November 4, 2011

Buruk rupa.

Bagaimana kau mengklasifikasikan rupa seseorang perempuan? Dari tubuh badannya? Dari kemulusan kulit? Dari kecerahan muka? Dari indahnya sepasang mata? Dari rambut yang ikal mayang? Apa-apa pun, semua itu aku tak ada. Dan aku tahu tempat aku di mana kalau ada orang nak bercakap pasal perempuan cantik. Tapi aku harus pekakkan telinga kalau tak mahu hati sakit. Sebab wajah kita filem kita. Walaupun seplastik mana pun wajah itu depan mata.

Sudahlah aku dah mencecah 21 tahun, untuk rasa sedih kerana tidak cantik rupa bukanlah tujuan hidup aku untuk jangka masa yang lama. Tak kiralah sesiapa yang tunjukkan kecacatan atau kecelaan yang aku ada, baik dari belakang ataupun bercakap depan-depan aku pernah rasa. Sebab kalau aku dah buruk rupa, aku nak buat macam mana? Nak buat plastic surgery ke supaya kau berhenti cakap betapa buruknya muka aku?

Cakap je apa aku tak pernah kena. Walaupun dianggap main-main, tapi sebenarnya membawa makna yang kemain dalamnya. Tapi untuk apa aku sedih kalau aku tahu benda ini takkan habis. Bila ada orang kata, aku gemuk, aku pendek maka aku buruk, aku tak outstanding sebab aku hodoh, aku berjerawat, aku tak cantik kalau tak pakai mekap. Sumpah aku pernah dengar semua. Biarlah dia nak cakap apa, sebab takkan aku nak mengadu dekat ibu atau dekat Pencipta-ku kerana genetik yang tidak sesempurna bidadari kayangan ataupun kerana dikurniakan wajah sebegini? Ada aku boleh tukar walaupun penat mulut kau memberi pendapat yang aku tak secantik dalam blog? Sebab dalam gambar nampak macam lawa tapi bila jumpa depan-depan sebenarnya cacat rupa atau buruk gila?

Bukan sentap weh. Tapi aku nak cakap apa? Sorry lah sebab aku buruk sebenarnya. Sorry lah aku katik dan debab? Sorry lah aku berjerawat dan gelap? Sorrylah sebab aku tak secantik kau dan tak akan pernah menjadi cantik.

Tapi biarlah aku buruk pun asalkan aku sedar semua ini sementara. Assalamualaikum.