February 27, 2011

Hari Jadi Izzah Razak

Izzah Razak adalah salah satu antara AGz yang paling rapat dengan saya. Macam sepasang kekasih kerana perbezaan ketinggian yang teramat sangat, patutlah tak banyak gambar kami camwhore bersama. Har har. Tapi sebenarnya sebab Izzah macam paling macho dalam geng meskipun (wahh meskipun youu) Nabil adalah the only jejaka teruna dalam geng. Jadi sebab dia paling macho, it would be utterly awkward kalau kau nak peluk-peluk laga pipi bagai dengan dia. Sebabtu kot tak banyak gambar aku berdua dengan kau sebab entah geli lah, the latest gambar kita berdua bersama di dalam gambar adalah semasa aku lawat kau dekat H20 lepastu dah takde dah. Ke yang itu gambar latest pun?!

Haritu Izzah turns 21, on 19th February, so dah habis Celcom free call seminggu baru lah aku nak buat entry birthday kau ke apetah kan. Sepanjang seminggu free call pun memang dok bergayut pun dengan aku je, takde orang lain dah. Dengan benji pun tak selama bergayut dengan aku. Yang paling kerap bertandang rumah kau pun aku lah kan, yang paling kerap duduk dalam bilik kau pun akulah, memang muka aku je kau mengadap dari masa sekolah rendah lagi dah boring dah tengok progress aku membesar, bulu hidung melebat bagai. So sebab tak dapek lagi nak celebrate birthday together (hello february babies ok we both) kerana dia seorang yang busy gila bertambah dengan dia final year dekat uitm perak sana, jadi kita postpone lah sampai kau jejakkan kaki ke Subang Jaya jeng jeng jeng. Tengoklah gambar-gambar yang aku jumpa wehh.

Gambar muda! Gambar aku takde dagu dan gambar kita sangap baju-baju Indie, tapi kau paling kerana baju indie kau tulis, "Stupid dam dam u berak keluar ketam" ke ape aku lupa.

Gambar Form 4 study Add maths dekat BR kengkonon study, camwhore pakai handphone Nabil yang kena curi.

Gambar boring nak angkat telefon dekat Domino's so berduaan pergi toilet lama lama.

Gambar bila ni i pun taktauu

Gambar ambil result SPM bersama-sama :')

Gambar setiap hari aku dengan Marlisa akan turun rumah kau buat movie marathon dan melantak brownies yang ooo gooey.

Gambar dekat parking Sunway Pyramid tima baru habis renovation.

Kan dah kata latest gambar yang aku membuli kau sebagai pekerja H20 itu

HAPPY BIRTHDAY IZZAH OKAY SEKARANG KAU BOLEH CALL AKU BALIK. MEH KAT ABANG MEH MEH.



February 26, 2011

Tahap hidup yang seperti sadis.

Ok ok ok ok saya nak cakap satu benda je, terima kasih kepada semua yang undi Farid Zuhri dan yang berkempen untuk Farid Zuhri sebab lepas habis pilihanraya MPP, keputusan undian adalah, Farid Zuhri dapat undian paling banyak sekali, sebanyak 1297 undian hihihihi. Lepastu baru kelmarin kitorang (jentera Farid sendiri) baruu tahu yang out of all 44 MPPs dari semua fakulti, Farid diangkat jadi YDP MPP, OK BUKAN YDPA SELAKU YANG DI PERTUAN AGONG YE KAU JANGAN JADI MACAM INA YANG CAKAP HEY HEY FARID JADI YDPA SAMBIL MUKA YANG YAKIN NAUZUBILLAH. YDP MPP tau, head of all MPPs, wahh teruja uolls, macam aku pulak yang bertanding perasaan terujanya diibaratkan.

Taktau kenapa right after kempen dah habis, life semua orang busy gila. Busy as a bee. Comelnya perasan diri sendiri adalah bee. Lepastu setiap hari eh setiap hari jadual saya adalah bangun pagi pukul 6.00, nak redah jam punya pasal yang akan 30minit lamanya depan Summit tuh, so keluar rumah pukul 7.00, lepastu nanti kelas pukul 8.30 sampai 10.30, sambung 10.30 sampai 12.30, SAMBUNG 12.30 SAMPAI 2.00 (sebab setiap hari nak ada kelas ganti sebab lecturer kitorang sangat rajin dan kitorang pula amat sesuai didefinisikan sebagai "rajin" dalam kamus dewan bahasa dan pustaka). Pukul 2.00 sampai 4.00 sambung kelas, dan diikuti pukul 4.00 sampai 6.00, pastu next week nanti ada kelas ganti-ganti sebab syllabus overload, so nak buat 2-3 lectures per week, end up kelas ganti akan pukul 6 pm -8 pm. Paham tak? Nak saya lukiskan jadual waktu kelas saya ke?

