Semalam tiba-tiba kelam sangat kat dapur. Balik kerja pergi dapur semua, terus tolong masak untuk berbuka. Lepastu tengah basuh kerang, tetiba periuk panas kemain yang baru digunakan untuk buat caramel terkena dekat tangan tak berapa mulus ni. Semua sebab sambil basuh kerang sambil buat muka comel dengan kucing. Sekali hazab, padan muka, merasa terbakar sekejap. Sapu colgate kat tempat melecur, beberapa jam lepastu terus ada kesan lecur dekat tangan. Hitam, terbakar. Kalau nak kahwin, hantaran for sure kurang RM 500. Ini baru rasa periuk panas, belum lagi rasa api neraka, pergh tak sanggup. Lepastu dalam kecerahan dekat tangan ni, tempat lecur tu kemain hitam, terus rasa kecerahan kulit tidak kekal lama, dalam masa beberapa jam telah hitam kerana periuk panas.
Kelmarin, terpakai dua selendang pergi office. Satu tu untuk buat tutup bahagian yang perlu ditutup, satu lagi pakai lah atas kepala. Kemudian time balik, terasa panas pulak sebab matahari mencengkam mata dan kulit membara-bara sambil drive sambil terkebil-kebil nak tengok jalan. Lepastu sarungkan selendang yang besar warna hitam terus buat ala-ala pakai purdah. Sambil drive, rasa sejuk sekali. Pernah tak terfikir, rupanya tutup satu badan lagi sejuk dari tak tutup. Sebab bila kena sinaran matahari yang bukan dari pukul 8 sampai pukul 10 ke? Sebab time tu ada vitamin kan. Jadi untuk panas matahari yang macam tengah tengah hari tu, kulit terpelihara di bawah lapisan kain sangat kalau berjilbab terus. Sebab tu orang Arab sebenarnya kulit cantik sangat.
Tapi lupa pula diri ini kalau memandu macam orang gila. Cepat naik angin kalau orang yang tak beratur line tetiba nak cut line dengan tak beri signal lepastu tak angkat tangan kalau orang kasi jalan, jadi bila terhon, orang pandang, dah nampak macam wanita berpurdah garang.