25.11.11

Saya perokok pasif.

Jiran I adalah seorang perempuan cantik yang bernama Hani. Telah ditemukan jodoh dengan seorang jejaka yang juga merupakan seorang perokok tegar. Rokok yang selalu dihisap adalah Dunhill Merah, kadang-kadang Lucky Strike sebab takde filter. Hani menjadi seorang isteri dan ibu kepada 5 orang anak, berusaha untuk mempengaruhi suaminya berhenti merokok. Agak kasihan melihat usaha dia nak sihat, hari-hari exercise 30 minit sebelum pergi office, seorang vegetarian, melatih anak-anak menjadi vegetarian, makan begitu banyak jenis vitamin dan supplement, selalu nak tidur yang mencukupi, tak mahu rekod kesihatan buruk, dan selalu mempunyai bmi yang ideal.

Tapi walaupun nampak macam rutin harian dia sihat, dia makan berapa banyak vitamin pun hari-hari, dia dan anak-anak dia adalah perokok pasif. Perokok pasif apa bah? Perokok pasif ialah orang yang tak merokok tapi terdedah pada asap rokok at least for 15 minutes dalam masa 2 hari. Kesian dekat golongan macam Hani dan anak-anaknya yang hanya menjadi second hand smokers. Sebab, perokok pasif kena tanggung bahaya 3 kali ganda dari bahaya yang ditanggung perokok aktif. Sebab 25% zat beracun dapat dekat perokok aktif, 75% lagi berlegar di udara dan menjadi santapan perokok pasif.



Untuk golongan perokok pasif seperti jiran saya, saya dan sesiapa saja di luar sana yang tak merokok tapi hidup bersama perokok, risiko tinggi untuk kita mendapat kanser paru-paru, jantung koroner, infeksi paru-paru seperti pneumonia dan bronchitis, menambahkan keseriusan serangan asma, and for pregnant moms mungkin akan directly affects janin atau kelahiran pramatang. And if I’m not mistaken ada terbaca article yang mengatakan perokok pasif ada risiko tinggi untuk dapat kanser payu dara sebab chemicals dari tobacco reach breast tissue and can be found in breast milk kot. Tak kira lah sahih ke tak berita ini tapi sebab aku taknak kena kanser payu dara jadi I shall be aware, always.

Sebab takde akta yang melindungi hak perokok pasif untuk menghirup udara segar tanpa mixture of asap rokok (hahaha!) jadi the only possible ways yang ada mungkin dari segi komunikasi. Sebab walaupun banyak non-smoking areas siap dengan papan tanda gedabak disediakan no smoking, tak jalan jugak kan. Maybe instead of putting “No Smoking” sign up there, mungkin boleh letak ini?


Tapi memang komunikasi adalah cara terbaik untuk tidak menjadi passive smokers. Contohnya, aku yang annoying bila lepak dengan member-member lelaki, lepastu satu meja smoke dengan muka puas tapi semua dok kibas-kibas asap rokok supaya pergi jauh-jauh. Pastu bila I tanya kenapa, diorang cakap, “Pasal sayang kat kau lah kitorang tak kasi kau hisap asap rokok nih,” Awww cuwit cangatt.

Ini berita baik untuk tak kira perokok aktif atau pasif, Kementerian Kesihatan ada anjurkan contest untuk dimenangi. Gambar paling kreatif dengan tema “Taknak kepada Rokok” akan menang. Pemenang akan dipilih berdasarkan 50% undi dan 50% markah juri.

Syaratnya : Tiada image rokok atau kotak rokok langsung dalam gambar anda.

Hadiah Utama : RM 1000.00, Tempat Kedua : RM 700.00, Tempat Ketiga : RM 500.00, Tempat Keempat : RM 300.00, Tempat Kelima : RM 150.00 dan hadiah saguhati : baucar RM 50.00

Layari SINIII untuk jawab segala persoalan lain yang bermain dalam kepala anda, dan like facebook page --->> www.facebook.com/TAK.NAK.MEROKOK lepastu copy paste link ini bagi kat kawan/boyfriend/tunang/suami kalau berani.

22.11.11

Selamatkan poket koyak

Kerana telah lama laptop meragam sekali dengan handphone, memang mintak poket aku kena kopak. Ingat aku cop duit ke boleh beli handphone baru dengan laptop baru hari yang sama, sebab dua-dua urgent gitu. Jadi kena browse through internet sambil buat muka orang urban tapi meratah tempoyak ikan bilis. Tengok ada barang baik tak yang affordable plus boleh mengagumkan diriku sebagai smartphone yang hebat dan juga boleh melayari internet setaraf dengan sebijik computer.

Terus terjumpa hotstuff yang dipromote dekat cawangan Celcom sekarang. APA INI SAMSUNG GALAXY NOTE? Nota galaksi Samsung, hanya dijual untuk pengguna Celcom je, tee hee aku pengguna Celcom so aku lantik diri sendiri jadi VVIP.


Samsung Galaxy Note adalah smartphone dan tablet, nah hambek kau takpayah nak bawak laptop, handphone, organizer, buku nota, mp3 pergi kuliah buat kerja. Beg aku pun asyik putus sebab bawak banyak sangat barang, macam baru balik dari Mydin padahal nak pergi kelas balik rumah. Macam paling sibuk dalam dunia bila bawa banyak barang, feeling macam businessman walhal seorang pelajar sem 4. Ok, simpati.

Sebab aku ni suka bajet, kalau nak surf internet tengok youtube memang nak melalui skrin paling gedabak kalau boleh selebar meja hakim, jadi kalau beli yang ini mesti puas hati sebab skrin dia 5.3”. Kalau nak nampak intelektual (kemain), boleh pakai S Pen stylus dia buat-buat salin nota dalam kelas walhal main game. Camera pun tak payah bawa kulur-kilir sebab 8 megapixel untuk kamera belakang, kalau nak camwhore muka webcam ada kamera depan 2.0 megapixel.

Storage pun boleh tahan besar 16GB atau 32GB boleh simpan movie atau record muka sendiri sampai 3 jam lepastu tengok balik dekat rumah. Yang paling penting, harga serendah RM 1,368 untuk Celcom Exec. Hmm hmm kena buat list pros and cons untuk start menabung duit untuk beli Samsung Galaxy Note lepastu balut cantik-cantik, letak kad "A gift for someone special," akhir sekali letak dekat depan pintu bilik pastu pergi kelas. Balik kelas, buat-buat tanya semua orang rumah siapa yang tinggalkan hadiah begitu best depan bilik tidur siap letak kad cakap aku teristimewa. Malu tau bercinta dengan diri sendiri macam ni.

Nak pilih pakej-pakej yang kot-kot terberkenan, pergi ke SINIIIIII