May 31, 2011

Permainan adalah kita.

Ughh aku bengang betul dengan facebook account ku, mengapa begitu haprak. Nak click apa apa benda pun tokse, tak bolehh. Nak click like ke, nak post comment ke, haram dia tak kasi. Adakah kerna hukumnya haram? Facebook haram? Sebab kita tiba-tiba dilanda berita Ikea meatballs haram, Starbucks haram, Secret Recipe haram, sekali tiga semua favourite ku jua bagaimana hendak meneruskan hidup begini.

Jadi sesiapa yang tahu macam mana nak baiki Facebook kalau dia buat hal macam ni, tolong let me know, my hero. Where are youuu. Semalam ezwar dan adam tiba tiba terpacak depan rumah ajak kacau Sarah kerja dekat toys r us. Omel omel sarah omel kerja dekat tempat omel. It's like all omel factors combined together. Lepastu, sebab dua ekor mat mat bunga ini memaksa ku melepak, aku pun terpaksa melayani kerana mereka sudah pergi induction camp untuk menjadi fasilitator aduhai pun.

Tengok Sarah bekerja, buat aku rasa macam cepat cepat nak kerja (eh bukan memang kerja ke sekarang?) Tengok ni rajin nya, molek benor kalau dikahwinkan macam ni. Jangan lah lepas kahwin baru nak cari kerja. *macam lawak sepah minggu 9, oh my goat siapa minat Sepah tolong derma aku top up sebab nak undi sepah* Siapa tak layan Maharaja Lawak, siap cakap Maharaja Lawak kampuang tu (you know who you are, yes you cimok) boleh blah sekarang. Kalau takut dilambung ombak, serahkan anak perempuan kau kepadaku, janganlah berumah di tepi lah pantai.

Ni, Sarah sabar je lah sebab dia terkejut ada tiga orang beruk pakai topeng Barney datang kaunter. Mesti malu punyai kawan begini perangai nya.

Dua orang fasilitator awww awwww siap tunjuk kudis kurap luka semua dekat aku.

Sepahkan semua barang yang telah Sarah susunkan.

Ezwar the Jandas. (add lah dekat Myspace)

Bila lah nak sampai trend pakai shades macam ni jalan jalan dekat BB. BILA?! I'm so in.

Menahan pundi kencingnya untuk kelihatan begini. Amat berat tanggungjawab itu.

Sarah, manager kau tengokkk.


Lepastu kitorang yang tak pernah pergi ke Whisk ini lalu hendaklah pergi merasa apo kobondo red velvet kek yang digembar gemburkan tu. Maklum lah, saya ni orang kampung, tengok maharaja lawak (kan ezwar) lepastu makan pun kek masak cili api.

Ni ha gomannyo, tak habis pun lepastu, mahal kemain. Macaroons macaroni hape kebende itu sedap lah juga, colour dia macam colourful patties, tahu tak yang episode Spongebob exhange colourful patties dengan kunci Krusty Krab tu? Okay takpe.

Lepastu kitorang terbumped in dengan adik Sharifah Amani yang berlakon cerita Mukhsin tu. Bukan terbumped in, sebenarnya aku terblock jalan dia sebab bontotku kenderaan berat, kasihan dia.

Oh tadi pergi interview dapat kerja receptionist, yeayy, esok boleh start kerja. Baru ingat nak kerja Kumon jadi teacher tapi sebab dapat receptionist dulu, ambil lah. Orang kata rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. So sebab taknak cari maut, aku tak akan berjalan di bahu jalan, takut kena simbah acid.

Gambar lepas interview. Agak kurang beradab memakai tudung begitu menyala untuk first impression, bajet nak kasi sign I'M FIERCE ke apakah? Jangan jawab.

May 30, 2011

Kerja separuh masa.

Jadi sekarang saya bekerja di ______ _______ sebagai ________. Sebenarnya dalam masa yang sama, ada agency ini dia kata saya kena standby sebab bila bila ada position receptionist dekat mana-mana company akan ada, jadi boleh lah saya masuk kerja jadi receptionist. Saya dan receptionist kan interchangeable, dah boleh jadi middle name dah. Nor Receptionist Izdiyani Musawir. Tetapi tetapi saya memang suka gila kerja jadi receptionist, gaji banyak RM 1000++ lepastu jawab calls and kerja dekat office je. Kalau kerja dekat tempat yang saya kerja sekarang, atau pun macam tempat dulu dulu, gaji janji riban tapi sekali RM 600, padahal dah masuk overtime bagai. Gila menipu. Menyampah. Mentang-mentang aku tiada diploma, ada sijil asasi je, haram lah nak tunjuk kelayakan sikit.

