Jadi dari semasa ke semasa setelah bermulanya semester baru dan tamatlah honeymoon aku bersama suami (macam ada suami), kejutan kultur lah kena bangun pagi drive lama-lama ikut highway yang selalu ada polis jaga kat emergency lane tuh. Malas betul nak ulang-alik ke kelas naik kereta, dahlah minyak bayar sendiri, habis duit macam air. Teringin sangat nak apply kolej. Haritu mintak kolej tapi dia kata kena tunggu keputusan UKK. Lepastu bila aku dengan Ily blah dari pejabat kolej, tiba-tiba ada kawan kitorang ramai-ramai dapat pulak walaupun tak apply UKK. Jadi macam mana sekarang? Kalau tak dapat kolej memang menangis lah sebab orang lain yang tak apply pun dapat macam tu je, tapi aku yang apply dengan kawan-kawan aku tak dapat langsung. Hazab sangat.
Masuk semester kali ini, hati riang raya ala astro ria sebab ramai kawan diploma semua dah further degree. Jadi haruslah bertukar menjadi senior kehormat paling mulia, sibuklah mengajar para junior selok-belok hutan belukar shah alam, tapi tak pernah sibuk belajar pun. Dengan terujanya, dapat jumpa udin yang baru masuk law, dari diploma public admin, makanya kini dia freshie dekat law faculty lah, walaupun freshie, first day ke kelas dah pakai baju melayu colour pink bersamping dan berkerongsang permata berlian di songkok. Siap ada selendang warna purple memanaskan leher beliau, macam study dekat UK, hakikatnya, Shah alam je.
Perlu ke kau nak buat aksi yang sama dua kali? Kakak senior haruslah buli adik junior, nak merasa udin kita bawak kereta, tak pernah okay. Walaupun patutnya aku yang bawa kereta, bukan kau, sebab aku baru habis P, manakala kau dah berabad lama habisnya. Lepastu tetiba Udin excited nak naik bas uitm sebab kononnya nak parking kat Padang Kawad lah hari-hari then naik bas uitm feeling-feeling balik kampung, aku yang duduk 4 sem kat sini pun tak tahu sebenarnya macam mana nak naik bas dari padang kawad sebab tu tak pernah parking situ.
Dah naik bas pun nak camwhore jugak, sebab biasalah takde orang. Siap semangat dua orang ni interview uncle bus driver tu laluan ke law faculty ikut bas apa. Lepastu dia cakap, kalau nak ikut bas B pun boleh. Tapi kedengaran macam, kalau nak ikut b*b* pun boleh. Sumpah tak tipu. Sumpah aku pandang udin, udin pandang aku. Ingatkan pakcik ni tension penat bawak bas pergi mencarut kat kitorang.
Dah naik bas pun nak camwhore jugak, sebab biasalah takde orang. Siap semangat dua orang ni interview uncle bus driver tu laluan ke law faculty ikut bas apa. Lepastu dia cakap, kalau nak ikut bas B pun boleh. Tapi kedengaran macam, kalau nak ikut b*b* pun boleh. Sumpah tak tipu. Sumpah aku pandang udin, udin pandang aku. Ingatkan pakcik ni tension penat bawak bas pergi mencarut kat kitorang.



