So sebab kamu, kamu, kamu, dan kamu dah baca yang saya taksub nak belikan diri sendiri Tamagotchi, yang dulu season semua orang bawak virtual pet pergi sekolah pastu siapa yang miskin macam I akan tengok je dengan ada hati nak pegang pastu main untuk 4 minit kasi makan, bawak jengjalan, bersihkan tahi, pastu bila dah ada duit tengok-tengok binatang Tamagotchi ni pun dah takde. Sekali tiba tiba umur dah nak dekat 21 tahun, TIBA TIBA ADA. Cukuplah penangan aku dah pakai beg kaler pink yang semua orang minta nak campak dari tingkat 3 cempaka tu. Lagi mahu beli Tamagotchi yang macam geli-gelian bajet bawak keluar PSP dari pocket pastu sekali Tamagotchi harga rm89.90 je. Semangat pulak tu, lepas cari kat Subang Parade takde, pergi minta nombor tepon Toys R Us KLCC dekat directory pastu dia kasi Midvalley punya pastu terus call, paksa cashier Toys R Us Midv cari Tamagotchi kat rak mana harga berapa. Annoying kan? In the first place, nombor telefon Toys R Us takde dekat plastic beg diorang pun, nampak sangat terover praktik kan hak pengguna.

Tengok, siap letak dalam rak kaca berkunci lagi, taknak budak-budak drool over pastu air liur jatuh jatuh kat cover dia.

Nama dia Memetchi, sebab dia je yang macam perempuan sikit, terus beli yang ini. Sekali perangai dia annoying gila macam tuan nya. Dia ada listkan perangai Tamagotchi kat dalam casing dia, terernyew.

Hik hik bawak gi kelas minta classmate jagakan masa presentation Philo.

Hai, saya tuan Memetchi yang tak pakai mekap (eyeliner wajib sebab nanti mata lebih sembab) pastu nampak parut jerawat kat pipi, bye.

*Muka riak mintak penampar* sambil pegang Memetchi.

Muka paling cantik dalam dunia. Boleh bakar hidung aku sekarang.
Lepastu omei omei lah Memetchi ni dia membesar dengan cepat sekali. Baru beli satu hari, tiba tiba dah 1 tahun. Benci, suka nak tua sebelum masa. Pastu nanti tak sabar nak tunggu 8 februari, sebab dia kata dalam manual, nanti Tamagotchi anda akan celebrate birthday anda bersama. (Dalam masa yang sama, sengaja letak tarikh hari jadi supaya kawan-kawan dah siap balut hadiah, ok berangan)

Hik hik ini Norja Omel omel yang dah pakai tudung, sayang ah sebab dia dah 21 tahun, jadi saya panggil dia akak norja, pastu bagi hadiah patung biru yang ada bijik bijik kat dalam dia.