Anyway, tadi baru dapat call dari agency company, dia cakap ada position receptionist sekarang. Tapi satu je. Lepastu dia tanya, eh kejap you're wearing tudung right? *di dalam hati telah terbit satu perasaan yang alahai isu tudung lagi* Macam dulu, aku tak dapat kerja sebab dia tak ambil perempuan bertudung. Padahal kerja jaga skincare products je. Aku minta kerja dengan kawan-kawan aku tapi mereka dapat kerana tidak bertudung. Takpelah, bukan rezeki kot. Lepastu orang tu sambung lagi, ops I'm sorry, I cannot send you to that company. Haa ini takpe, sebab rupanya kena kerja dekat main office arak kata ko.

May 24, 2011

Jaga Luggage

Tak tahu kenapa tapi kalau pakai formal black and white, mesti rasa diri sendiri macam kerja jaga luggage. Kenapa?! Kenapa?! Haritu pergi tengok premier POTC 4 lepastu sebelum masuk ada a group of executive looking professionals wearing formal wear, takutt, ingat bonzer. Rupanya sebab nak ensure tiada siapa bawak recording electronics masuk wayang. Takut kantoi sebab hobi masa senggang beli semua cikedis cikedot bawak masuk handbag besar gedegang gila sebab tak suka makan popcorn nanti keluar wayang semua popcorn melekat kat tudung. Sepah gila hakuu. Sebelum aku terkeluar tajuk seperti biasa, takde apa yang best dilakukan lepas habis final exam, serious terus settlekan ALSA national conference yang mendatang. Oh okay, ALSA tu bukan nya ASAL di eja secara typo, tetapi ianya membawa maksud Asean Law Students' Association.

Sepanjang conference aku rasa banyak kot gambar aku ambil dalam handphone, lepastu entah macam mana entah aku punya phone dia sap sap sui sohai sikit terus jammed lalu terdelete segala gambar dalam phone. Jenuh aku install photos recovery software, tetapi hanya ini sahaja yang mampu diselamatkan, dan semua dalam size yang kecil kecil, sebab tu kualiti pecah pecah.

Ziqah-razzi, my ultimate gossip partner!

Chimok yang datang semata-mata kerana aku, walaupun dia tidur sepanjang conference kecuali time Datuk Seri Gopal Sri Ram kasi speech. Thanks Sharifah Syafiqah Nadira yang datang kerana aku juga, terus junior part 1 tanya aku ingatkan kau orang dua adalah couple. *muntah*

Ini baru the right definition of izdiyani muka pecah.

Dari kiri Ily Z, dan yang tengah, Rafi. Hai Rafi, roff roff!

Malam sosial yang memecahkan perut ramping ku.


Sendiri buat tag, sendiri bangga.

Haziqah pakai heels tapi tetap lebih pendek dari ku, okay tipu.

Muka tidur 4 jam.

ROFL HAU HAU HAU GAMBAQ MUKA PECAH KEDUA.

Selepas penat susun kerusi.

Okay demikian lah berakhirnya conference yang telah membusy kan satu team ALSA termasuk juniors dan seniors selama berbulan lamanya hanya untuk keep going on and on and on and on with rejected proposals over and over again. Habis ALSA, saya ke legal camp pula sebagai fasilitatorrr, byee!

May 18, 2011

I beseech you to be stronger, better, faster, stronger.

Recently, my internet connection has been really slow. Is it because of the modem or because of the laptop? Not the laptop for sure, that will leave my wallet aching to buy a new one, so let’s search for a better modem. Better, and cheaper. What a truly Malaysian I am, always on a hunt for a good bargain, better stuff, cheaper some more, and it will be great if there are freebies as well, hohoho. Searching...

Got it! Lately my sister has been raving about the greatness of the P1 4G modem in her office, how fast the connection is and so forth. So I was browsing through the website and discovered that P1 4G offers more than just a broadband. It allows me to surf with higher usage quota, sharing my internet service with my family and friends (if only they have the guts to ask for the password first and foremost) and I can make phone calls with this thingy simply by plugging in the telephone to the modem. It’s pretty much like the best deal in town, you dig? 3-in-1 stuff just like the Nescafe 3-in-1, very worth it for the money.

