Dari kecil aku dah terlatih untuk deny deny deny. Untuk menidakkan sesuatu yang benar. Tetapi dalam hati, aku sendiri sahaja yang tahu. Tapi tanpa disedari, aku baru perasan, aktiviti kerap dengan menidakkan benda-benda yang terjadi makin lama memakan diri. Dari menjadi tidak jujur semakin lama, bercakap bohong dan menipu. Lebih perit apabila bergelut dengan penipuan sendiri. Berasa jijik bila tahu aku menipu? Atau berasa jelek kerana sedang hidup dalam penipuan juga?
Dari kecil itu maksud aku, bukan seperti menipu kedua mak bapak aku yang aku pernah bunuh orang tetapi mengaku tidak pernah menyentuh walau seekor semut hitam pun. Bukan itu. Tetapi, begini.
Exhibit pertama;
Seperti biasa, kebanyakan budak akan belajar untuk mengenal erti malu. Beretika sikit biar tahu apa itu malu. Jangan minta macam-macam bila berada di rumah orang, dan beradab di depan orang tua. Jadi hari itu aku harus ke rumah kawan mak aku. Umur aku masih 8 tahun. Cukup waras untuk mendalami apa maksud malu. Tiba di rumah kawannya, kami dijemput masuk rumah. Tiba di ruang tamu, mak cik itu offer aku air. Tapi belum sempat aku jawab, mak aku kata tak perlulah, tak mahu susahkan mak cik itu lagipun kami hanya sekejap saja di sini.
Beberapa minit lepastu mak cik itu bawa keluar air. Dia tambah lagi, semalam birthday party anak dia, masih ada sedikit kek hari jadi dalam peti sejuk. Mahu ke? Aku memang pantang di offer kek. Di offer atau tidak pun memang pantang. Terutamanya kek kahwin. Sebab simple. Butter cake biasa dengan krim yang tak berapa manis. Sebab kakak aku wedding planner, setiap kali dia balik kerja, aku mesti tanya, takde kek ke. Nak kek juga! Nak kek juga! Ini perangai tak tahu malu kalau umur dah tua bangka ditambah lagi pergi berguling atas lantai buat pusingan ikut arah jam. Annoying gila. Bagi kaki kang terus menggelepur.
Tapi aku jawab tak mahu lah kek itu. Sebab kenyang. Lepastu dia offer, nak naik atas main game bersama anaknya tak. Lepastu aku jawab lagi eh takpelah. Sebab malu juga. Sekarang anak lelaki dia pun dah besar sebaya aku, hensem gila. How I wish I could turn back the time, and jawab ye saya mahu! Saya putar Halim. Mesti sampai sekarang aku masih berkawan baik dengan anak lelaki dia yang hensem tu. Tapi kerana perasaan malu tapi mahu, selalu in denial, sampai dah besar ni pun suka buat buat malu dan konon-konon tolak pelawa orang lain. Padahal dalam hati cakap, stupid iz stupid iz stupid. Dan paling tak boleh blah, boleh berharap supaya mak cik tu tanya balik betul ke tak mahu? It actually works this way, you know.
Mak cik : Kejap ye mak cik buatkan air untuk anak.
Aku : Eh takpelah mak cik. Menyusahkan mak cik je.
Mak cik : Eh tak ada lah menyusahkan. Tak nak ke?
Aku : Takpe, takpe. Lagipun saya nak cepat ni.
Mak cik : Betul ni? Jangan menyesal nanti kempunan.
Aku : Ha bolehlah, lagipun saya tengah free sekarang.
*Note : Kali ketiga membalas ajakan biasanya akan menyerah kalah. Jadi kalau kau tanya Betul ni tak nak? dengan hanya satu kali sahaja, bermakna kau tak ikut mechanism yang betul.
Exhibit kedua;
Aku berumur 11 tahun. Di dalam kelas aku, ada seorang budak lelaki yang tersangat comel. Semua orang menyukainya dalam diam. Semua pelajar perempuan termasuk aku. Kebetulan sepupu aku berada di dalam kelas yang sama dengan aku. Sepupu aku kebetulan juga merupakan BFFS (Best Friend Forever Sangat) dengan budak lelaki yang tersangat comel itu. Sepupu aku tahu aku suka pada kawan baiknya, tetapi dia diamkan saja. Dia tahu pun sebab aku tahu dia curi-curi baca diari aku sebab kebetulan lagi sekali, kami jiran. Jadi, rumah aku rumah dia, rumah dia juga rumah aku.
Tapi aku tak perlu ugut untuk ingatkan dia sila senyap dengan rahsia aku suka kawan baik dia tu sebab kalau tak aku akan bagitahu semua orang dalam kelas yang dia suka kawan baik aku. Cliche sungguh. Sebenarnya aku tak tahu pun dia suka ke tak, aku main agak je. Sebab kawan baik aku merupakan pelajar perempuan paling cantik dalam kelas. Aku dari kecil selalu berkawan dengan perempuan cantik, akibatnya aku selalu sahaja jadi yang tak cantik.
Jadi suatu hari nak dijadikan cerita, kawan baik aku yang cantik ini telah mengkantoikan sepupu aku bahawa dia tahu yang sepupu aku ini minat dekat dia. Aku tak tahu macam mana dia tahu. Tapi yang pasti aku tiada kena mengena langsung dengan kontroversi mereka. Bila aku balik rumah, aku perasan ada parcel untuk aku. Ada orang post parcel di waktu aku berumur 11 tahun. Sudah pasti sepatutnya di tahun yang lampau, budak sekolah Darjah 5 tak mungkin order baju atau selendang melalui poslaju, sekarang mungkin. Jadi aku buka.
Sebiji kalkulator colourful yang size sebesar telefon rumah (serius besar) telah ditujukan untuk aku. Nota dekat kalkulator tulis, "I love you" dari, Amirul. Obviously nak mintak penampar betul sepupu aku ni. Macam aku taktahu kalkulator tu milik dia, aku selalu main kot bila pergi rumah dia. Lepastu dengan takde setem atau apa-apa yang indicate ianya dihantar melalui pos, memang menyirap sebab dia telah memainkan perasaan aku dengan sewenang-wenangnya. Lepastu aku bergaduh dengan dia. Bergaduh bukan sebab aku tahu hadiah itu dari dia. Bergaduh sebab sepatutnya hadiah itu bukan dari Amirul kerana bak kata tuan empunya mulut,
"Aku tak suka Amirul lah, geli gila, euw, wekk wekk (sambil buat aksi muntah) ," kata aku.
Denial, denial. Dalam hati ada taman, tapi bila keluar mulut, sehabis boleh nak yakinkan semua orang yang aku tak ada hati langsung yada yada yada.
Kawan aku punya tahap in denial lagi sadis. Dia sampai sekarang tak nak mengaku yang dia sebenarnya suka kawan baik dia. Sekarang, tiba-tiba dia dapat kad undangan kahwin dari kawan baik dia tu. Dan aku tahu, sampai sekarang sebenarnya dia masih ada feeling dengan kawan baik dia itu walaupun telah lama melepas.
Ataupun seorang isteri yang terperangkap dalam perkahwinan paling neraka. Hari-hari kena dera, hari-hari kena pukul, suami dia dah lama bercerekarama dengan perempuan lain dan dia pun tahu itu. Tapi dalam hati in denial sungguh. Sehabis boleh percaya suami dia akan berubah dan sebenarnya semua ini hanyalah mimpi ngeri.