September 3, 2012

Berhenti seketika demi raya

Rasanya aku kena start makan calcium magnesium dengan beta carotene sekarang sebab umpama nenek nenek aku duduk atas lantai kot buat bedazzling casing phone tu. Sekarang baru dah buat 20 order so far, nanti kalau 200 achane tu tulang belakang tu? Nanti jadi macam Smeagol baru tahu.

Lalu kita berhenti seketika, akan tetapi kali ini bukan bersama Kit Kat tetapi bersama Chit Chat Azwan Ali. Ok tak kelakar. Weekend haritu kerana masih bermood raya jadi kita beraya dan berhenti seketika daripada menjadi nenek sampingan di rumah. Walaupun tiada baju raya tahun ini akan tetapi hati masih mampu menyanyi Suatu Hari di Hari Raya dalam hati secara senyap-senyap. Hati bernyanyi dengan sayup sekali takut takut orang sekeliling mahupun famili dengar. Walaupun menyanyi dalam hati, confident suara sendiri sedap.


Nek, penat sangat ke tu bedazzling nya sampai tidur dalam gambar


 Sumpah aku pakai baju kurung budak 12 tahun ni. She is my cousin and now dia baru form 1 tapi kerana keturunan tinggi-tinggi belaka, jadi dia tak sempat pakai baju kurungnya kerana bila reach puberty hambek terus tinggi gila. Pastu kita lah yang pakai baju kurung 12 years old ini. Baju 12 years old tapi muka....ok taknak sambung.


Okay, kita berhadapan lagi dilema perempuan muka lebar memakai tudung cara begini. Sesiapa yang punyai dilema serupa, angkat tangan! Ya ya aku faham kalian. Eh turunkan tangan itu. Betapa teringin nya memakai gaya begini tetapi nangis tengok cermin. Pastu Aimi kata, "You work it girrrrlll, be confidenttt." Aimi cakap macam ada naluri perempuan walhal jantan. Sebenarnya tengok dari depan memang macam tak lebar sangat, tetapi from the side...


SEKARANG KAU FAHAM TAK HA IZZAH NGAN HANIS?! Tetibe menyoal hanis dan izzah.


SEKARANG KAU FAHAM TAK?! *lagi sekali jerit

Di samping itu (cewah tetibe tenang balik), sempat juga memainkan lagu Kenangan Lalu Mengusik Jiwa sambil bergambar dengan geng Uitm Kedah dulu. 


Kesayangan lagi sorang.


Dari kiri, Sarah, Van Persie, Emi dengan Amah. 
Yang paling kiri dan yang paling kanan dulu tak bertudung, sekarang dah bertudung. 
Indah sekali mereka. Van Persie tu je tak. Sejak bila kau bertudung nih?!


Ily Zalikha je yang takde kat sini sebab dia dekat Taiping ada majlis tahlil untuk arwah Abang Fakhrul, abang ipar dia. Sedih sangat. Sebab kita pergi wedding kakak dia dulu and kita tahu Abang Fakhrul kelakar sangat, pastu kita sayang Adeeb, yang baru 1 tahun 6 bulan. Semoga arwah aman disana.

Ada ke orang buat openhouse pagi pagi ya amat? Ada, tapi bukan openhouse. Ni open breakfast ke apa ni Haziqah ni. Dah berapa kali kita pergi rumah dia asyik sesat je. Sia-sia aku round tol yang sama pastu bayar sampai 4 kali. Dahlah memang ada tepat-tepat RM 5 dalam dompet pastu touch n go zero. Nasib baik dapat bayar duit tol, kalau tak, jadi toll gate girl lah.


Sampai hati Haziqah kata breakfast, kita bangun tidur pakai baju rumah terus pergi rumah dia. Sekali tengok yang lain pakai baju raya. Aku dah macam apa tu, tuan rumah ke bibik tu. Tapi yang penting confident, orang tanya apesal baju camtu, kita jawab, baju raya sekarang memang seluar aladdin.


First time jumpa Ayesha yang paling kiri tu. Selama ni kawan di alam maya saje. Gitu, alam maya. Cantik dan friendly sangat orang dia. Macam Ida Nerina kan muka dia.


3 hari berturut-turut jumpa orang sama, pasal kalau dah geng sekolah ada 8 orang jadi kalau setiap sorang buat openhouse terus 8 openhouse.  Perut memang pengsan. Kalau tak menjamu selera di openhouse seterusnya, maka terpaksa melabur pula khrkhrkhrkhrkhrkr.


Yang lain manaaaaaa?! Lepasni kena outing, sebelum yang kena fly pulang ke kampus, yang cuti semester (pandang diri sendiri) dah start kelas dan yang lain-lain sambung belajar, manakala si pelakon mula sibuk bershooting.

No comments: