa sampai pukul 8 so akan lepak di bilik Norja, atau pergi makan dekat mana-mana mamak, so maghrib dekat surau atau masjid. So nanti bila dah balik nanti takyah nak stop jalan stop jalan di mana akan menyebabkan minyak lebih banyak berkurang, minyak Ron 97 dah mahal sekarang. Padahal macam lah aku pakai Ron 97 kan. Bila dah balik rumah dalam pukul 8.30 macam tu terus kelihatan katil seperti wajibulghunnah. Terus seperti badak ingin mengawan, terus kroh kroh kroh atas katil sampai pukul 12 malam masih memakai baju pergi kelas sepanjang hari tadi. Ya allah lembiknya Izdiyani, baru ku tahu, setiap minggu, tak sah kalau tak selesema atau sakit tekak, macam ish memang asyik nak demam jelah. Macam ish, tak sihat lah. Genetik apakah ini. Bila bangun baru ingat ada banyaaak gilaaaa kerjaaaaa (bunyi macam kau seorang MPP punya kerja padahal orang biasa yang takde sape kenal kat fakulti pun so kerja kau pun ciput je tapi sebab lumrah manusia yang memang kuat whining, astaghfirullahalazim)

Sebab tutorial adalah seperti assignment ke apa. Kerana lecturer semua macam hold a very high expectation on us and sebab sebenarnya penakut kepada lecturer jadi seboleh-boleh kalau tutorial pun jawab macam assignment terus. Jadi kau bayangkan macam mana nak buat tutorial seolah-olah mendapat assignment setiap hari. Faham tak? Untuk orang yang bukan lah malas, ihiks. Tapi kurang rajin macam I ni, memang rasa dah macam kengkonon busy lah dalam dunia sekali *tangan ke dada ala-ala oh yeah*

Alamak macam mana kalau LBB nanti mesti untuk orang lembik macam i ni mesti demam setiap hari. Mesti pakai koolfever hari-hari gi kelas, mesti orang ingat eh sebab pakai koolfever macam ala-ala baby gitu mesti orang ingat sebenarnya budak asasi padahal LLB. Ok geli. Bai.

Titeww ngantoxx nak titoww leww, knight.

9 comments:

Dawa said...

mak aih, pack gile jadual kuliah. xpe, tabahlah. hadapi dgn senyuman :)

hani said...

hah,norja tu lah yang muka cam ana rafali.kot.
btw, tinggal subang ek? kat summit tu bila kalanya yang tak jam.jenuh je bila nak kuar.

Gen2Merah said...

fuyyooo.. padatnya jadual yee... banyakkan berehat ya (",)

Kap said...

kenapa ramai blogger menganjing ewww ewww ni?? ;)

habis aku gelak maraton tak henti henti.
bila nak habis entah :)

Mr. Swift said...

Okey knightx! :DD

KhairulMahzanMozaini@K.M.M said...

entry nih best!!!hehehe
i suke

Firdaus said...

nice blog.. ;)

ahmad endo said...

aku lagi sadis...sapa yang menang pun aku tak tau sebab tak ada orang peduli pun...hehehe

Marya Hana . said...

hoih. sekali imbas mcm hana tajima ah pic iz tu :p