October 8, 2011

Akhirnya ku rasa pahit.

Selama semester baru dah start, aku makin lembik. Sebab dah dimanjakan dengan tidak menggerakkan mana-mana anggota badan, terjelopok dalam kerusi, dengan dagu extra 3 lapisan. Kalau nak apa-apa, pakai remote control suruh kucing ambilkan. Oleh kerana itu telah mengakibatkan betis sebesar dua lautan atlantik. Kalau tengok, mesti sangka aku player Harimau Muda Malaysia. Sebab betis besar macam bajet setiap hari buat bicycle kick. Bukan muscular masalahnya tapi geleber jatuh macam kulit pisang basi.

Sedih sangat dengan diri ini, minggu pertama kelas start, habis je kelas, balik rumah salin baju PJK, pastu tak pandang kiri-kanan berlari pergi padang permainan sebab nak joging. Sebab badan panas terbakar dok menyapu losyen mustajab tu everywhere, memang rasa macam joging 2 jam walhal baru 5 minit dah nak pitam, peluh 5 minit sama dengan 5 jam, so macam mana sekarang.

Tiga hari berturut-turut joging setiap kali habis kelas, setiap kali habis joging terus naik atas penimbang berat. Lepastu makan yoghurt hari-hari breakfast. Hari keempat terus membuta setiap kali balik kelas, joging pun entah ke mana, losyen mustajab melayang pergi mana. Dengan breakfast setiap pagi nasi lemak dengan burger. Sadis sangat 3 hari je bertahan. Tak turun berat langsung, terus naik 3 kg ada.

Tapi beberapa minggu lepastu, baru dah tak heran sangat nak jadi keding sebab memang skinny jeans bila pakai macam nangka berbalut tapi dah peduli hape haku asalkan aku makan yoghurt dengan burger setiap pagi. Kononnya sihat. Lagi satu, sengaja parking kereta jauh jauh sebab bajet nak joging pergi kelas tapi hmph siyembaaangg lebih. Bila tutorial dah start, baru takde masa nak pikir diri gedang ke atau betis lebar ke sebab dah mula pikir nak berjaya dalam hidup.

Impian aku ni memang pendek je. Satu minggu nak jadi kurus. Satu minggu nak pulun jadi pandai. So bila dah start kelas, terus tak peduli kulit bawah mata kendur ke apa, sebab kelas setiap hari memang pukul 8 pagi. Habis pulak pukul 4 atau 6. Dah tak boleh nak seal cela dekat wajah dengan bedak sebab cair lepas kena peluh dengan air semayang. So pasrah.

Yang penting, mooting dengan LRM buat kite culture shock shangait. Lagi-lagi team kita first present mooting. Takot takottt. Hari-hari balik pukul 11 malam, bila balik badan lenguh-lenguh, sepanjang driving tersangguk-sangguk, walaupun dah habis P tapi tak tanggalkan sticker pasal takut orang kata takde P tapi drive lembab gila.

Tapi walaupun cerita macam sadis je hidup nih, tengok gambar-gambar kat bawah macam masih dalam cuti semester ke apakah.

Raya dah habis tapi openhouse still on, openhouse sempena zulkaedah.

Semua orang kata aku dah debab, sebabtu kot bila pakai heels rasa kaki gemuk lalu seret saja.

Walaupun diorang kata aku debab, tapi baju kurung masa Asasi semester 1, yakni 3 tahun yang lepas masih muat. Masih muat. Sebab tu confident je makan.

Sempat tonton Mock Trial dekat UM sebab kawan baik (Marli) berlakon jadi Prosecutor. Awesome sangat, aku siap tahan kencing taknak keluar audi.

Groupmates LRM + mooting. Yang tengah gila kuasa, asyik nak jadi lead counsel.



Padahal masuk je library terus pergi rak paling terpencil takde orang, ambil buku paling tebal lepastu tutup muka dan membuta. Lepastu balik rumah. Berjaya sangat aku.