October 29, 2012

Makeup gone wrong

Situasi 1: kejujuran kawan-kawanku yang disayangi adalah bila aku pakai eyeliner hitam bawah mata. Dah habeh lukis eyeliner bawah mata, pandang cermin sambil rasa kagum sikit. Terer jugak aku nih.

Pergi jumpa kawan-kawan, terus...

"Kau harini nampak macam witch sangat. Macam witch arab yang nak bakar budak-budak pastu makan."

Pujian paling jujur aku pernah dapat.

Satu hari aku pakai eyeliner bawah mata pergi dinner lalu upload gambaq kat BBM display picture tu pastu si Apam ping ping aku ingat aku nak pergi party Gothic. Aku dah feeling tepat pada tema dinner dah masa tu. Tema dia Dress to Impress. Impressive Goth sangat kan aku.

Situasi 2: sebab mata ni lingkaran gelap dia memang tak boleh blah lah wei. Pasal, first, aku memang tak pernah tidur awal. Aku selalu tidur dalam pukul 1-3 pagi baru tidur. Tak tahu kenapa. Habit. Sebab tu aku pendek kot. Tidur tak cukup kan. Lepastu sebab memang tak boleh tidur awal jadi cara kedua untuk menyahkan mata panda kononnya dapat tips make up dari internet.

Katanya kalau pakai eyeshadow putih di inner corner of the eyes, nanti nampak mata bulat, segar, macam cukup tidur kan. Pastu sebab aku ni memanglah bukan orang yang ada koleksi mekap since aku ada 2 benda je dalam beg mekap iaitu eyeliner dengan bedak. Tetiba dapat free white eyeshadow dari kakak. EXCITED. So calit sikit pakai jari kelingking and sapu kat inner corner of the eyes.

Aku pun pergi berjumpa kawan-kawan aku. Aku tengah rancak bercakap sekali si Hadi ni pandang aku dengan muka terrified dia. Pastu dia memekik.

"Kau ni kenapa?! Taik mata tak buang lagi?!"

"Ni mekap ni. Google kata kalau letak eyeshadow putih dekat sini nampak mata segar macam cukup tidur."

"Ish kau ni serabutlah aku tengok macam tahi mata setempek je tu. Nampak macam bangun tidur tak basuh muka adalah."

ZASSSSS!! Sekian.

So sesiapa nak kelas mekap dengan tutorial nanti beauty guru bagi tips eh. Salaamz.