September 17, 2012

Nak hilangkan parut bolehlah.

Haritu ada e-mail dan komen yang bertanya macam mana nak hilangkan parut. Cadangan saya adalah cuba cari Mederma Gel di farmasi berdekatan. Mederma Gel memang mahal sedikit tapi bagus sangat daripada apape produk yang claim boleh hilangkan parut tapi hampa. Tapi kan kalau pakai produk tu, tak boleh nak pakai bedak ke mekap ke apa, makanya pucat lesu je lah bila ke mana sahaja pun. 


Walaupunbegitu (wah BM kau) produk itu sangat lah best gila untuk hilangkan parut. Parut jenis apa pun bagus. Sumpah tak tipu, tapi gatal nauzubillah. Kalau pakai lepastu beberapa minit pastu rasa nak garu pipi dengan cangkul atau garfu. Ya Allah terbayang ni kegatalan dia macam mana sambil type ni. Yang tak bestnya bila tengah sapu memang lah cepat meresap tapi nanti akan keluar macam daki daki ke apa tu macam sisa daki bila kau padam tulisan atas buku dengan pemadam. Ha macamtu. Kau faham ke tak sekarang.


Untuk hilangkan parut jerawat adalah paling bagus sekali. Tapi muka memang tak bermaya macam nilah nanti.

Jadi saya amatlah syorkan produk ini untuk yang bertanya macam mana nak hilangkan parut jerawat, parut operation, stretch marks, parut apape sahaja di atas kulit. Parut di kulit boleh diubati, parut di hati hai siapalah tahu. ASAL JIWANG NIH?!

Whatever. 

Ooookayyyyy the last semester is already here. I have nothing to say, except for YESSS AKU DAH BELI TIKET LAWAK KE DER SEASON 2. Okay. Semester ni janganlah lupa beli tiket Mock Trial UiTM. It's not like aku AJK publisiti ke apa kan, aku bukan dalam LawSoc pun tapi sebab Mock Trial is so fun kena share reramai. Tapi semester ini tidak berlakon bersama Ezwar. Kami orang tua hanya duduk di tempat penonton kali ini sambil mengunyah Popcorn yang boleh dikongsi dan melahap Super Ring yang kau jangan pikir kau boleh kongsi denganku.

Dengar cerita Mock Trial tahun ni lagi hebat dan lagi grand, pasal terbuka kepada semua fakulti dalam UiTM jadi sesiapa yang terer menari, menyanyi dan berlakon boleh lah datang audition. Okay sekarang aku bunyi macam jakunz gila. Whatever. Yang penting aku suka mock trial dan suka tengok mock trial.


Besok Nabil akan pulang ke Germany balik. Marilah doakan keselamatan kawan baikku di sana. Amin.