Sudah tinggal lagi 4 hari untuk saya menghadapi final exam. Dalam ketakutan dan kesuntukan masa itu, sambil sedang menelaah pada pukul 12 malam semalam, tiba-tiba saya dapat satu panggilan. Kawan saya call saya dan bertanya,"Ini Anis Syafiqah ke?" Saya pun ingat kawan saya buang tebiat sebab takkan dia tak save nombor aku padahal classmate kot dulu. Lepastu bila saya jawab tak, dia letak telefon. Saya pun sms dia, cakap kenapa pelik begitu kan. Lepastu dia kata nanti dia call balik.
Jadi lepas beberapa minit, barulah dia call balik. Dia cerita semua yang dah berlaku. Masa pukul 12 malam semalam, 3 orang batch mates saya tengah on the way pulang dari menelaah untuk exam dan tiba-tiba ada sekumpulan strangers yang datang approach diorang, naik kereta hitam Honda City. Seorang perempuan dan 4 orang lelaki.
Strangers ni tanya kawan saya, "Kenal tak budak perempuan ni?" Lepastu ditunjuknya dua keping gambar muka saya, satu lagi gambar tu saya dengan kawan saya dekat fakulti. Kawan-kawan saya cakap lah, oh ini kawan kitorang, kenapa? Lepastu strangers tu cakap, nama perempuan dalam gambar ni Anis Syafiqah, dia kawan dari sekolah diorang, dulu ambil SPM sama-sama, diorang datang all the way from Johor konvoi 6 kereta (lagi 5 standby kat luar UiTM) untuk datang melawat Anis Syafiqah yang baru meninggal. Tapi diorang tak dapat nak contact Anis Syafiqah sebab handphone dia dah tak dihubungi, and sebab Anis Syafiqah ni kononnya belajar law dekat UiTM diorang pun datang la dekat fakulti untuk tanya kot-kot ada orang kenal and tahu pasal ada student UiTM meninggal.
Kawan-kawan saya pun terkejut nauzubilah diorang pun cakap lah eh takkk ni Izdiyani kawan kitorang dia duduk dekat bla bla bla, sekolah bla bla bla (aduih kenapa terbagitau semua pulak kan). Korang salah orang ni, selama belajar dekat sini takde siapa pun muka sebijik dengan Iz. Tambah-tambah lagi gambar tu semua gambar Iz, macam mana korang boleh cakap muka kawan korang tu muka Iz siap ambil SPM sama-sama. Lepastu bertelagahlah kejap, sebab strangers tu cakap itu memang kawan diorang, baru meninggal siap keluar notification dekat Facebook lagi. Kawan aku yang sorang ni dia memang cepat hangin (omey angat) dia masa cerita dekat aku pun dia tengah hangin. Dia marah sebab strangers tu cakap Izdiyani ni yang fake, ambil identity Anis Syafiqah. Kelakar. Ye. Takut? Sangat.
Lepastu lebih kurang dalam pukul 1 pagi macam tu, kawan-kawan saya pun pulang sebab dorang malas nak layan sebab strangers ni mati-mati cakap Anis Syafiqah tu wujud, budak law dekat UiTM tapi muka saya sebijik langsung saling tak tumpah. And nak pergi cakap saya pulak yang fake account. Bila suruh tunjuk muka si Anis tu gambar saya yang ditunjuknya, bila mintak facebook nya, diorang kata dah kena delete, and bila suruh call, tak dapat dihubungi.
Wallahualam aku pun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Berderau jantung aku dengar benda ni tengah malam semalam. Tidur pun tak tenang. Terus tak boleh sambung menelaah. Ada banyak spekulasi yang dibuat oleh kawan-kawan aku bila diorang tahu pasal benda ni.
Firstly, mungkin ada orang yang muka SAMA GILA dengan aku belajar law jugak tapi baru meninggal, tapi tak logiknya sebab ada ke rombongan 6 kereta dari Johor datang masuk UiTM tiba-tiba cari orang randomly pada pukul 12 malam kot-kot ada orang meninggal and tanya directions. Takut. Tu orang ke apa tu? Ha takut sangat. Lepastu ada jugak yang cakap boleh jadi itu modus operandi orang nak samun? Sebab dia buat-buat tanya soalan dari orang lain lepastu nanti dia samun. Atau pun mungkin jugak dia nak information pasal aku yang betul? Sebab dia siap tanya aku naik kereta apa. Haa kenapa macamtu? Wuwu nangis.
Dan kerana incident begini memang betul-betul buat aku nak delete semua gambar dekat blog tapi sekarang memang tiada masa nak go through satu entry per satu untuk delete atau letak watermark. Sebab dulu pernah saya letak watermark pada gambar tapi dicropnya.
Untuk facebook, aku teringin sangat nak tengok akaun budak yang meninggal tu sebab kononnya kata kawan-kawan diorang siap ada gambar kain kapan lagi yang keluar tunjuk dia dah meninggal. Alih-alih muka aku. Jadi aku hantu ke dia hantu sekarang? Dan untuk semua yang pernah bertanya pasal facebook account saya. Facebook account saya private and memang tak dapat search publicly jadi mana-mana akaun yang guna gambar saya tu memang lah fakers. Selama ni setiap kali jumpa saya akan report, kalau anda jumpa saya mohon anda report kan please? :(
Dan akhirnya aku baru tahu macam mana nak disable right click jadi lepasni takde lah orang ambil gambar-gambar dari blog lagi. (Tapi sebab print screen boleh buat segalanya walaupun dah disable semua benda so watermark atas hidung adalah aternatif terbaik). Nasihat saya untuk bloggers semua, berhati-hatilah selalu, kita tak tahu apa boleh jadi bila semuanya di hujung jari anda sekarang :(
Nasib baiklah ada Farid Zuhri selaku YDP MPP dgn khairul President SMF, dua dua kawan saya. Akhirnya kes ni sampai ke polis bantuan untuk keselamatan pelajar bersama. Semua orang marilah berhati-hati untuk kesalamatan masing-masing eh.
Salam.
66 comments:
bahaya wooo, uitm mcm dah tak selamat macam tu..
tgk ni mcm mne nak disable right click
http://belongtonazrul.blogspot.com/2011/03/macammana-nak-diable-right-click_06.html
ya Allah............
bahayenye!!!
jaga diri dan jangan pergi mane2 sorg2
oh my.takutnya.maybe jugak diorg sengaja buat cmtu sbb nk details pasal you.careful iz.jgn jalan sorg2.skrg ni mcm2 dah cara org nk buat jahat.not to scare you,but it's real.
konfius jgk dgn motip strangers tu. Iz hati2 ye
Salam :)
macam mana nak buat disable right click tu. saya pun nak buat juga. bahaya. nanti senang2 org copy gambar kita kat blog. kita tak tau kan
iz, tak silap i ..mmg ada fake profile kt fb yg pkai pic u ..pic2 tue sume amik dri ur blog ..dan tak silap i, dan rmai bdk kna tipu dgn that person.. siap melibatkan duit lak tue ..
wei. stay safe! :( jgn jenjalan sorang tau lepas ni.
Alahai..mengerikan lah iz..mntk simpang...hope iz dilindungi..amin
opss.. hai salam kenal..
terima kasih, jasamu dikenang :)
Terima kasih, tulah tak berani nak keluar rumah
takuttttt. sebab kawan i cakap sebelum ni ada jugak, pastu yang ini kes kedua.
thanks awak :)
alamak kite dah terangkan kat sini tapi takleh publish. cuba google cara nak disable right click, ada banyak blog yang terangkan macam mana nak buat.
eh ye ke ni? nak tengok akaun tu boleh tak?
taknak dah jalan sorang! eh pernah ke jalan sorang? tak pernah pun tapi lepasni taknak daaaah.
terima kasih, kite perempuan sama sama kena careful lepasnih.
bahaya nyer..erm, kne hati2 la lpas ni risau klu ade ssiapa yg berniat buruk pd awk :D
Sis, fb ni bukan sis kan ? Dia add kite.
https://www.facebook.com/profile.php?id=100003718564488
tak salah aku ritu kan ada budak time komen letak nama fb memang suma pakai pic ko...ko dah cek it out profile tu?...
tak salah aku ritu kan ada budak time komen letak nama fb memang suma pakai pic ko...ko dah cek it out profile tu?...
haha.comel la iz reply satu2 comment.i dh baca blog u since 2 years ago.siap smgt khatam dari first post.hihi
tak logik kalau kawan meninggal awat nak mai uitm cari, pi cari di kampung la..
takut depa nak kacau hang ja. jaga-jaga, bawak garpu dalam beg tangan..
