Kekok sedikit ;
Bila tumpangkan orang tua naik kereta. Macam dulu masa aku kerja jadi receptionist dekat ******* Company, lepastu sumpah semua pekerja lain adalah orang tua. Lepastu pada suatu hari, ada seorang pekerja india yang umur dia macam 52 tahun nak tumpang aku sebab dia tak larat nak jalan kaki balik rumah. Kesian dia, gigih gila selama 20 tahun kerja dekat tempat sama dan setiap hari pun jalan kaki pergi-balik kerja. Lepastuuu awkward! Sebab first, dalam office tak pernah berborak pun, tiba-tiba kena borak dalam kereta, wu kekok kekok. Sepanjang journey rasa kekok sebab dia tak suka radio dipasang sebab bising katanya dan dia tak suka air cond dipasang sebab dia sejuk. Topik pertama untuk dibualkan? CUACA!! Yeay.
Kekok betul ;
Bila minta kawan bayar hutang. Lagi-lagi time kau betul-betul tengah sesak, kalau kau tengah loaded takpelah sebab kira halal je hutang dia. Kalau hutang banyak pun kira lambat bayar pun takpe. Tapi kalau tengah sesak, makan maggi setiap hari, dah dua minggu tak top up credit, dan kebetulan jumlah yang dia hutang memang cukup untuk menampung kau makan seminggu, macam mana nak mintak ni. Lepastu nanti time mintak terus terkeluar semua alasan paling naif kenapa kau perlukan duit.
Kekok sangat ;
Bila dingorat oleh orang berkuasa. Macam, kalau kau pergi job interview, dingorat oleh interviewer, atau kau tengah JPJ test, dingorat oleh Pak Cik JPJ, atau kalau kau sedang meminta tolong polis, dingorat oleh abang polis. Sumpah. Awkward. Siottt. Sesunguhnya time tu memang macam babak dalam drama Melayu sebab kau boleh dengar suara sendiri dalam kepala. Sebab orang yang berkuasa ini adalah orang yang power. Kalau tak keluar makan dengan JPJ instructor yang umur macam bapak kau tu, nanti dia tak kasi pass. Sobs, sobs.
Kekok teramat ;
Kau datang kedai mamak. Kau baru duduk. Mamak datang ambil order. Mamak blah lepas ambil order. Tak sampai 5 minit, ada orang datang jual VCD. Tolak. Tak sampai 10 minit kejap nanti, ada orang datang jual kerepek pisang, tak sampai hati nak tolak sebab pak cik tua yang jual tapi sebab duit dalam dompet pun cukup cukup beli megi goreng dengan teh o ais, so, tolak. 30 minit lepastu datang orang minta derma sambil cakap bahasa yang langsung kau tak faham, selagi kau tak bagi duit dia taknak pergi. Lepastu nanti datang pulak orang yang cakap,"Kalau nak derma, kena kasi RM 10 pastu nanti dapat sticker kereta saya telah menderma," Last last duit kau habis dekat kedai mamak je. Biasanya situasi begini memang saya selalu tak tahu nak tolak macam mana, sebab boyfriend saya memang akan hulur je, jadi bila tiada boyfriend mengikut sekali, aku pun hulur je lah =_=" Sebenarnya baru aku tahu taktik yang paling bagus supaya diorang tak datang dekat, buat-buat cakap dalam phone.
Paling kekok sekali tak pernah tak kekok kalaaaau ;
Dikelilingi geng posh nossssssh. Sobs sobs. Ini memang aku fail. Taktik menipu, taktik buat-buat macam posh jugak, sumpah takde dan tidak pandai menipu kerana sambil bercakap, muka gelabah, pandang kiri kanan. What the? Contoh, hari tu, menghadiri majlis ala-ala koktel, so, sambil berdiri dan minum air oren dalam gelas tampak mahal, mesti lah tiba-tiba termasuk dalam conversation yang obviously aku tak belong. Tiba-tiba dia tanya, "So which one do you prefer? We've been debating about Ipad 2 like OMG, I've just bought the Ipad and now i feel so stupid because out of a sudden they have released the new Ipad 2!" Lepastu semua orang pandang tunggu respond budak boring ini (aku). Ya allah apa aku nak jawab, takkan nak jawab, I have a lot of pads, all from various brands. Laurier, Kotex, Whisper, Carefree, u name it. Tiba-tiba terkeluar such sentence, "Oh I've just sent my Ipad for service, haven't tried it yet, tiba tiba rosak," Obviously, semua orang diam sebab tahu aku menipu. Takpe, tipu sunat.
21 comments:
haha.klaka la.;)
haha kekok tak ingt lah plak..tp yang kawan tu memang tak leh bla kot ! dah la die pinjam duit kite..kite plak yang malu an ? haha
haha.. konfiden, mmg budak laws kalo dok ngn org konfiden dorg otomatik cop kite sbg over talkative kinda person.. same la, saye ni pon. pntg lepak ngn bdk kos lain. tu still xpe agi.. ni hah, tang kalo jumpe jiran2 ibonda ni.. pergh.. bukan awkward skema, tahap gaban nyer awkward pon ade.. xpe, as a budak laws.. its a normal thing.. tapi xbleh blah bhgn ipad tu.. lawak ahh
hahaha...baguslah ko dan kembali tulis2 merapu2 camni....ko dah leh lagu i'm coming home...hehehe
awkward juga bila kita buat lawak dan tiada siapa faham lawak kita lalu tergelak dan termalu la kita berseorangan disitu. kemudian terpaksa bukak topik lain untuk mengkaver keseganan. oh awkward.
hahhaaaaa yang part tipu sunat tu sumpah kelakarrr.tp kan iz,sama lah mcm kite jugak.kalau org mintak sedekah ,mcm rase kesiannn gilerr.tp takde duit.so tak bg lah.so konklusinyee kalau nak keluar mkn,kite bwk duit cukup2 je hehe :)
kekok yang last tu lawak. saya pun ada pad. eye pad pun ada nak hilangkan eye bag :D
siot je pakcik jpj gatal...salah guna kuasa...cet~
" I have a lot of pads, all from various brands. Laurier, Kotex, Whisper, Carefree, u name it. " <-- kalo ko jwb yg ni time tu, ko mmg legend la...lol~ =p
LOL!!!!! The closing sentence is the best!! :)
seriusly kena bayar rm5 seorang untuk tulis komen? fine..
anyway, love that last words, ipad rosak hantar kedai. larikan diri je. babai!
hahaha mmg kekok la,
kekokekokeokek
hahah! entry ni sumpah klaka n sangat setuju.
kekok..kekok
semua nya kekok! hehe. nice article :)
ahahah....apa segala sanitary pad pun kluar daaa...hahaha~
Okay sekarang penat dah gelak baca post u , tapi as usual sentiasa berhati-hati supaya tak scroll jauh ke bawah takut takut ternampak benda yang tak nak tengok . hahaha
part mintak hutang paling kekok lah sudah semestinya. haha. tapi part tipu ipad pergi hantar repair tu adelah sgt obvious kekekokannye. hihi :B
semua yang ko ckp ni mmg buat org kekok gak, nasib baik bila kita bersama tak kekok kan? =p
HAHA
senang cerita
cakap jer pakai kotex
wahahaha
saya suka baca blog akak
:)
haha....sangat lawak n serious x tahan. baca banyak kali pun rasa nak gelak and serious semua betul. nak lagi kekok kalau kentut depan bakal mak mertua n first time jumpa....ahaha
kekok bila kena call ketua2 imam di seluruh malaysia
akhirnyaaaaaa
Post a Comment