The Tribalis

Tahu tak pattern Aztec yang cantik tu? Sebenarnya Get Bedazzled kite dalam proses tengah design pattern camtu, sebab cantik kan. Tapi MEMANG SUSAH GILA WEI NAK BUAT BEDAZZLE AZTEC CAMTU WOFF WOFF. Okay jadi sebab susah kita beralih kepada tudung corak aztec. Pasal casing handphone takleh nak buat corak Aztec kita pakai tudung Aztec pun boleh kan. Spelling dia Aztec, bukan Enstek macam Bandar Enstek Negeri Sembilan tu. Okay diam Iz.


Tudung ini kita dapat dari The Tribalis, dia jual semua items yang berasaskan tribal pattern. Tantek khenn? Tudung yang I dapat ni, yang bestnya adalah dia lebar sangat. Dia boleh buat balut tubuh pun boleh ha, kalau kau dah rasa macam sejuk kat panggung wayang tu kan kau senyap-senyap je bukak tudung balut tubuh cenggitu kan, sebab gelap kan orang tak nampak kau bukak tudung. Nak dekat credits tu kau pakai balik, hauhauhaucvskjvcsncs. 

Sebab dia lebar dan sebab dia takde exact shape as tudung apa (ie: selendang, bawal, pashmina atau pun jelas sekali bukan syria) jadi kita boleh get creative bila pakai tudung lebar macamni. And yang paling best, sebab dia lebar, dia tutup sampai perut, bukan dada sahaja. Jadi siapa yang nak tutup buncit tu, THIS IS YOUR SOLUTION ERMAGERDD.

Material tudung ni adalah cotton paris yarn dan sizenya sangat lebar *cakap lagi sekali* iaitu berukuran 180 cm x 110 cm.

Okay so I pun nak get creative lah dengan tudung ni. walaupun bentuk muka tak cantik sangat untuk semua jenis gaya tudung (nangis bawah dapur gas) tapi itu tidak mengapa! Di sini saya sediakan gaya-gaya yang saya dapat hasilkan dengan tudung ini untuk bentuk muka kamu. Mari saksikan! *mungkin ada yang tidak sesuai dengan bentuk mukaku so jangan gelak atau kata gendut*

Gaya 1, sesuai kalau nak kasi tutup double triple chinz yang kamu ada. Dengan gaya begini nampak dagu tirus dan dahi juga tirus. YA DAHI BOLEH TIRUS. Macamni, saya nampaklah kurus sikit kaaan! *berharap*


HAHAHHAHAHAH gaya 2 ni apa wei ni apaaaaa. Aimi kejam. Dia keji aku bila aku pakai macamni. Sebab nampak macam padang gold terus dahi tu. Sebenarnya bukan salah dahi tapi pasal bentuk muka padang golf mungkin ya. Itu pandangan dari tepi tu takde lah golf sangat kan. Aimi ni suka nak kasi aku low self esteem. 


Gaya 3 berani mati punya ni. Yassalam lebarnya aku. Muka kalau tak bujur sireh jangan buat macam ni. Ramai kawan kata kita bujur sireh padahal kalau free hair sebenarnya kita 4 segi ke apa wei.


Gaya 4, sesuai untuk semua jenis bentuk muka rasanya.


Dan of course, gaya favourite sepanjang zaman, gaya bawal. Suka sangat pakai bawal sebenarnya tapi bila pakai nampak pipi tu melebar.

Jadi sesiapa yang nak order satu sebab murah, RM 30 je sehelai. Boleh email pada syieda.nawi@gmail.com atau pergi Facebook The Tribalis di sini! 

5 comments:

Anonymous said...

salam

boleh tak nak tengok gambar full you pakai tudung ni style bawal :)

thank you! :)

Anonymous said...

Boleh buat tutorial tak kt youtube? please :D

fatin farhani said...

Boleh buat tutorial tak kt youtube? please :D

fatin farhani said...

Boleh buat tutorial tak? please :D

aina nad said...

assalamu'alaikum

boleh buat tuto tutup dagu x? thnks :D