YA ALLAH! Macam-2 kes sekarang ni. Buat meremang bulu roma dan bulu hidung je.
wei takutnyaaaa. Take care iz. Jangan jalan sorang sorang. Bawak spray cili. Kalau ada orang usik jerit aje help helpp. Semoga awk sentiasa dilindungi. Jaga diri baik-baik
jaga lah diri iz. lepas ni abang olan mesti teman awak kemana sajew hewhew
disable right click tidak dpt membantu, saya bercakap melalui pengalaman...
kalau saya nak cilok gambar ke artikel yang disabled tu, saya cuma perlu enlarge kan view .... guna photoscape utk capture screen dan crop dan edit!
heehehehee.....
kak iz hati2 tau.jgn g mana2 sorang2.seram sejuk
Kalau disable right click still diorang boleh print screen. Letak watermark dekat2 ngan muka, biar diorang xleh crop. =)
dear IZ, mmg tak boleh right click kat sini. tp remember org boleh ctrl+C. awak cari la coding utk disable click text ni
Fuyoo scary gila! Berhati-hati lah ya Kak Iz! Iman yang baca ni pun dah rasa macam nak nanes, apatah lagi empunya diri tu.
ya Allah..benda mcm ne pun ada..ish menakutkan..pe la motif strangers tu kn..moga2 kita sentiasa dlm lindunganNya..Amin..tc!
sungguh bahaya ni..
menakutkan je cerita kak Iz ni. btw, berhati2 la eh. thanks for sharing. peringatan utk sy jugak :)
omaigot dah macam plot cite seram. kena belajar disable right click jgk. tk good care of urself iz
no wonder polis bantuan tu skrang rajin check kete kluar masok gate. chill2. cuba mekap nampak lain. pakai fake eyelashes ke. hehe :P
seriuz sgt scary..
moga iz selamat dlm jagaan ALLAH..
*maap tetibe skema kejap*
:)
menakutkan laaa !!!! susah jadi perempuan ini lagi2 zaman sekarang banyak betul muslihat orang2 zaman sekarang. kita kena sentiasa alert jangan lalai walaupun sesaat.
hati-hati iz:)
hati-hati Iz. dunia sekarang memang seram.
Izzz!! Jaga diri baik2 tau! Mudah-mudahan x da pape lah yg berlaku. Drive hati2! *risau kat u*
bahaya nye iz. be careful pas ni. entah ape la niat si strangers tuh.
eh dah boleh komen dah kt blog ni..dulu xboleh..yeay..!!
bahayanya. tu la kan dulu pun pernah gambar kena ambil, lepas tu tak berani dah nak letak gambar. nak letak watermark penuh kat muka rasa serba salah pulak, nt orang cakap pe kan. berhati2 la ye iz.
aiyo..seram la plak..
terima kasihh, kita semua kena hati hati untuk zaman sekarang *nasihat tetiba
tak dapat bukaaakk, dah kena delete kot profile nih.
yang manaaaa enggak tauuuu sobs sobs
kann tulah pasal, bawak garpu. dengan kecarelessan diri ini, garpu itu mungkin tertikam jari sendiri bila tengah menggodek cari tisu dalam beg kalau ke tandas mungkin
sama lah kita, bulu hidung meremang sampai kena gunting pakai gunting dapur tuh
thanks hafiza. pepper spray tuh bestnya. dulu pernah bawak pastu terspray kat diri sendiri. hmm.
saya nak abang jah yang teman ke mana mana lepas ni. nak jugak.
huhuhuhu ini memang betul, dah lah rasanya disable right click ini sangatlah annoying sebab bila diri sendiri nak tekan link pun TAK BOLEH ARGHKVLSVSVS
thanks elina omar :D
letak watermark atas muka, haaaa haahaga
taktauuu :( poor nya saya punya knowledge tentang benda benda nii
thanks iman!
ye, moga kita semua selamat sentiasa aminn.
ni bahaya sungguh
CREATE WATERMARKKKKK
belajarrr, gi google sekarang. sebab nak buat tutorial kat sini, dia tak kasi publish mengapakahh
ye ke. tapi tu minggu lepas la ni dah okay dahh hehe. nanti saya try lah taktik mekap nampak lain, walhal tahu pakai eyeliner je camno tu
tak skema lah, kita lagi skema ni tulis semua bahasa baku kat atas nii haha
betul, tetiba nak nyanyi lagu kak ram sesaaaat kau dataaang sesaaat kau hilangg.
thanks sayang :)
terima kasihh :)
eh kenapa tak boleh komen satu per satuuuu nih?! oh tidaaak!!
zetty : thanks awak, terharunya orang risau kat kiteeeee!
jannah : yes, will do. Thanks jannah :)
Jept : yeayyy dah boleh komen!
aisyah : ye ke, okay nanti nak create watermark yang bentuk macam muka lah nantii ni.
suara hati ini : macam cerita hantu di malam hari
Post a Comment