Semakin hari semakin pantas mengejar masa. Umpama berjalan dengan penuh hati-hati dengan tangan di dalam poket menuju puncak! Gemilang cahayaaa ok ok back to nenda mode. Kau nyanyi lagu Akademi Fantasia dah kenapa. Tahu lah suara sedap pun BAHAHAHA.
Wei minggu depan aku masuk kelas dah. Kini komitmen semakin bertambah. (Sebelum ni macam ada komitmen je) Aku kena belajar untuk graduate dengan cepat dan juga sambil itu menambah pendapatan dengan menjual hasil kraftangan yang tidak seberapa ini. Bunyi-bunyi macam anak dara berdikari sangat kan. Sebenarnya begini, tahun depan aku masuk LLb, insyallah. Jadi yuran dengan barang-barang nak beli bila dah masuk LLb memang mahal dan banyak gila lah wei.
Dan obviously aku takkan ambil PTPTN sebab tidak mahu dibelenggu hutang lagi, dan kalau result alhamdulilah, insyallah boleh apply scholarship. INI CERITANYA KALAU LAH KAN. Dan sebagai back up aku awal-awal buat bisnes kecil-kecilan supaya tahun depan time LLb aku dah ada peruntukan wang sikit. Taknak pakai duit parents sebab dari zaman Asasi pun tak menagih duit parents. Bila dah sengkek nauzubillah, dan bila ditanya je baru aku kata ya ya takdak duit.
Jadi begitulah, sesaat bersamamu versi aku. Dalam minggu ini, dapat siapkan banyak juga. Tadaaa! *kalau tak cantik jangan cakap, sampai hatimuu*
Keh keh keh ni apa ni, mesti ramai musykil. Ini adalah bila kamu selak kepala Doraemon tu nampaklah cermin. Ha gitu. Jadi untuk kaum wanita yang saya amatlah faham kengkadang nak touch up mekap, nak betulkan rambut dan tudung, reflection mata hitam kawan tidak mencukupi ya. Jadi ini solusinya.
Untuk BB Torch memang saya buat begini, sekali dengan casing depan.
DEMI CUSTOMER KU GAGAHKAN JUA
Okay jadi kalau sesiapa nak order, silalah. Kalau taknak order pun takpe, tapi sila lah bersila. Ha tak lawak. Wei jangan lupa like page aku yang kat sebelah ini, aku dah letak dekat tepi tab. Kalau online dekat phone (understanding) ini tekan link INIII (paksa)
Aku memang suka lepas dah habis design semua casing, ambil gambar dan blog kan sebab taktau pasaipa. Lepastu haritu aku pergi Pyramid, nampak ada kedai ni jual casing macam ni, bedazzling gitu kan. Aku tengok lah kot kot boleh jadik inspirasi. Pastu bila salesgirl tu datang, dia macam suruh aku careful lah sebab takut aku menggelabah lalu terjatuhkan casing dia kan.
Lepastu sesaje lah kita tanya, harga berapa. Pastu dia kata pusing belakang, ada harga dah. Amboih maju sangat. Pusing belakang, hambek kau. RM 269 apetuh. Nanessss.










