Dalam tinggal 3 minggu lagi untuk ke final exam, aku rasa dalam seminggu aku tengok wayang berderet-deret lepas kelas. Sebab nak tengok Ombak Rindu punya pasal. Dari hari pertama keluar tak pernah book ticket, berlari pergi kaunter tiket dan akhirnya selalu tinggal barisan paling depan skrin saja. Jadi sebab tiada Ombak Rindu semua sold out, bantai tengok apa-apa cerita yang ada, baik Hindi atau pun Hong Kong. Jadi sekarang duit belanja bulanan dah tinggal RM 2, tadi lepas kelas beli air tin dengan biskut raya hidayah kat atas rak tepi vending machine. Kalau jenguk dalam dompet memang rasa nak fotostet duit. Akhir-akhir tahun begini ditambah lagi dengan kewujudan Y.E.S, hanya mampu meratah kaki bila tengok semua kawan beli handbag baru, kasut baru, baju baru, laki baru. Kita tak mampu, kita ratah kaki sendiri sebab free je.Dengan assignment bertimbun tak pernah habis, tests dari bulan januari sampai disember tak pernah takde, of course belum study untuk final sebab kalau ada free time, tengok Masterchef. Kalau takde free time pun tengok Masterchef. Minggu ni free sikit sebab mock trial dah habis, LRM final draft pun dah hantar, result wallahualam. Jadi sebab ada free time sikit boleh tengok Ujian Rasa Masterchef. Memang itu je aku tengok sebab balik kelas pukul 8 malam. Habis Masterchef baru kesal tapi takpe. Sebab kalau tak jadi peguam, nak masuk Masterchef. Walaupun potensi tersingkir dari audition pegang kuali itu ada.
Nasib nak buat court report pun takde lagi. Bila pergi mahkamah, tiba-tiba semua DPP ada conference. Takpun, kes dah habis perbicaraan. Bila group lain pergi semua dapat kes yang stok bunuh orang, bakar orang, rogol orang, jual dadah seludup dadah, stok hukuman gantung sampai mati, penjara seumur hidup semua, jealous i. Jadi harap-harap minggu depan pergi, tolonglah ada kes paling menarik untuk buat report sebab nak attract attention Madam supaya tidak tidur baca report. Amin.
Lepas final exam, first time buat praktikal. EXCITED. Sebab buat jauh-jauh, jadi dapat tidur rumah Ily, dapat gomol-gomol dengan Adeebab, dapat tidur sebelah Ily, dapat buat Ily annoyed hari-hari. Jadi sebab dah terpilih tempat praktikal yang jauh dari rumah, maka haruslah bermulanya misi menabung dari sekarang.
Menabung dari sekarang. Menabung. Dari. Sekarang. Berkabung dari sekarang.