Aku ni bukan lah ada kulit yang licin bebas dari cela. Amboi kata-kata macam iklan sangat. Tapi bila ada beberapa e-mail yang minta tips untuk hilangkan jerawat ataupun produk yang bagus untuk hilangkan jerawat, saya kok bingung bangat. Sebab macam mana orang kulit tak flawless nak bagi tips? Umpama promoter yang muka seperti bulan ditonyoh mekap 8 hinci lepastu pergi kat kau dan cakap dengan muka yakin, "Dik, muka adik tu sangat kusam, berjerawat lagi kalau akak tanya adik ni ada boyfriend ke tak, mesti adik nanes sambil berlari anak,"
Tapi sebab orang bertanya, kita menjawab. Orang memberi kita menerima. Eh eh. Jadi saya jawab juga lah walaupun muka saya tidaklah licin dan bersih. Sebab jenis muka I (tetiba sangat pakai I) adalah kering dan sensitif. Jadi muka I selalu merah-merah kalau panas/sejuk/tengah makan/selepas ke tandas dan sebagainya. Bila dipicit semasa facial juga pun cepat dia merah dan lambat untuk reda. Kalau merah kat apple cheeks takpe, nampak lah macam ada blusher, ni idak. Haruslah merah umpama terbakar macamtu.
Nak bagi tips untuk hilangkan jerawat. Selama ni, kalau ada jerawat, aku picit je. Sebab picit picit dia keluar tinggal parut pastu hilang parut. Haa mudah kan. Kalau tak picit dia duduk situ, kalau dia rasa nak hilang dia hilang lah. Aku dan jerawat kawan baik sangat, telepathy eh. Tapi untuk jerawat yang tak boleh dipicit sebab kalau picit dia merah dan makin sakit, disyorkan untuk memakai ubat jerawat. Ubat jerawat yang saya recommend. (Kalau tak berkesan jangan marah walaupun aku yang recommend suruh kamu pakai)

Selama pakai Differin gel ni, tak pernah lagi jerawat tak berjaya dihapuskan, tapi jangan lah pakai kerap sebab nanti kulit boleh jadi immune. Pakai dekat bahagian jerawat saje. Aku dah pakai beberapa krim jerawat yang lain tapi yang ini yang paling best. Mungkin juga sebab aku takleh pakai yang ada benzoyl peroxide atau salicylic acid. Tapi yang ini je boleh. Siapa nak pakai saya syorkan tapi kamu jangan marah kalau tak berjaya (cecepat disclaim liability)
Selepas kamu pakai itu nescaya kamu akan senyum macam ponde.

PONDE! (ish lupa nak pakai mekap tutup eyebags)
9 comments:
Assalam iz comel...
Blh gne x benda alah tu untuk parut2 and parut berlubang?
untuk parut tak disyorkan, sebab benda tu utk jerawat and kalau pakai lama sangat walaupun takde jerawat boleh buat irritation kat kulit. nanti saya buat entry utk hilangkan parut eh. eh tetibe offer diri sendiri haha.
Differin ni ada jual kat Guardian / Watson ke ?
ye ada tapi kena mintak kepada pharmacist!
ya! saya suka awk sebut pkataan immune!sbb saya salu alami benda ni (immune la). produk tsebut bagus mulanya, namun jd tak bkesan pulak bila lama kelamaan. pelik kan cemana ia bole tjadi. mnyebabkan saya salu cari produk lain utk menggantikannya. (ayat skema btol..)
parut jerawat pun ada tips eh? sila share! :D
insyallah nanti saya share *kalau berkesan lepas menjadikan diri sendiri bahan ujikaji oh yeah
faham sangat, kita pun selalu immune, bila muka dah bagus dengan produk tu, lepastu dah kira ala ala flawless gitu tetibe dia break out like crazy. taktau kenapa, pastu takkan nak tuka produk lagi kan. sedih tau.
pastutla muka kau dh x der jerawat sekarang ni. lol
Post a Comment