Jangan masuk mana-mana fitting room pada pukul 11.59 malam pada 31 December 2011. Sebab hang akan keluar tahun depan. Tak kelakar ke? Sila geletek ribcage sendiri. Inilah usaha berbunyi comel di akhir-akhir semestah.
Kalau boleh taknak habis tahun 2011 pasai makin dekat dengan first paper untuk final exam. First paper kita 10 haribulan, tapi takde gap pun. Kesian. Kira hari ni hafal land law. Sejam habis paper land, tumbuk otak rendam dalam liquid paper untuk lupakan semua case dengan sections untuk bagi space pada criminal pulak. Habis criminal tumbuk otak dan rendam dalam clorox untuk kasi space pada admin trust dan begitulah sehingga tamat final exam. Dan by the time habis exam terus lupa apa telah ku belajar sem ini.
Tapi kali ini pembakaran diri umpama membakar lilin di tengah malam ditemani dengan hadiah air zamzam oleh ibu. Mudah-mudahan lebih senang melekat apa yang dihafal tanpa perlu menangis masa tengah tulis matrix id dekat buku jawapan sebab tetibe lupa nama defendant dalam case. Ataupun lupa nama bapak si plaintiff.
Dan sebab haritu terpesan dekat mama belikan purdah untuk berlakon mock trial, sekali mock trial dah habis, purdah baru sampai, sekali ada 4 helai. Siapa nak pakai sekarang?