January 29, 2012

Aku bercakap dalam hati.

Aku bercakap dalam hati tentang cinta, tentang setia.
Aku takkan boleh luahkan melalui mulut tentang cinta dan tentang setia.
Kepercayaan sememangnya datang bersama cinta dan setia.
Perasaan untuk berubah sepatutnya berlaku kerana cinta dan setia.

Aku tak punya apa-apa kecuali cinta dan setia.
Dan kau juga tak perlu apa-apa untuk tunjukkan perasaan cinta dan setia.
Aku cuba untuk berfikir dengan akal dan bukan dengan hati atau perasaan.
Tetapi akalku sempit kerana telah hilangnya cinta dan setiamu.

Di dinding mukamu aku dapat lihat cinta dan setia itu.
Walaupun di dinding hati cinta dan setia itu buat dia.

Ah. Yang penting bukan aku putus cinta.