Biasanya kalau kelas pukul 6 habis memang buang tebiat kalau aku nak balik sebab memang aku akan cakap sorang sorang dalam kereta. Jadi akan bazirkan masa sampai pukul 8 so akan lepak di bilik Norja, atau pergi makan dekat mana-mana mamak, so maghrib dekat surau atau masjid. So nanti bila dah balik nanti takyah nak stop jalan stop jalan di mana akan menyebabkan minyak lebih banyak berkurang, minyak Ron 97 dah mahal sekarang. Padahal macam lah aku pakai Ron 97 kan. Bila dah balik rumah dalam pukul 8.30 macam tu terus kelihatan katil seperti wajibulghunnah. Terus seperti badak ingin mengawan, terus kroh kroh kroh atas katil sampai pukul 12 malam masih memakai baju pergi kelas sepanjang hari tadi. Ya allah lembiknya Izdiyani, baru ku tahu, setiap minggu, tak sah kalau tak selesema atau sakit tekak, macam ish memang asyik nak demam jelah. Macam ish, tak sihat lah. Genetik apakah ini. Bila bangun baru ingat ada banyaaak gilaaaa kerjaaaaa (bunyi macam kau seorang MPP punya kerja padahal orang biasa yang takde sape kenal kat fakulti pun so kerja kau pun ciput je tapi sebab lumrah manusia yang memang kuat whining, astaghfirullahalazim)

Sebab tutorial adalah seperti assignment ke apa. Kerana lecturer semua macam hold a very high expectation on us and sebab sebenarnya penakut kepada lecturer jadi seboleh-boleh kalau tutorial pun jawab macam assignment terus. Jadi kau bayangkan macam mana nak buat tutorial seolah-olah mendapat assignment setiap hari. Faham tak? Untuk orang yang bukan lah malas, ihiks. Tapi kurang rajin macam I ni, memang rasa dah macam kengkonon busy lah dalam dunia sekali *tangan ke dada ala-ala oh yeah*

Alamak macam mana kalau LBB nanti mesti untuk orang lembik macam i ni mesti demam setiap hari. Mesti pakai koolfever hari-hari gi kelas, mesti orang ingat eh sebab pakai koolfever macam ala-ala baby gitu mesti orang ingat sebenarnya budak asasi padahal LLB. Ok geli. Bai.

Titeww ngantoxx nak titoww leww, knight.

February 15, 2011

Etika kau.

Ok lah taknak banyak cakap, setiap sem memang ada law dining and etiquette untuk pelajar sem 3 sebab nak make sure semua orang beretika ketika makan dan untuk memastikan semua orang dah ada blazer by the time kau masuk sem 4 kan kan?

Ya allah tak payah cakap lah macam mana tohmahan dan rintangan makan secara beretika, makan sup takleh sampai ke titis akhir sebab takkan kau nak tonggang mangkuk sup tu, lepastu makan steak, kalau dapat daging part yang steady liat, lepastu keras membatu, lepastu dapat pulak daging paling bersaiz besar daripada semua orang, memang aku seorang jelah yang last sekali habis sebab tengok semua orang dah letak garfu dan pisau, tetapi aku masih gigih memotong daging yang akhirnya terpaksa ditinggalkan sebab nak cover malu. Padahal jari dah crammed habis dah, bila letupkan knuckles, uish dahsyat. Rasa macam nak bawak gergaji dalam clutch siot. Dahlah potong daging sampai satu meja goyang, lecturer kat sebelah pun gelak je tengok. Lepastu sebab nak cover, buat buat macam mulut tengah kunyah padahal TAKDE APA APA PUN YANG DIKUNYAH. Sadis nya. Tapi bukan niat nak kecoh eh, tapi berbaloi baloi korbankan steak i sebab ketua program terus puji batch ini adalah batch paling beretika dibandingkan dengan batch-batch 6 tahun lepas. Rasa nak jeling kat aku tak sekarang? Ok maaf kan daku.


Maaf, muka sebesar padang golf tetapi yakin bertudung begini.




Hihihi make up artist saya, terer gila okay, sambil tengah buat assignment boleh tengok you tube pasal tutorial mekap. Terer, terer. Boleh stop belajar jadi mak andam sekarang.


Bersabarlah jikalau anda dihimpit oleh pasangan merpati sejoli, so ily dan aku memang lonely habis bila tengok couple ambil gambar, terpaksa cover buat buat berzikir.

Rimas mak

Dessert, bukan desert (padang pasiaq)

Inilah steak yang dimaksudkan. Tapi I dapat yang lagi besar, ni Izwar punya.





Saya duduk sebelah couple ni! Izzat dengan lia!

Tiba tiba.

Kau mampu?

Korang dua keluar dewan sekarang!

Bersama artis-artis yang glamour.





Gambar kelas yang tak nampak macam tak cukup satu kelas pun, berterabur seh semua.


Ada banyak lagi gambar tapi takyah lah tengok semua, yang ini pun dah kira banyak ni, muntah lah sekarang, nah baldi. Oklah, bye, nak pergi makan tidak beretika kejap.