March 28, 2011

Bila girlfriend terlampau baik.

Ke hadapan semua bajingan keparat yang telah melukakan hati 15 orang kawan-kawan saya yang cantik perfect paling baik dalam dunia,

Tak, bukan melenting tapi memaki hamun. Sebab kau tak reti jaga hati awek kau. Ohh masa nak mengorat dulu, bukan main, siap pakai strategi paling sweet dalam dunia. Siap boleh tiba tiba ada bakat memasak, menjahit, mengandam, melukis, menanam semua. Sebab nak buat ala-ala surpriseeee cantik tak deco bersama eric leong. Lepastu kalau boleh sacrifice time untuk futsal ke bola ke takraw ke rugby ke dota ke counter strike ke, SANGGUP KERANA HARUSLAH I KAN SWEET GITU SEBAB I TENGAH NAK TUNJUKKAN KAT YOU YANG I SWEET GILA NANTI U ACCEPT I JADI BOYFRIEND. Gitu.

Masa nak mengorat, sumpah pijak semut tak mati. Masa nak mengorat, tengah naik basikal pun tangan boleh menari macam Usop dalam Hantu Kak Limah balik rumah. Lembut you allz. Nak tunjukkan soft side lah dalam diri. Very sweet. Macam lollipop campur karamel ada sos strawberry campur chocolate icings bagai semua ada dalam satu cotton candy. Super duper sweet namanya. Masa nak mengorat, sumpah sanggup google lirik lagu paling jiwang, sanggup goolge pick-up line seperti "Hey aren't you tired? Why? Jawab perempuan penuh naif. Because u've been running inside my mind" Awwww cuwitnyeeee awak ni macam nak cuwit cuwit tweet terus kat twitter today a boy said to me i've been running inside his mind all day long awww coo cuwit like if i have diabetes i could straightly die now.

Masa nak mengorat tu, efforts memang pergh kau cakap je, lautan berapi akan ku harungi. Setelah 15 orang kawan perempuan saya yang cantik teramat dan perfect ini pun telah menjadi kepunyaan 15 bajingan keparat ini, okaylah masih berkembang lagi lah, still jiwang jiwang, hantar cokelat dalam bakul, letak love note atas wiper kereta, hantar cincin suasa pakai merpati. Sanggup melatih merpati untuk menghantar cincin suasa. Effort begini jikalau dipraktikkan untuk membaiki barang, tidak mungkin akan wujud peribahasa "seperti tikus membaiki labu." FAHAM TAK? KAU FAHAM TAK? BM KAU DAPAT BERAPA HA SPM? *annoying nya iz kalau emo semua peribahasa nak keluar.

Biasanya lagi teruk bila parents dah approve okay girlfriend hang ni molek dah, siap pandai masak, pandai menenun, pandai menanam, pandai belajar, semua dia pandai, dah molek dah. Lepastu bertambah pulak kalau kau lelaki yang jenis aku-lelaki-aku-control-relationship-sebab-kalau-aku-dengar-cakap-kau-aku-akan-dipandang-dayus. Ya lelaki itu sangatlah berbahaya. Kalau I amek civil engineering, aku letak banyak banyak signboard "AWAS" betul betul depan rumah lelaki jenis ini. Kerana lelaki jenis ini tidak akan tolerate sama sekali dengan girlfriend nya yang dah bagus gila stok boleh buat bini tu. Tapi sebab lelaki seperti ini kan macho, jadi haruslah tunjuk garang sikit, kena buat buat macam tak sweet, depan kawan kawan awek, buat buat tengking lah, suara garang lah, baru lah macam alpha male gitu. Rawrr. Lepastu nanti perempuan ni pun sebab dia pun memang dah baik pun sifatnya, jadi macam hamba abdi pulak, nak menengking takut, pabila ditengking berasa lebih takut.

Lama-kelamaan di sinilah tajuk entry ini masuk. Bila girlfriend dah terlampau baik, lelaki ini pun bosan. Sebab, tak bestlah, sebab awek aku baik boring zzz not challenging. Lepastu tiba-tiba datang perempuan lain yang ahaks memang very the challenging, garang! Pakai eyeshadow warna striking! Nak tunjuk the fierce look! Tak main lah nak dengar dengar kata kata alpha male. Perempuan yang sedikit degil tiba-tiba dipandang mencabar keegoaan engkau. Lepastu engkau pun mula-mula gaduh gaduh manja dengan perempuan tu last last eh tersuka. Last-last dah terkapel so sekarang ada dua aweks kena pilih satu so okay lah goodbye yang baik hello yang gaghang.

KAT SINI LAH WATAK AKU DIMAINKAN SEBAB DATANG LAH 15 ORANG KAWAN PEREMPUAN YANG BOLEH DIKATAKAN SEMUANYA BFFS, datang menangis dan bercerita kau dah ada awek baru, setelah 3 tahun menanam kasih, berakhir dengan cerita kelakar macam ni. Paling kelakar. Dulu, kau yang asyik membebel suruh dia buat itu buat ini. Lepastu sekarang, awek baru kau semua opposite yang kau asyik kondem awek kau yang dulu. Apa cerit?

