So aku dah kena start kemas kemas barang aku sebab nak pindah bilik. Sebab bilik yang aku duduk tu akan ditukarkan menjadi bilik pengantin untuk kakak aku nanti. Jadi sesi membuang barang-barang tak guna memang begitu banyak sekali. Tapi takkan nak buang barang yang mahal-mahal kan, sebab masa nak beli titiskan air mata depan cashier sambil pegang kad pelajar sebab tak dapat diskaun pelajar (ok aku tipu) jadi kenalah jual balik. Kalau barang murah pakai sampai habis atau paksa adik adik lelaki pakai. Haha sungguh amat villain disitu.
Siapa yang rasa nak beli barang-barang yang aku letak ini, sila PM saya di macam_iz at yahoo dot com. Semoga dengan ini almari ku kosong kosong belaka. Barang-barang di bawah antara tak pernah pakai langsung atau pernah pakai sikit je. Okay salamz. Jeng jeng jeng.

SunPlay Skin Aqua Moisture BB Cream SPF 36 PA++ (Normal to dry skin) RESERVED
Harga asal : RM 30
Harga saya : RM 25 termasuk postage.
Yang ini, aku tak pernah pakai langsung. Tak caye scroll bawah, tengok ada dua. Apakah begitu tamak ini? Ya aku memang paling kerap beli BB cream, sebab aku pakai mekap pun BB cream jelah sebab dia ada SPF, dan SPF itu begitu penting sebab bila tua taknak ada tompok cokelat kat muka kan. Jadi dok tonyoh ni padahal ada 8 botol BB Cream dalam almari. Yang ini akan kasi effect dewy, jadi nampak macam glowy glowy muka tu. BB Cream ni bagus sebab orang pemalas yang takde moisturiser dan sunblock dan foundation, boleh terus pakai ni lepas basuh muka sebab dalam BB Cream ni ada ketiga tiga benda tu.

SunPlay Skin Aqua Silky BB Cream SPF 29 PA++ (Oily to normal skin) RESERVED
Harga asal : RM 30
Harga saya : RM 25 termasuk postage.
Mesti nak tanya kenapa beli sampai dua pastu tak pakai langsung? Sebab atas tu kakak aku punya, yang ini aku yang punya. Pastu kakak aku bagi aku sebab dia tak pakai padahal aku pun tak pakai lagi aku punya. Sadis kat situ sebab sibuk nak pakai BB Cream walhal yang aku beli 2 tahun lepas punya pun tak habis lagi hihihi. Yang ini untuk kulit berminyak dia akan control oil and sebum production. Suka hati aku je.

L'oreal True Match Super Blendable Foundation SPF 17 PA++
Harga asal : RM 79.90
Harga saya : RM 50 termasuk postage.
Yang ini sayang nak let go, sebab beli kenapa, terbaca article make up yang kata true match foundation ni adalah foundation paling bagus untuk barang mekap bawah RM 100, jadi terus beli bila nampak kat Guardian. Pastu tak pakai, sebab mahal pastu simpan dalam beg mekap. Satu lagi sebab BB cream dua tahun lepas tu tak habis lagi. Dan sebab satu lagi aku hanya pakai foundation kalau ada kenduri kahwin so camne sekarang, kenduri kahwin setahun 5 kali je, memang saving foundation.

Ini shade dia, R2 untuk Apricot Ivory, yang ini kira tengah tengah lah, tak gelap dan tak pucat sangat sebab kulit aku macam tengah tengah lah tak putih tak gelap sangat, aku rasalah. Malunya kalau salah.

The Body Shop Vitamin E Face Mist 100 ml RESERVED
Harga asal : RM 49.90
Harga saya : RM 25 termasuk postage.
Oh oh kalau kat atas tu semua tak pernah pakai, yang ini aku pernah pakai sebab dia tinggal dalam 80% kuantitinya. Ini bagus kalau dah pakai mekap pastu kau spray ini last sekali untuk kasi mekap tu mendap dalam kulit, pastu kasi effect glowy kat muka. Cuba baca makeupalley untuk review, semua orang suka produk ni sebab dia macam cheaper alternative untuk Mac Fix+ yang mahal nauzubillah. I pakai kalau tengah pakai mekap tebal macam berlakon mock trial haritu hehehe. Pastu lama je mekap tu kat muka. Tak nampak cakey lah application dia. Pastu yang ini jugak boleh buat basuh berus mekap, spray sikit kat berus then bersihkan atau spray kat berus eyeshadow sebelum pakai eyeshadow. Aku tak pernah pakai eyeshadow so aku akan blah sekarang.

Fantasy by Britney Spears EDP RESERVED
Harga asal : RM 200 kot lupa dah
Harga saya : RM 100 termasuk postage.
Yang ini dulu aku suka sangat sebab bau dia sweet gila. Pastu ini ori 100% authentic perfume beli kat Parkson tahun lalu. Yang ini saya pernah pakai, tapi tinggal lagi 90% macamtu sebab aku pakai satu spritz je itu pun kalau nak keluar dinner. Sebab biasa kalau keluar hari hari pakai deodorant saja. Kotak dia dah terbuang so anda akan dapat botol nya sahaja ok sadis di situ. Aku tak pakai perfume ni dah sekarang sebab sekarang aku pakai J'adore Dior tu yang penutup dia macam gelang emas menjinjangkan leher seorang perempuan tu. Yang itu wangi gila u ols, pastu bau macam orang 22 tahun. Cewwah.
3 comments:
Ade lg x facemist body shop 2?
Ade lg x facemist 2?
Ade lg x facemist body shop 2?
Post a Comment