October 28, 2011

Adele dan Aedes bukanlah sepasang kembar.

First time aku masuk hospital. Walaupun aku memang banyak kali pernah masuk hospital selama ini untuk pembedahan and whatnot, tapi hanya sekali ini yang aku paling ingat sebab satu family menempah penuh ruangan kosong di hospital. Mulanya, tiada siapa tahu ini demam luar biasa, sangkaan hanya pada demam biasa, dengan harapan boleh baik pulih sendiri. Masalahnya, hampir seminggu demam tak kebah, makin lama makin lembik. Bila satu rumah demam begitu, dengan rumah-rumah sekali pun boleh merasai demam itu.

Bila ke hospital, satu family aku terus dimasukkan ke dalam wad. Rupanya, satu family kena demam denggi. Yang dilepaskan pulang ke rumah, cuma aku, kakak sulung dan adik lelaki nombor 4. Adik paling bongsu pun kena tahan sebab masih berumur 4 tahun semasa itu, sangat kecil dan comel, unlike now, errr... Sangat tidak kecil lagi. Tetapi kakak kedua dan mama kena tahan dalam wad kecemasan kerana bilangan platelet sangat-sangat-sangat rendah, jadi terpaksa pindahkan darah ke dalam badan mereka. Tapi aku, masih bertahan. Tiga orang dalam family yang masih bertahan boleh dikatakan kembung gila minum banyak sangat air untuk halangkan kekeringan, supaya tidak terukkan demam.

Dan ini semua berlaku pada tahun 2002, sewaktu masih ignorant dengan simptom-simptom demam denggi. Yang aku tahu, aku last-last pun masuk hospital jugak, dan aku dapat katil yang pesakit demam denggi berdarah baru sahaja meninggal dunia. Takut woi bila ingat balik. Tapi doktor hanya masukkan cecair intravena dalam badan aku sebab aku tak larat nak minum banyak, tapi aku tak seteruk sampai perlukan pemindahan darah. Alhamdulilah, semua kembali sihat lepas beberapa hari.

Jadi bagi sesiapa yang mempunyai simptom-simptom demam denggi macam demam kuat yang terus-menerus, red dots on your skin, sakit otot, sakit sendi, sakit tulang belakang, sakit biji mata, muntah-muntah, sakit perut, hilang selera makan, dan lemah, baik pergi jumpa doktor sekarang. Paling teruk kalau dah berdarah dekat mulut, hidung dan badan.

Semenjak keluar dari hospital, terus satu family buat super spring cleaning satu rumah untuk cegah pembiakan nyamuk aedes. Segala bekas-bekas air dekat halaman rumah, dalam pasu, atas bumbung, bekas air dalam bilik mandi semua kasi cuci kaw kaw punya. Siap letak ubat jentik-jentik lagi dalam setiap bekas. Masa tu memang zaman demam denggi menular (wah ayat) dekat satu Malaysia. Dekat kawasan perumahan aku dah siap ada kes orang meninggal dunia sampai 4-5 orang. Jadi, setiap petang mesti pihak MPSJ buat fogging dari rumah ke rumah.

“Tolong, tolong jangan musnahkan daku, daku ingin hisap darahmu,” kata Adele, eh Aedes.


Kes denggi memang takkan pernah habis, jadi untuk mengelak dari terkena, kita semua kena pastikan rumah, sekolah, kedai, taman permainan semua bersih dari nyamuk aedes membiak. Kalau tengok TV pun mesti ada iklan pesanan “tiada aedes, tiada denggi” oleh Kementerian Kesihatan.

Sebab aku dah tahu betapa peritnya kena demam denggi masa aku darjah 6, jadi mintak simpang malaikat 44 mati hidup balik tak mahulah kena, sebab masa kena drip tu, memang kembung masuk air la badan aku, siap cincin tersekat tengah-tengah jari manis yang debab sampai bengkak-bengkak. Bahagian dalam siku pun dah biru ungu sebab hari-hari kena inject dengan doktor. Dahlah pulak tu setiap kali gerak je, mesti keluar darah dari drip sebab tak reti duduk diam.