December 29, 2011

Skema mode

Jangan masuk mana-mana fitting room pada pukul 11.59 malam pada 31 December 2011. Sebab hang akan keluar tahun depan. Tak kelakar ke? Sila geletek ribcage sendiri. Inilah usaha berbunyi comel di akhir-akhir semestah.
Kalau boleh taknak habis tahun 2011 pasai makin dekat dengan first paper untuk final exam. First paper kita 10 haribulan, tapi takde gap pun. Kesian. Kira hari ni hafal land law. Sejam habis paper land, tumbuk otak rendam dalam liquid paper untuk lupakan semua case dengan sections untuk bagi space pada criminal pulak. Habis criminal tumbuk otak dan rendam dalam clorox untuk kasi space pada admin trust dan begitulah sehingga tamat final exam. Dan by the time habis exam terus lupa apa telah ku belajar sem ini.
Tapi kali ini pembakaran diri umpama membakar lilin di tengah malam ditemani dengan hadiah air zamzam oleh ibu. Mudah-mudahan lebih senang melekat apa yang dihafal tanpa perlu menangis masa tengah tulis matrix id dekat buku jawapan sebab tetibe lupa nama defendant dalam case. Ataupun lupa nama bapak si plaintiff.
Dan sebab haritu terpesan dekat mama belikan purdah untuk berlakon mock trial, sekali mock trial dah habis, purdah baru sampai, sekali ada 4 helai. Siapa nak pakai sekarang?

December 24, 2011

Pernafasan almost terhenti.

Haritu baru je celcom launch data plan dengan Iphone 4S, belum sempat habis kumpul sehari seringgit untuk mampu membeli sebijik, dah datang ahli keluarga Celcom yang baruuu, bernama Samsung Galaxy Tab 8.9 *pengsan* galaxy tab taknak macam baru lagi ke apa sekali dah keluar yang paling baru memang tak mampu cope dengan kemajuan ini. Tetapi dengan Celcom semuanya mampu macam andaikan tagline celcom sebagai Aku mampu, kau mampu?

Semua dah sedia maklum kehebatan sebijik samsung galaxy tab apatah lagi yang latest - lebih laju, lebih nipis, lagi ringan dengan features baru 16GB internal memory, camera yang lebih sharp supaya tekstur muka tak nampak seperti pori-pori kulit tu gedabak, ukuran skrin 8.9" dan equipped dengan android 3.1 tak lupa juga mampu online pakai wifi atau 3G, jadi baik subscribe under Celcom Broadband plan untuk dapat serendah RM 1,288 sebab coverage yang bagus dan reasonable :3

Apa? Rasa macam geli-gelisah taktau nak pilih galaxy tab yang paling sesuai? Hergngh kite tahu, boleh pilih Galaxy tab 7" dari RM668 atau Galaxy tab 10.1 dari RM1468. Nak tengok gambaq dengan data plan yang sesuai, pergi SINIIIIII

December 21, 2011

Percutian sebelum final.


































Konklusi : Masuklah kelas environmental law untuk elective paper anda,
best gila wei handle project :')

December 15, 2011

Menari mak yong

Hai challoz challoz. So siapa yang belum daftar kan diri sendiri untuk dapat jemputan eksklusif ke Launching Iphone 4S Celcom yang akan diadakan besok? Kalau belum, pergi pre-register yourself, so boleh megah dengan Iphone 4S pada kawan-kawan anda yang hanya memakai Iphone 4, Iphone 3G mahu pun Iphone buatan China yang nampak ori tapi bila unlock, okay bye sedih. Bila main game, keluar lagu jinjang bukit kuat gila lepastu semua bahasa cina punya instructions, kalau main dalam kelas memang kantoi gila telah membeli Iphone ciplak. Mana aku tahu? Of course la sebab aku beli jugak, dan nasib baik juga telah dicuri oleh perompak yang pecah masuk rumah aku tahun lepas. Mesti dalam kepala otak dia pikir fuh dapat Iphone siot. Pastu sekali. Okay takpe, kesian kau perompak. Kalau kau baca blog ni, hello, pulangkan balik tabung CIMB Bank aku. Dalam tu semua duit 5 sen, kesian gila kau rompak rumah aku tak dapat apa dan tahniah kepada diri sendiri kerana telah terkeluar tajuk.

Okay so mari daftar di SINI untuk dapatkan jemputan eksklusif nyeww, dan SINI untuk informasi lanjutan. Ada juga yang bertanya, data plan yang disediakan oleh celcom untuk Iphone 4S terbaru ni. Jadi sini aku nak tampal lah rate dia, boleh la korang mini mini mai ni mo dari sini okay? Okay nanti belanja la I satu. I tak pernah ada Iphone, I pernah ada tapi ciplak China punya, beli sebab apa? Sebab murah gila lepastu sebab kawan aku beli satu, kalau beli dua dapat harga separuh, jadi aku pun beli =_=" Tudia inilah sifat kesetiaan kawan yang tebal gila dalam jiwa ku. Oh pastu aku tak boleh pergi launching Iphone 4S Celcom tu besok kerana waktu malam dan malam adalah curfewku dan juga ada test Criminal on that day so bye korang yang kaya beratur beli Iphone 4S, byeeeee.

Contract untuk 12 bulan *click gambaq untuk besaq*

Contract untuk 24 bulan *keliq laq*

December 11, 2011

Yang ku nanti tak kunjung tiba.

Kalau dekat luar negara dah beratur orang pakai Iphone 4S, like hello sekarang turn Malaysia pulak. Akhirnya yang ku nanti-nanti telah pun tiba, tak, bukan orang masuk meminang tapi Iphone 4S! Siapa cakap aku nak beli, I hidup sebatang kara. Memang haruslah aku nak kawan aku yang beli, lepastu aku nak self capture gambar pakai Iphone 4S dia lalu set as wallpaper. Sebab camera dia 8.0 megapixel, processor lagi laju dari Iphone 4, ada iOS 5 dengan iCloud.
Untuk yang gila Iphone di luar sana *mengerling tajam* sekarang Iphone 4S dah tiba di Celcom berdekatan korang. Bila? 16 December 2011, dan memandangkan I guna Celcom, I tahu rate dia very reasonable and coverage dia besaq baq anggg. Sambil selam minum air. Tapi kau jangan bawak Iphone kau swimming dalam air. Sebab dia tak muat masuk pelampung.

Pergi SISISISISINIII untuk dapat jemputan eksklusif untuk ke Official Launch Iphone 4S Celcom di La Bodega, Bangsar Shopping Centre KL. Kalau nak baca lebih-lebih lagi sebab aku kurang berleteaq harini, pergi SINI

Yang paling best sebab ada Siri. Bukan Suri iaitu anak Tom Cruise ataupun seorang suri rumah yang datang percuma bersama Iphone 4S, mahupun Suri ram ram suuuuri ram ram ram. Bukan, tetapi P.A kau sendiri, apape kau nak, mintak jewww. Macam dalam video ni, ha so bolehlah mintak jawapan untuk final exam punya paper. Pandai jugak aku ni. Lagi pandai kalau kau jenis orang yang takde kawan, boleh lah sembang-sembang dengan Iphone 4S ni, main truth or dare ke, kau je tanya dia, dia tak boleh tanya kau, kalau dia tanya kau, jadi macam Adult's Play, ha Chucky sangat. Ok aku takut.

December 7, 2011

Ombak Perindu.


Dalam tinggal 3 minggu lagi untuk ke final exam, aku rasa dalam seminggu aku tengok wayang berderet-deret lepas kelas. Sebab nak tengok Ombak Rindu punya pasal. Dari hari pertama keluar tak pernah book ticket, berlari pergi kaunter tiket dan akhirnya selalu tinggal barisan paling depan skrin saja. Jadi sebab tiada Ombak Rindu semua sold out, bantai tengok apa-apa cerita yang ada, baik Hindi atau pun Hong Kong. Jadi sekarang duit belanja bulanan dah tinggal RM 2, tadi lepas kelas beli air tin dengan biskut raya hidayah kat atas rak tepi vending machine. Kalau jenguk dalam dompet memang rasa nak fotostet duit. Akhir-akhir tahun begini ditambah lagi dengan kewujudan Y.E.S, hanya mampu meratah kaki bila tengok semua kawan beli handbag baru, kasut baru, baju baru, laki baru. Kita tak mampu, kita ratah kaki sendiri sebab free je.

Dengan assignment bertimbun tak pernah habis, tests dari bulan januari sampai disember tak pernah takde, of course belum study untuk final sebab kalau ada free time, tengok Masterchef. Kalau takde free time pun tengok Masterchef. Minggu ni free sikit sebab mock trial dah habis, LRM final draft pun dah hantar, result wallahualam. Jadi sebab ada free time sikit boleh tengok Ujian Rasa Masterchef. Memang itu je aku tengok sebab balik kelas pukul 8 malam. Habis Masterchef baru kesal tapi takpe. Sebab kalau tak jadi peguam, nak masuk Masterchef. Walaupun potensi tersingkir dari audition pegang kuali itu ada.

Nasib nak buat court report pun takde lagi. Bila pergi mahkamah, tiba-tiba semua DPP ada conference. Takpun, kes dah habis perbicaraan. Bila group lain pergi semua dapat kes yang stok bunuh orang, bakar orang, rogol orang, jual dadah seludup dadah, stok hukuman gantung sampai mati, penjara seumur hidup semua, jealous i. Jadi harap-harap minggu depan pergi, tolonglah ada kes paling menarik untuk buat report sebab nak attract attention Madam supaya tidak tidur baca report. Amin.

Lepas final exam, first time buat praktikal. EXCITED. Sebab buat jauh-jauh, jadi dapat tidur rumah Ily, dapat gomol-gomol dengan Adeebab, dapat tidur sebelah Ily, dapat buat Ily annoyed hari-hari. Jadi sebab dah terpilih tempat praktikal yang jauh dari rumah, maka haruslah bermulanya misi menabung dari sekarang.

Menabung dari sekarang. Menabung. Dari. Sekarang. Berkabung dari sekarang.

December 1, 2011

Dan Nilku mulai kering oleh Mesirku yang mulai berubah.

Bila aku bersyukur dengan apa yang aku dapat, aku akan tatang ia bagai minyak yang penuh. Tetapi minyak yang penuh itu takkan selamanya mahu ditatang, lambat-laun pasti mendambakan kebebasan untuk melimpah keluar, dan pada waktu itu tidak akan penuh lagi minyak yang selama ini ku tatang. Dari setitik yang tinggal, akhirnya kering-kontang.