Emo ni, sebab nampak macam manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. For what I know at this very moment, i will stick with all my single girlfriends yang telah di dumpedkan oleh engkau engkau dan engkau. And will make sure she will never ever be with a guy like you ever again. Buat orang macam ni, nanti kan awak kena balik. Nanti mesti baru awak hegeh-hegeh sedar tinggi dan rendahnya langit. Bye awaks.


37 comments:

melle amir said...

dasar jantan tidak berpendirian

missnanako said...

huh,terbaik iz ;)

napeace™ said...

Manusia memang macam tu. Tak pernah puas. Kepada yang berkenaan, bertabahlah.

Kirim salam kat semua 15 gelprens you cakap I single lagi. Okay tak tipu je.

Chempaka Aurora said...

terbaek...those are jejantans x kadar ke diri kaedahnyer dik.

munirah said...

laki laki..haishhh =,='

Jept said...

ala..biase la tuhh..better break ms tgh kapel then cerai bile kawin..
next time tell your friends dont give 100% in relationship..

:)

pink said...

lelaki macam tu boleh jalan je .syuh!

pink said...

lelaki macam tu boleh jalan je .syuh!

dinoozo said...

hamboi.emo bebenor bunyinya.ok,mana ada bunyi.luahan jujur seorang gadis.fakta ni :)

La Petite Cherie said...

Lelaki macam nie patut kena lempang pakai steamroll. Hehe.

Lyana Marzuki said...

Super like this entry. Awesome Iz! :)

ahmad endo said...

aii dah leh komen ni.....belasah je...

Siti Hajar said...

ske3..bebetul la sngt..huahua

Nuryn Weida said...

setuju juga di sini. time mengorat bukan main baik. tapi bila dah daat buat macam ape je.. ini lah bila manusia tak reti menghargai. bila dah hilang nanti baru lah tercari2. time tu rasakan. dah terhantuk baru terngadah..

fayT said...

really like this post...u r true

Sheril (thePrincess) said...

serius superb gila statement you. sokong weh!

O'gosh said...

sabar..sabar..jangan marah2 iz

cik nur said...

hurm mmg slaloo lelaki mcm tuh
jgn satu hari nnt merayu-rayu nak balik sudah..
setelah 3 tahun lama kot..
tak per karma allah jer yang akan membalas nyer :)

JajaIzzati said...

Bila emo entri panjang sikit. Tapi memang betol! ;)

ayonn said...

lelaki memang cenggini bila dapat perempuan yang baik. ce kalau perempuan yang buat deme, haaa bukan main lagi nak menyalahkan pompuan tu, pom pang pom pang. hahaha bila dah dapat yang baik, tak sedar diri.

sayda dino said...

i pun akan protect my SGF as they protect me when i hit bottom because of a GUY. nice post.

RazFiRa said...

15 0rang? mak oii.. terernye laki tu!

roeza said...

mmg ramai lelakis begitu..
penah kena kat sorg besfen..
n mmg rase nak hempuk sekuat hati mamat itu.

tp, mamat tu last2 patah balik.
heh.

dah kena batang hidung baru tau nak insaf.

eh..ter emo jugak.

mmg pantang isu ni.:)

nurayunni said...

btl2!!lelaki xpernah puas!

Budak Chomot said...

Nice one. Memang betul sangat

AZLIN said...

exactly. lelaki mmg mcm tuh. kan main suh awek jadik yg terbaik tetiba tercouple gn pompuan lain plak. sangat menyampah. bila terkena kat batang hidung sendiri baru la nak cari balik awek yg ditinggalkan tuh dan menyesal la plak. pastu wat lagik dan lagik. sgt tak paham

Jazica Albek said...

*emo dan terus taip entry emo kt blog*

[i.l.y.a] said...

sama lah cerita 15 kawan awak dengan cerita saya. hahaha

lelaki memang sedikit keparat kadang2. oh bukan sikit. banyak juga.

shooting star said...

Deserved someone yang dabel triple baik, baik dari lelaki durjana itu. Be strong, wonderwomen!

LJ's Key said...

Like this one. heheh XD

Mr. Swift said...

"goolge" tu ape? ha?

nana Fd said...

sangat betul....dan sangt menyampah dekat bajingan2 sebegitu rupa....yang sangt ntah hape2..menciw

abbad said...

nasib baik yasmin yang ngorat aku... ;p

stalker said...

marah kan dengan org macam nin, ape nak lagi. =(

EkaBukanMakcikKau said...

Terima kasih sebab bagi aku baca satu nafas sahaja tanpa henti . Aku ulang lagi sekali , tanpa henti kau nampak x betapa baiknya aku disitu . Sebab aku lah org yang paling prihatin dgn kau .

Hai akak .

Fatin Izzati said...

em bukan nak cakap apalah kan.
tapi.

NI SUMPAH BETUL DAN SUMPAH TERBAIK ! :D

nurul cakapcakap said...

Ya Allah iz! sumpah u read my mind! lelaki memang bajingan! dorang lupa kot, dekat dunia ni ada turun naik. kau bagi taik kat org, satu hari nanti taik tu dtg dekat kau. Tak kena dekat kau mungkin kena dekat adik kau, kakak kau, ke emak kau. dekat sana nanti baru lelaki bajingan tu tau tinggi rendah nya langit ni. Satu je kita kena percaya, tuhan tu maha adil! Tak dekat sini kau kena cash oleh tuhan, kau tunggu akhirat nnt. lelaki bajingan!