In order to make phone calls, you must first activate P1 Voice Service and choose any of these voice plans promoted. You can choose either to get P10, P30 or P50. Each varies accordingly. Like, for instance, for P10, you’ll only have to pay RM 10 per month and get 60 minutes free talk time nationwide and also free calls to five P1 numbers. This offer gets me itching to subscribe for it and start calling Nabil in Germany and Wani in UK. Because it only costs me 10 cents per minute to make phone calls worldwide. Plus, there will be no rental charges, the setting up takes about 3 minutes or so, and at this very moment they are having a promotion for those people who are interested to get for the P30 and P50 plans. Whereby there shall be 50% off commitment fee for the first 2 months. Not tempting enough?

*click to enlarge*

Okay, this is actually the valid reason why I need to subscribe to the plan now and not later. I stumbled upon this poster in their website and was never reluctant ever since. Hehehe.


Frankly, the clearly-written RM36,000 amount of prizes should be the main attraction here. And I could stand a chance to win an Ipad, or a Panasonic dect phone, Fast 5 merchandizes goodie bag (omg the movie is amazing, it’s, it’s, it’s supercalifragilisticexpialidocious! Boo to those who have never watched it) and not to forget, an in-season movie ticket. Well at least you don’t need to pay RM 12 for the tix, what a way to save :D (Now u know how cheapskate I am)

All you need to do is subscribe to P1 4G modem and get any one of the voice plans ranging from P10, P30, and P50, sit back and get ready to receive a call and answer a P1 question (subscribers will be chosen randomly). And if you get the answers right, you’ll be entitled to win any of the stated prizes. The Furious Voice contest starts from 25th April to 5th June 2011! Go get it nowwww!

May 12, 2011

Pisof.

Berapa keratlah sangat kalau dapat dikira orang yang betul-betul baik hati dekat dunia ni? Sebab lagi ramai orang yang buat-buat baik just for the sake of menjadi baik. "Aku jadi baik sebab nak nampak baik di mata semua orang." Ramai orang rasa kalau dia jadi baik, tak cari gaduh, laid back sikit, lek lek brador, takkan menjadi pe'el untuk cetuskan pergaduhan. Kalau aku baik, mesti orang lain pun baik dekat aku kan, so kalau semua orang baik, diharap tidak berlakunya umpat-mengumpat.

Tapi aku cukup menyampah drama-drama typical kat TV yang heroin dia tersangatlah baik mulia ya amat, heroin dia stok kalau kau baling tahi kat muka dia pun, dia akan buat puppy eyes dan masih kelihatan comel gils dan masih disayangi hero tak kira betapa busuknya bau yang mencengkam hidung si hero. Sebenarnya, aku telah terkeluar tajuk. Maaf semua. Tadi aku baru tengok drama Air Mata Azizah lepastu tengok pula Cinta Melody. Aku menyampah sesangatlah kalau watak antagonis tu, kalau dibuat jahat, memang sehabis jahatlah. Memang paling jahat lah orang tu. Pastu yang watak protagonisnya mesti paling mulia dalam dunia. Lepastu cerita tu akan bersambung, bersambung, bersambung, habiskan masa aku yang setia ni dok mengadap cerita tu setiap petang sambil kupas bawang. Tapi serious I tengok Cinta Melody hanya kerana Randy. OH RANDY MENGAPA KAU SANGAT HOMEI-LICIOUS?!

Hiks hiks hiks, tak gosok baju ke takde iron ke meh abang iron kan meh kat abang meh.

Dan lihat betapa terkeluarnya aku dari tajuk buat kali kedua. Sebenarnya, aku nak tulis kenapa aku pissed off hari ini. Bukan sebab drama sobs sobs atau sebab Randy, bukan. Tapi sebab benda lain. Tapi aku dah lupa. Sebab bila aku google gambar Randy, aku lupa yang aku sebenarnya nak tulis apa. Nanti aku marah buat kali kedua lepasni aku tulis kembali. Jeng jeng jeng.

May 6, 2011

Tiny winy bit.

At last I'm freeeeeeeee like carefreeeeee.
*muka habis exam mintak penampar*