January 16, 2012

Senggol senggolan cubit cubitan

HABIS DAH PAPER AKU HABIS DAHHH WOII, SEMUA CORE SUBJECTS HABIS DAH. Tinggal satu je lagi paper, elective subject, di mana aku amek enviro k bye. Taktau camne nak study enviro ada gap dua hari tapi selama dalam kelas tidur sorok muka belakang beg. Apa nak jadi apa nak jadi sampai sekarang tak kahwin lagi.

Dalam masa dua hari ni aku nak buka akta environmental quality yang aku pinjam dari Marlisa tu yang stok berbelang sebab berjemur dalam kereta omg marli if you're reading this, please don't be mad, buku kau berbelang sebab berjemur kat cermin belakang kereta aku, dia dah jadi tanned dengan overnya.

U allsz taktau aku dah buat list penuh dah nak buat apa habis exam ni, sebab aku ada cuti seminggu je untuk berjimba lepas habis exam sebab on 30th january aku start practical *nanes* Manja nya tulis nanes, manja macam baby. *Sila masukkan ayat mencarut di sini*

Okay jadi sebab ada seminggu je masa untuk berjimba KENA PLAN DENGAN JAYANYA, plan study tak plan dengan jayanya, malah tiada plan dalam hidup ke apa, tapi kalau main GTA atau zombie apocalypse begitu teliti mengorak langkah seolah-olah tidak akan paling ke belakang. Bila dah habis practical sebulan, hanya ada 5 hari je nak berjimba balik sebab lepastu masuk semester baru. OKAY SEKARANG AKU NAK DEMAND BALIK CUTI 4 BULAN TU MANA KAU MEH SINI.

Okaylah nak pi blajaq, sebab nak berjaya dalam hidup, nah ni gambaq ceq. Aku suka gambar ni sebab camera tetibe menjadikan muka aku macam pisang. U know I look cool acting like a banana.

COOL BANANA

*Sambung blajaq*